Completed
2103
hari ini telah tiba..hari dimana Mey berharap akan tiba lebih lama
sejak kemarin dia tidak bertemu ibunya,jadi dia berhasrat pada ayahnya untuk berjumpa ibu sebelum bertolak ke istana
sesampai di depan pintu bilik rehat ibunya
'tok,,tok,,tok'.Mey mengetuk pintu
"ibu,ini Mey,Mey nak jumpa dengan ibu boleh"
"masuk Mey" ucap ibunya
Mey masuk dengan senyuman
"Mey,kenapa Mey pakai macam ni,pakaian serupa lelaki tetapi masih dengan wajah wanita,Mey nak pergi mana??"dengan nada yang terkejut.
Mey pula kebingungan.
"takkan ibu tak tahu hari ni Mey pergi istana"
"hah,tiada siapa beritahu ibu pasal itu". masih dengan nada dan muka kebingungan.
" mungkin mereka lupa"kata Mey.
"Mey ok kah pergi istana tu,bahaya sangat,lagipun Mey perempuan"menunjukkan rasa risaunya terhadap Mey
"sebenarnya Mey tak nak cuma siapalah yang berani lawan ayah kan"Mey mengatakannya dengan nada melawak
" ish,Mey ni,bila kamu bertolak ni"
"lepas Mey jumpa ibu ni,Mey jalan lah,mesti Mey rindu dekat sini kan ibu"kelihatan sayu muka Mey apabila mengatakan hal itu.
ibu mengusap kepala Mey.
" Nanti ibu bincang2 pasal ni ya,nanti pulang lah lawat kami dekat sini ya"
Mey mengangguk dan tanpa sedar dia menangis lalu memeluk ibunya.
ibunya menepuk-nepuk belakang Mey.
"dah lah Mey, Mari ibu hantar Mey dekat depan,nanti ayah marah pula bila Mey lambat sangat".
Mey hanya mengangguk.
sesampai di hadapan pintu keluar..Darren hanya memandang 2 beranak itu..sebenarnya dia tidak sanggup melepaskan anak sulungnya itu ke istana,tetapi dengan perintah raja Alger Asher,bapa kepada raja Neo,dia terpaksa akur.sejak sebelum Meywana dilahirkan,dia diramal dapat menentang musuh dengan mudahnya.dengan itu selepas sahaja Mey dilahirkan,Darren diperintahkan untuk mengajar anak sulungnya itu untuk menjadi pahlawan walaupun anak sulungnya itu bukan seorang lelaki..Darren turut kasihan dengan nasib Mey,jika bukan diperintahkan oleh mendiang raja Alger,pasti kehidupan Mey seperti wanita2 lain..
kelihatan Mey sedang memeluk adik beradik serta pembantu2 nya kemudian menuju ke ayahnya.sangat ketara bahawa Mey sedang menahan tangis..
" ayah,Mey dah siap"mencuba untuk senyum namun..air mata tetap jatuh,dengan pantas di lap kasar menggunakan lengan bajunya..tetap senyum
"mari kita pergi sekarang" kata Darren dengan perlahan
mereka pun menaiki kuda masing2,Mey memang digalakan untuk menunggang kuda agar terbiasa apabila diarahkan untuk turut serta dalam peperangan..
perjalanan ke istana dengan menggunakan kaki saja akan mengambil masa 4 jam,namun dengan bantuan kuda mereka dapat memendekkan separuh masa perjalanan.
sebelum Mey lebih jauh,sempat dia melambai kearah mereka akan dia rindui nanti.
setengah jam perjalan itu berjalan lancar,di situ ayahnya menyarankan bahawa `selagi mana mereka belum sampai istana,selagi itu Mey akan memanggil ayah sebagai tuan kerana khuatir orang akan serang hendap terhadap Mey`
Mey hanya mengangguk faham.
kerana Mey faham,apa yang ayahnya buat itu semua demi keselamatan dirinya
Share this novel