Completed
2100
askar itu salah faham dengan Mey..
sekali lagi mereka ingin menyerang Mey yang telah berada di pangkuan Mich..
askar2 itu menyangka Mich bersubahat dengan Mey..
baru ingin memanah...
"berhenti,cukup,cik Mey dah cedera,jangan bunuh nya"sebenarnya Raja Neo turut terkejut dengan tindakan Mey,nasib tidak kena pada nya
serta merta mereka berhenti apabila Raja Neo bersuara
dengan itu Meida dan Mel dengan selambanya masuk ke dalam kawasan pertarungan lalu mendapatkan Mey..
dengan cemasnya Meida menanya Mey.."kakak kenapa buat macam tu,kan kakak dah kena panah"
Mey hanya senyum sambil menahan sakit..lalu menjawab
"tadi kakak ada nampak ular hitam besar dekat belakang Raja Neo, dan nampak seperti ingin mematuk tuanku"
dengan geram nya Mel berdiri..
"kamu semua sudah salah faham,cik Mey hanya ingin membunuh ular hitam di belakang Raja Neo tadi,lihat ada ular hitam besar yang terkena anak panah itu."
serta merta mereka semua memandang anak panah itu..
semuanya terkejut..
"Mich boleh tolong kakak" kata Mey dengan perlahan kerana tidak dapat bersuara dengan kuat
"boleh"
"tolong kakak cabut panah ni,sakit lah"
"tapi kalau di cabut sekarang, kakak akan mengalami pendarahan"
"tapi..kakak sakit,tolong Mich"
Mich berfikir sejenak
"okey,Mich tolong tapi kakak tahan sakit bila Mich cabut"
Mey mengangguk.
"1...2...3..."
Mey menggigit bibirnya apabila panah di bahu kirinya di cabut,begitu juga apabila panah di betis kanannya di cabut
kemudian Mich mencempung Mey lalu pergi ke kediaman Mey,dengan bantuan 3 pembantu Mey..
••••
"kamu,tu bukan Michael kah,kenapa dia kenal dengan anak tuan Penasihat tu,bukan kah dia hanya anak seorang askar,bagaimana mungkin dia kenal dengan cik Mey itu.." kata seorang kawan Merrick..
"saya tak tahu" kata Merrick sambil menjongket bahu..
"aku pun tak tahu" kata Nard..
"rasanya dia ada sembunyi kan sesuatu pasal diri dia" kata Rayyan yang tiba2 muncul..
"ish,buat terkejut saja" kata kawan mereka tadi yang bernama Wade..
"cepat kau tukar baju" kata kawan mereka yang bernama Nash
"mestilah,aku nak juga tengok kelebihan lain cik Mey tu..
" hey,apa yang jadi,kenapa ada perempuan cedera"kata Penley@putera ketiga Raja Alger@anakanda ke lima
"hah,putera ni pun tiba2 datang,nasib tak mati terkejut" kata Wade
putera itu hanya senyum sumbing
"ada kesalah fahaman,tadi perempuan tu nak selamat kan Raja Neo tapi askar fikir cik itu nak bunuh Raja Neo" ujar Nash
" hey,kamu jangan nak kacau cik Mey tu,sebab RICK dah pilih dulu"kata Nard mengusik..
Merrick yang geram dengan Nard lantas memukul kepala Nard
"hoi,sakitlah" adu Nard
"tu lah semalam saya cakap jangan beritahu,tu lah padah nya"
Nard menggosok gosok kepalanya..
"apa kes tak nak beritahu kami ni,cuba cerita" kata adik Nash iaitu Owen yang tiba2 menyampuk
Nard meleret kan senyumannya..
"kau jangan beritahu" ugut Rick yang ingin menumbuknya
"semalam kami jumpa cik Mey dengan pakaian khas istana,cantikkkkkk sangattt,sampai..."
terus Rick menutup mulut Nard
Nard menarik tangan Rick daripada menutup mulutnya
"biarkan saja mereka tahu...Rick tengok cik Mey sampai tak larikan pandangan dia"
setelah itu,Nash,Rayyan,Owen ,Penley dan Wade memberi senyuman mengusik Rick
Rick hanya mampu menggeleng..
apa tidaknya selama 8 tahun berada di istana,mereka berenam belum pernah nampak Merrick bersama perempuan dan tidak pernah melihat Merrick menyukai seseorang..
"kejap,mana cik Mey tu" kata Rayyan, sejak tadi dia tidak tahu bahawa perempuan yang cedera tu ialah cik Mey
"kau tak tahu lagi kah" kata Nash
"tadi kan aku tukar baju,kau fikir aku nampak kah apa yang jadi"
"tu yang Mich pangku tu"kata Owen
" wah cantik, patutlah Rick terpikat"
Rick memberi jelingan pada Rayyan
"aku tengok Mich dengan cik Mey tu macam dah lama kenal,tapi pelik" kata Penley
"kami pun pelik juga" kata Wade
buntang mata mereka apabila dengan selambanya Mich mencabut panah itu,namun tiada langsung suara kesakitan dari Mey..
"mereka seakan rapat tapi bagaimana mungkin,kerana pangkat mereka berbeza" kata Nard.."lihat saja cik Mey tidak menolak langsung perbuatan Mich"
rakan yang lainnya sekadar mengangguk
Penley tidak mengutamakan pangkat puteranya kerana dia ingin mempunyai kawan,dia tidak ingin menjadi seorang yang kesepian walaupun hidup seorang putera itu sangat bagus,dengan itu dengan menyuruh kawan2 nya agar tidak terlalu formal padanya.
pada mula mereka berenam tidak berani untuk berbuat sedemikian namun asakan daripada Penley menyebabkan mereka terbiasa melayan Penley seperti rakan bukan seperti seorang putera..hanya perkara tertentu saja mereka akan bersikap formal
Share this novel