29

Fantasy Completed 2100

tiba2 ada suara berdekatan mereka..

"tidak perlu risau mengenai keselamatan tuanku Agnexia.. patik hanya menginginkan anak sulung tuan Penasihat.. tapi tak sangka dapat semuanya..tapi sangsi mana satu anak sulung??"

"kau nak apa kalau dapat anak sulung hah??" kata Mel tegas..

"aku cuma nak bunuh dia..sebab apa??..sebab dia dah bunuh ketua kami!!" kata lelaki itu..

Mey mengingat kejadian dia membunuh orang..hrmm hanya penyangak saja yang dia bunuh sebelum ni..
tak kan dia ni nak balas dendam untuk ketua penyangak tu..

"ketua kau tu ketua penyangak kan..memang patut pun kena bunuh..sebab dia yang ganggu kami" kata Mey..

"kau kah anak sulung.. tak sangka anak sulung tuan Penasihat tu perempuan.. kau dapat kah pertahankan negara ni,,aku rasa tak!!" sindir lelaki itu..

(berbisik)
"adik2, kita bertindak"

dengan ada nya mereka berempat, sekejap saja orang2 lelaki itu tumpas..tak lah mati..cuma dilumpuh kan pergerakan..
mereka menyerang di bahagian kaki dan tangan saja..ada juga di pengsankan..

lelaki itu terkejut melihat apa yang jadi di depan matanya..
dia berniat untuk lari namun..
dia tersekat di dinding apabila Mey melempar beberapa damak padanya..hanya bajunya saja yang terkena..disebabkan itu sukar untuk dia lari..

"kau nak lari kan,,kau fikir senang2 macam tu saja..lepas kau ganggu ketenteraman kami,,kau perlu terima hukuman,,walau kau terlepas dari Raja..tapi kau tak kan lepas dengan keluarga kami..disebabkan kau ayah kami cedera..nasib baik tak parah!!" kata Mey tegas..
dia akan menukarkan perkataan saya-awak kepada aku-kau bila dia terlalu marah..
dia terlalu marah bila dia dipersoalakan mengenai dapatkah dia mempertahankan negara ini..

Mich sedar kemarahan kakaknya meningkat..dia mengusap belakang Mey..
Mey menarik nafas lalu berkata
"aku...kakak pergi dulu..pastikan lelaki ni tak terlepas.."
"ok,,kakak pergi dulu..Mich urus pasal ni.."

Mey pun berlalu pergi ke kediaman nya..dia takut kalau dia masih diluar dia akan melempias kan marahnya pada orang lain..

semua penyangak itu telah diuruskan oleh Mich..penyangak2 itu di tempatkan dipenjara..

Meida dan Mel tidak pulang ke rumah kerana sudah larut malam..

Meida dan Mel hanya diajar mengenai pisau belati dan damak untuk menyerang hendap orang yang mengganggu mereka..

Meida dan Mel membuat keputusan untuk tidur di kediaman kakaknya pada malam itu..mereka mendahului Mich..

Raja sertayang lain sudah ke kediaman masing2.. kini tinggal Mich dan 7 kawannya lagi..

"Mich..kenapa dengan kakak kau tadi..lain sangat berbanding sebelum..siap guna aku-kau lagi??" tanya Merrick..

"mesti kamu terkejut perubahan mendadak kak Mey kan..??" kata Mich

7 sekawan itu mengangguk..

"bila mana kakak guna aku-kau tu bermakna dia dah melampau marah..kamu tahu sebab apa dia marah tadi"

mereka menggeleng..

"kakak sangat marah bila ada orang persoalkan diri dia dapat mempertahankan negara ini atau tidak,,dia akan memikir yang orang tu memandang rendah pada dia"

mereka meng'o'kan ucapan Mich..

"jadi lepas ni hati2 pada orang yang mempersoalkan pasal tu..kadang2 kakak boleh tahan kemarahan, kadang2 juga dia tak dapat tahan"

mereka mengangguk..
"apa kata esok kita tak payah buat latihan dengan orang2 kita,biar kepenatan kita kurang dulu..lagi pun dah lama kita tak cuti.." kata Penley..

"bagus juga tu..nanti Rick jumpalah dengan Mey.. mana tahu Mey nak bersama Rick" kata Nard pula

"nak kah Mey jumpa saya, sedangkan tadi kita tengok saja dia bertengkar dengan penyangak tu??"

"kakak tak kan ambil hati pasal tu..sebab dia tahu tujuan lelaki tu datang..nanti aku cakap dengan kakak..dah lah..dah lewat sangat ni..mengantuk pula"

"jom lah pulang"
mereka pun pulang ke kediaman masing2..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience