Completed
2100
setelah selesai berkenalan 1 sama lain,,mereka bertujuh pun meminta diri untuk pulang..
"kamu pergi dulu saya nak cakap sesuatu dengan cik Mey"
kata Rick pada kawan2 nya
"kau nak cakap pasal apa..kenapa tak cakap dengan kami saja??" kata Wade yang sangsi pada Rick..
"tak payah sibuk"
Rick bertemu dengan Mey..
"Wana jangan lupa esok tau!!"
"Wana akan ingat,jangan Errick yang lupa pula!!"
"Errick akan ingat tapi kalau terlambat maaf tau"
"ok,tapi kalau berjam jam,Wana balik terus"
"ok,bye Wana"
"bye Errick"
Rick keluar kediaman dengan tersenyum manis..tiba2 nampak kawan2 nya memandang tajam padanya..
"kenapa tengok macam tu??"
"apa hubungan kau dengan cik Mey..kami dengar kau panggil dia WANA,dan dia panggil kau ERRICK" kata Nard..
"ok..ok..saya cerita,tapi sambil kita jalan ok!!"
serentak mengangguk..
"macam ni,masa kamu suruh saya hantar cik Mey@Wana...kami saya buat cadangan yang saya seorang saja panggil dia Wana..lepas tu dia pula nak hanya dia panggil saya ERRICK"
semua diam..tidak lama kemudian mereka memberi senyuman mengusik pada Rick..
"ni lagi pelik,dah kenapa senyum macam tu??"
tanya Rick yang kebingungan
"aku dapat rasakan kamu dapat melanjut hubungan kamu"kata Nash..
" maksudnya??"tanya Rick semula..
"kamu boleh menjadi sepasang kekasih,tak pun sepasang suami isteri" kata Nard
Rick mengetuk kepala Nard..
"ish kau ni,sakit tau tak..betul lah apa yang aku cakap!!"
"kau jangan nak mengarut Nard"
"mulut cakap lain,hati cakap lain"
"betul apa yang Nard cakap tu..kalau kau nak kahwin dengan cik Mey, cakap dengan aku..aku akan beritahu abang aku.. mesti dia sokong" kata Penley
"suka hati kamu lah" kata Rick lalu berlari masuk ke bilik nya...
keesokan nya..
Mey sudah sampai di tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan Rick..
selepas beberapa minit barulah Rick dengan kawan2 nya sampai..
"Wana,dah lama sampai,maaf buat awak tertunggu"
"hai Errick.. saya baru saja sampai"
"Wana ok tak kalau kita berlapan berlatih sama??"
"ok juga tu,jom lah"
"ermm.kamu nak berlatih apa??" tanya Owen..
"berlatih memanah sambil berkuda"kata Mey
" awak dah mahir kah dengan latihan itu??" tanya Nash
"hanya pandai, tak mahir"
semua mengangguk..
kini mereka sudah mempunyai kuda masing2...kini mereka berkuda lalu memanah selepas beberapa kali memanah baru tetap sasaran nya..namun itu pada mereka bertujuh bukan Mey..
setiap panahan mengena pada sasaran walaupun kuda berlari dengan laju
mata helang mungkin Mey kan..
.. tiba2 Mey menolak Penley dari kudanya...yang melihat terkejut dengan tindakan Mey..
lepas Penley jatuh,ada panah yang terbenam di tanah..seperti nya tidak mengena sasaran..
Mey berpaling ke belakang lalu berkuda jauh dari pada mereka lalu memanah sesuatu di atas pokok..
tempat latihan mereka seperti padang yang luas dan di sebelah nya hutan..
selepas pasti tiada yang pelik..Mey kembali kepada Penley.. lalu turun dari kuda...kemudian menunduk maaf...
"ampun patik tidak sengaja menolak tuanku" kata Mey tanpa melihat Penley.. dia berasa bersalah sangat..
tiba2 dia mengesan sesuatu..ada sesuatu akan menghala pada Penley..pantas Mey menghalang benda itu terbenam di dahi Penley..Penley terkejut..
benda tu adalah damak..ia muncul dari pokok berdekatan mereka..lalu membaling damak itu ke arah pokok itu lalu ada orang terjatuh terkena damak itu..
pantas Mey mengesan masih ada beberapa orang yang berada di pokok berdekatan...jadi dia berkeputusan untuk memanah ke arah pokok itu..dan kena..kena..dan kena..semuanya kena pada sasaran.. selepas selesai..
Mey menunduk maaf semula
"cik Mey..saya tak apa2,terseliuh di tangan saja..awak dah halang saya terbunuh 2 kali..antara mati dan terseliuh..saya lebih rela terseliuh..saya tak marah kan awak, dah bangun" kata Penley
"terima kasih tuanku" kata Mey sambil menunduk berulang kali..
"hrmm,apa kata kita tak payah formal sangat.. kita panggil nama saja bila bercakap..lagipun awak sebahagian daripada kami..awak boleh terus panggil Rick dengan panggilan Errick..dan kami tak kan panggil awak Wana..kecuali Rick"
Mey hanya senyum
"oww,ya..jom tengok siapa yang serang hendap awak..saya pasti ni bukan dari negara ni!!"
"ok"
semua mereka menuju ke arah mayat2 itu..Nash dan Wade memanggil beberapa pengawal untuk mengambil mayat2 tersebut..
Share this novel