10

Fantasy Completed 2100

di perjalanan pulang ke kediaman..

'Bukk'..2 manusia jatuh..
masih dalam keadaan terduduk jatuh

"encik,maaf,saya tak sengaja terlanggar encik" Mey menunduk maaf..

orang itu hanya berdiam,terpegun dengan Mey, mungkin!

"encik,encik,tak apa2?"

"ya,tidak apa2,tidak mengapa cik,saya turut minta maaf ya" kata seorang jejaka yang turut terduduk..
Mey hanya senyum

"cik Mey apa yang terjadi,kenapa cik duduk di tanah ini" kedengaran suara Janet yang kerisauan lalu membantu Mey bangun

"saya cuma terlanggar lelaki ini lah,Janet"
Janet memandang lelaki yang turut berdiri..
Janet tersenyum

"selamat malam tuan" ujar Janet..

"ya selamat malam" kata lelaki itu..

"tuan,saya perkenalkan,ini adalah majikan baru saya" kata Janet lagi

Mey dan lelaki itu hanya senyum..

"saya nak..." terus terpotong ayat lelaki itu disebabkan ditegur oleh orang lain

"hey,Rick,kau buat apa dekat sini,raja Neo cari kau lah" lelaki yang baru pula muncul

nampak nya nama panggilan jejaka tadi ialah Rick,nak tahu nama sebenar,,nanti akan diketahui

lelaki tadi memandang satu2 orang yang berada di depannya,dia pasti di situ ada Janet dan Rick,tapi siapa perempuan satu ini..

lelaki itu menggaru kepala yang tidak gatal..

"raja cari saya buat apa??"tanya Rick pada lelaki itu

" katanya pasal anak sulung tuan Penasihat tu"

Mey berkeras seketika apabila mengetahui hal itu

"oh ya,baiklah,kami pergi dulu ya" kata Rick kepada Mey dan Janet

"sekejap" kata Mey

"ya kenapa"

"tadi encik nak tanya apa??"

"saya cuma nak tanya nama awak,bolehkan"

Mey senyum "nama saya Meywana panggil saja Mey" Mey menghulurkan tangan untuk bersalaman

Rick menyambut salam"saya Merrick boleh panggil Rick"

meleraikan salam lalu menghulurkan tangan pada lelaki yang baru itu pula

"kamu pula??"

lelaki itu turut sambut salam

"aku Bernard ataupun Nard"

perbualan itu terhenti di situ,kerana Merrick tergesa gesa untuk bertemu raja Neo

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience