7

Fantasy Completed 2100

"nama kamu menarik,,wahai Penasihat mengapa sejak tadi kamu memegang bahu kanan kamu,adakah kamu sakit??"kata Raja Neo

*alamak,ayah kan cedera*kata hati Mey

baru teringat yang ayah nya cedera dan sebelum memasuki istana,ayahnya sempat mengeluarkan anak panah itu..

apalah nak jadi dengan Mey ni,ayah dia cedera pun,boleh pula dia lupa..

" hanya cedera kecil saja,nanti patik merawatnya"
"tidak wahai penasihat, kita akan lanjut pertarungan Cik Meywana selepas tuan penasihat merawat lukanya iaitu pada hari esok"

"baik tuanku" sahutan daripada semua pembesar termasuk Mey..

dengan itu perhimpunan pun bersurai atas perintah raja.

di luar dewan..
"Mey,ayah tinggalkan Mey dengan Merlin,Merlin jumpakan Mey dengan pembantu2 Mey.ayah perlu uruskan rawatan luka ayah".
" baik ayah"sambil menunduk..
"Merlin hantar Mey sekarang, lepas tu jumpa di bilik rawatan"
"baik tuan" sambil menunduk hormat. "cik Meywana, mari kita jalan"
Mey hanya menurut.

Mey pula dihantar ke kediaman khas untuk Mey,yang bersebelahan dengan kediaman para puteri Agnexia..
Mey dibantu oleh tiga orang pembantu.seorang lelaki bernama Stephen dan 2 orang perempuan iaitu Janet dan Kalisa.

Mey masuk dengan selambanya di kediaman itu.
"cik Meywana,apa yang perlu kami bantu" kata Stephen yang sejak tadi hanya membatu di dalam kediaman itu.

"oh,tiada apa2 dan tidak perlu panggil CIK MEYWANA,panggil saja Mey"

"maaf cik Meywana,kami tidak boleh,kenara ia dianggap tidak hormat,dan akan membuat nyawa kami dalam bahaya" kata Janet pula

"sampai macam tu sekali undang2 istana!!"
Mey tercenggang

"ya cik" kata mereka bertiga

"tidak apa,kalau begitu panggil saya CIK MEY,itu lebih baik"

"baik cik Mey" kata mereka bertiga lagi

"ya,kamu saya benarkan untuk duduk,tidak ada masalah kan"

mereka bertiga mengangguk lalu duduk di hadapan Mey

"disebabkan kita tak perlu buat apa2,apa kata kita berkenalan"

mereka memandang pelik pada Mey

"kenapa tengok saya macam tu,kalau tak boleh,tak apa,saya tak kisah"

"bukan begitu cik,cuma kami rasa kekok,kerana selama kami di istana tiada siapa yang bersikap terbuka pada orang bawahan seperti kami selain cik Mey" kelihatan mereka sayu dengan nasib mereka

"tidak mengapa,kita boleh berkenalan kan,lagi pula saya tahu bila berada di istana pasti banyak pantang larangnya,tetapi saya tak nak berasa keseorangan di istana ini,kita boleh jadi rapat kan??"

mereka bertiga senyum lalu mengangguk..

dengan itu kisah hidup Stephen di ketahui..iaitu Stephen merupakan anak kepada tukang masak istana,dia terpaksa menjadi pembantu kerana ibu bapanya pernah mencuba untuk membunuh Raja Alger dengan meletakkan racun di dalam makanannya,ibu bapanya merupakan pengintip dari pihak yang tidak suka akan pemerintahan Raja Alger.ibu bapanya dibunuh setelah mengetahui hal sebenar,namun Raja Alger tetap hidup kerana sempat diselamatkan,dan para pembesar juga ingin membunuhnya,namun Raja Alger melarang kerana ketika itu Stephen baru berumur 3 tahun sudah pasti tidak mengetahui apa2,jadi tuanku mengarahkan Stephen menjadi pembantu di istana sampai bila2.Stephen sangat berterima kasih dengan Raja Alger kerana membiarkan dia hidup.tetapi nasibnya tidak baik kerana dia di pandang serong sebagai anak pembunuh.Stephen tidak mempunyai adik beradik.

kisah Janet pula..dia merupakan anak luar nikah bagi seorang pembesar yang menjaga keamanan istana,iaitu James.James bercinta dengan seorang dayang istana namun terhalang,tetapi mereka berkeras untuk bersama,sehingga melahirkan Janet.mereka berfikir jika mereka ada anak bersama mereka akan dikahwinkan namun perkara sebalik nya berlaku,iaitu ibu bapanya di penjarakan kerana melahirkan anak luar nikah.orang sekeliling Janet tidak dapat menerimanya dengan baik,hanya segelintir saja bersikap baik dengannya.tapi dia masih boleh berjumpa dengan ibu bapanya.

kini kisah Kalisa di buka.dia merupakan anak seorang petani yang miskin.ayahnya menyuruhnya untuk berkerja di istana sejak umur 14 tahun kerana ibu bapanya tidak dapat menampung perbelanjaan keluarga dan dia mempunyai 4 orang adik..

Mey melihat mereka bertiga sayu setelah menceritakan kisah hidup mereka..

"tak apa Stephen, Janet, Kalisa,hidup kamu akan lebih baik selepas ini kerana saya akan pastikan saya tidak menyakitkan kamu semua"

semua hanya senyum

"oww ya,bagaimana pula dengan dengan cik Mey" kata Janet..

mereka bertiga menumpukkan perhatian pada Mey

"kalau saya,macam ni lah,dipaksa menjadi seorang pahlawan wanita,yang sudah pasti pelik di dengar orang,sejak kecil diajar mengenai peperangan, tapi tetap menjadi seorang wanita.punya 3 orang adik iaitu Michael,Meida dan Melda,itu saja"

mereka mengangguk..

"siapa nama adik2 Kalisa??"

"Kamryn,Kelvin,Kendrick dan Kenry"

"semua pemulaan 'K',cik Mey pula semua 'M'" kata Stephen..

"yelah baru perasan" kata Janet..

"dan tak perasan dah petang dah,saya belum mandi lagi ni,saya pergi dulu"kata Mey

" cik Mey kami bantu sediakan air ya,Stephen pula tunggu di luar"kata Kalisa

"ok,baiklah,saya salin baju dulu"

Stephen pun keluar dari kediaman itu sambil membersihkan apa2 yang kotor..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience