Dalam keheningan subuh yang dingin,seorang pelajar perempuan sedang berlari terkedek-kedek menghampiri sekumpulan pelajar perempuan yang lain.Setelah hampir dengan kumpulan tersebut,gadis itu menampar bahu salah seorang dari mereka.
"Fathia..!Sampai hati hang tak tunggu aku tadi.Kan aku cakap tunggu aku sekejap aje.Nie tak,hang terus blahh tinggalkan aku.Nie ka panggil kawan?Herr..What kind of person are you??Penat tau dakk aku nak kena lari kejar hang,"kata Hani dalam keadaan termengah-mengah.Nafasnya agak tersekat-sekat akibat lariannya sebentar tadi.
Sebaik sahaja mendengar bicara Hani,biji mata Fathia mulai terjegil.'Eihh minah nie,nak kena jugak nie dengan aku,'Fathia mendengus dalam hati.
"Apa dia hang cakap tadi,Hani?Hang ulang balik.Aku tak berapa nak dengar sangat la.Amboiiii..!!Suka hati ja kan nak kata kat aku camtu?!Tadi aku gitau dah kan bersiap awal-awal gi masjid,tapi hang degil.Dok melayan novel omputehh.Bila aku tinggalkan hang,baru tergedik-gedik nak kejar aku bagaii.Geram aku dengan hang!"Fathia yang memiliki seraut wajah seperti pelakon Fathia Latif terus menghambur Hani tanpa ada sebarang filter langsung.
"Kalau nak tinggalkan aku pun bagi la signal.Nie tak,blah camtu ja.Cam pelesit.Sedar-sedar aje aku dok sorang-sorang kat dalam vila.Hang memang saja kan nak buat kat aku camtu?"enggan untuk mengaku kalah,Hani masih lagi ingin bertegang urat dengan Fathia.
Berdesing telinga Fathia mendengar Hani berkata sebegitu rupa.
"Weyh..Bahasa hang tu kasi cermat sikit nahhh.Jangan sesedap rasa tambah garam ikut suka hati.La nie aku nak tanya,time aku habaq kata aku nak pi dulu tu telinga hang letak tang mana??Hang kalau baca novel cinta omputehh memang tak ingat dunia!Hang buat bodoh ja kan kat aku tadi??So,don't you ever dare to put the blame on me,Hani!!"nada suara Fathia sudah naik seoktaf.
"Sekarang nie apa masalah hang,Thia?Dah tau aku teralit baca novel tu,hang ambik aje la dari tangan aku tadi.Nie tak,lebih sanggup biar aku lari terkedek-kedek diwaktu pagi cmnie.Berpeluh tau dakkk!!"Hani meninggikan suaranya.
"Hang nie kan....!!!"Fathia nak membalas tapi segera dipintas oleh rakan-rakan yang lain.
"Sudah-sudahlah tu Thia,Hani.Apa nie,pagi-pagi lagi dah buat kecoh.Kita nie nak pi masjid,nak menunaikan ibadah.Nie tak,nak buat drama gaduh sebabak pulak kat sini.Rimas aku",Yusmira mulai bersuara apabila melihat dua rakannya itu bertekak atas alasan yang cukup remeh.
"Ntahh..hinggaq ja hangpa dua orang nie.Padahal dah jadi housemate selama 3 tahun dah berturut-turut.Berubah la sikit."Azrina mulai mencelah.
Hani dan Fathia mencebik.
"Eih,tak kuasa la aku nak mengalah dengan makcikk nie.Asyik nak membebel aje dekat aku 24/7.Kalau camni lebur la tahi telinga aku."Hani berkata.Cukup pedas!!
"Ikutkan hati aku nak ja aku cili-cilikan mulut hang tu Hani!!Hang cukup suka kan cari pasal dengan aku?Saja nak spoilkan mood aku pagi-pagi camnie!Bongok punya kawan!"Fathia membidas.
Paappp!
Paanggg!
Adoiiiiii..!!
Auuchhhh..!
"Ha..Kan dah kena.Asyik nak gaduh memanjangg.Padan muka kena tampaq palaa.Stress aku dengaq suara hangpa dua,"Yusmira bersuara.
"Hat nie aku setuju,Yus.Diharap saudari berdua dapat menerima punishment nie dengan hati yang gembira dan bahagia tanpa ada rasa kesal.Kalau tak cukup bole ja aku dengan Yus double-kan lagi,"Azrina menambah sambil ketawa terkekek-kekek.
Hani dan Fathia menggosok-gosok kepala mereka yang agak sengal plus senget tu.Mereka berpandangan sesama sendiri.Lalu ketawa.Sepanjang tempoh 3 tahun menjadi housemate di Vila Indigo bermacam kisah yang telah mereka berdua lalui bersama.Biarpun seringkali bergaduh,berbeza pendapat dan sebagainya namun mereka tetap kekal sebagai kawan baik dan sentiasa melestarikan hubungan tersebut.What a nice friend they are?
Tanpa mereka berempat sedari,Syakina dan Nasuha berjalan menghampiri mereka.
Assalamualaikum.
Ucapan salam diberi tanda ukhuwah.Keempat-empat mereka seraya menoleh kearah empunya suara yang memberi salam.
Waalaikumussalam.Salam dijawab serentak.Mereka tersenyum menyambut kedatangan dua lagi rakan mereka.
"Hai,meriah aihh suara depa.Dari jauh lagi boleh dengar dah.Let me guess,mesti Hani dengan Thia kan?"Syakina meneka sambil tersengih.Riak confident nyata sekali terpancar dari wajahnya.
"Hehe..Yup.Pandai hang teka",Azrina menjawab.
"Tak payah teka pun dah memang tau dah sapa yang selalu buat kecoh,"balas Nasuha.
Serentak itu,mereka semua ketawa.
"Eih,mana Hatrisya dengan Mardiana?Tak nampak-nampak pun dari tadi.Selalunya tak macam nie pun,"Azrina mulai bertanya setelah menyedari dua lagi rakan mereka tidak bersama.
"Ha'ahh la kan..Selalunya depa tu la yang paling awal.Nie dah kira pecah rekod dah depa lambat tanpa notis."Syakina berkata sambil dahinya berkerut.Tengah berfikir apa la tu sampai berkerut-kerut camtu.
"Maybe depa ada hal kot.Satgi depa sampai la tu.Nanti kita investigate la pasal apa depa lambat.La nie jom pi masjid.Satgi lambat pulak kita sampai,aku nak rebut saf depan,"kata Yusmira.
Akhirnya,enam sekawan kini telah tiba di perkarangan masjid An-Nur.Masjid yang mempunyai reka bentuk dan seni bina yang cukup indah bak istana.Lantainya berkilat dan memancar dengan jernih.Kubahnya besar berwarna emas berkilauan meskipun berada didalam kegelapan.Sesuai dengan namanya iaitu Masjid An-Nur (cahaya).Gerbangnya dipenuhi dengan seni ukir ayat suci Al-Quran dengan sebegitu halus dan berseni.Indahnya tak dapat untuk digambarkan!
Sudah ramai pelajar muslim yang membanjiri masjid An-Nur pada saat ini.Didalam kesesakan pelajar yang ada,di satu sudut kelihatan beberapa orang pelajar senior tingkatan 5.
Ya,sudah pastilah pelajar2 lelaki yang paling popular di akademi ini.Pelajar dari tingkatan 5 Sains Perubatan,Ehsan,Afiq dan juga Hamizan.Tak terkecuali juga Pelajar dari tingkatan 5 Aeroangkasa,Fahim dan Keith serta pelajar dari tingkatan 5 Kejuruteraan,Syafiq dan Hasif.Mereka digelar sebagai The Seven Pillars kerana kegeniusan mereka didalam segala aspek.Dan sudah pasti,mereka diminati oleh para pelajar perempuan samada junior mahupun senior.Ehem..ehemmm..Lupa nak mention The Seven Pillars telah mempunyai ratu dihati mereka sendiri.(Nanti i story lebih lanjut ok.hehe.)
Tiba-tiba,pandangan mata Hani tertancap pada satu susuk tubuh pelajar lelaki disitu yang nyata sekali membuatkan langkahnya terhenti.Dia kelihatan agak terkejut.Tergamam mungkin?
Reaksi Hani membuatkan kesemua rakannya menghentikan langkah.Kehairanan melihat tingkah laku Hani sebegitu.
"Weyh,Hani.Hang ok dak nie?Tiba-tiba ja hang berhenti kenapa?Muka pun dah terlalu terkejut mengalahkan beruk termakan belacan.Hang kena sampuk hantu kaa??"Fathia yang kehairanan terus menyoal Hani.
"Ha'a la..Hang dah kenapa?"giliran Yusmira pula yang bertanya.
Hani bagaikan terkesima dan langsung tidak menghiraukan pertanyaan daripada rakan-rakannya itu.Matanya hanya membulat,ditambah pula dengan mulutnya yang terlopong itu.Mereka yang melihat gelagat Hani,hanya berpandangan sesama sendiri.Hairan.Dan penuh kerisauan.
Dan tiba-tiba..
"Oh my goshhhhhh..!!My lovely sweetheart is here!Right on in front of my eyes!!Oh my babyy..Where have you been all this time?I really missed youu..And wowwww..!!You're looking very superb handsome!!I'm meltingggg...!,"Hani bersuara dengan penuh keriangan sebaik sahaja melihat wajah kekasih yang dirinduinya itu diperkarangan masjid An-Nur.
Fathia,Yusmira,Azrina,Syakina dan juga Nasuha ternganga mendengar kata-kata Hani tersebut.Nak terjegil biji mata mereka akibat terkejut dan maka terjawablah segala persoalan mereka tentang perubahan drastik sikap Hani sebentar tadi.
"Bongok punya kawan!!Aku ingat apalah tadi.Buat aku risau aje.Rupanya terkena sawan gedikk kat cinta hati,"ujar Yusmira.Rupanya kerisauan yang dia rasai sebentar tadi hanyalah sia-sia.Herrrrr..
Hani tersengih-sengih bila Yusmira berleter padanya.Mereka yang lain hanya ketawa mendengar leteran Yusmira.
"By the way,baguslah Hamizan dah kembali.Nampaknya misinya di Ukraine telah dapat diselesaikan dengan jayanya.Alhamdulillah."Nasuha berkata.
"Ya,betul tu.Bukan calang-calang orang yang dapat menyempurnakan misi nie seperti Hamizan.Ternyata,dia layak untuk menyandang gelaran sebagai salah seorang dari ahli The Seven Pillars of Fairy,"Yusmira memuji kehebatan senior mereka itu.
"Dia dan kesemua ahli The Seven Pillars merupakan lambang kebanggaan akademi kita.Setiap misi yang mereka sempurnakan penuh profesional dan itu menjadikan mereka dihormati oleh golongan elit berprofesion tinggi."Fathia menyatakan kekagumannya terhadap idola-idolanya itu.
The Seven Pillars sebenarnya terdiri daripada pelajar-pelajar yang genius tahap IQ-nya dan memiliki kebolehan yang luar biasa untuk menyelesaikan setiap tugasan dengan penuh profesional.Dan Hamizan merupakan salah seorang dari mereka.Dia sebenarnya baru sahaja selesai menyempurnakan misinya di Pusat Penyelidikan Perubatan Ukraine,iaitu menghasilkan antidot bagi virus influenza yang paling berbahaya bersama dengan para saintis Ukraine dan seringkali virus ini menyerang bayi dan kanak-kanak dikebanyakan negara.Kemahiran dan kebolehan Hamizan inilah yang membuatkan dia dipilih oleh World Scientist Association untuk mengetuai misi penghasilan antidot tersebut.Sekali lagi,nama Fairy Academy diharumkan oleh pelajar-pelajarnya di persada dunia.
Di perkarangan masjid An-Nur kini kian lengang kerana hampir kesemua pelajar muslim kian beransur memasuki ke dalam masjid.
Syakina tiba-tiba tersengih.Lalu dia mencuit Azrina dan membisikkan sesuatu kepada rakannya itu.
Membulat biji mata Azrina apabila mendengar apa yang dibisikkan oleh Syakina kepadanya.Rona-rona merah mulai menyinggahi wajahnya yang putih salju itu.Ketawa Syakina mulai pecah selepas habis berbisik dengan Azrina dan sepantas kilat itu juga lah dia melarikan diri ke dalam masjid kerana dikejar oleh Azrina.
Yusmira,Fathia,Hani dan Nasuha tercengang melihat gelagat kedua-dua rakan mereka itu dan pantas mengekori mereka masuk kedalam masjid.
SEMENTARA ITU..DI VILA VIOLET..
"Mardiana..!!Cepatlahhhhhhh..!!Kita dah lambat sangat-sangat dah nie nak pi ke masjid..!Hang buat apa lagi tu?!!"Hatrisya menjerit memanggil housematenya dari luar vila.
Dia sudah pun bersedia untuk menuju ke masjid namun terpaksa menunggu Mardiana yang masih lagi sedang bersiap didalam vila.Diwajahnya jelas terpamer riak kegelisahan kerana kelewatan mereka ke masjid.
Di halaman vila,Mardiana keluar dan menutup pintu dengan kelam kabut.Dia menyarung kasut yang mana sempat disua kekakinya dan dengan pantas bergegas mendapatkan Hatrisya untuk menuju ke masjid An-Nur bersama-sama.
Sesampainya dimasjid,mereka segera menuju ke saf pelajar perempuan.Disaat itu bilal mulai melaungkan iqamat tanda untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah.Dan pertama kalinya juga dalam sejarah mereka menempah saf di barisan yang paling akhir.Nak buat macam mana,terkadang pelajar yang paling berdisiplin pun pasti akan kalah dengan ketepatan waktu atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat untuk dielakkan.
Sesampainya mereka berdua di saf tersebut,mereka disambut dengan mesra oleh Yusmira,Nasuha,Fathia,Hani,Syakina dan Azrina.
"Trisy,kenapa hang dengan Mar mai masjid lambat pagi nie?Hangpa dua terlajak tidoq ka apa?Atau bunyi loceng akademi kita tak cukup kuat untuk sampai ke Vila Violet? "Fathia mulai menyoal Hatrisya dan Mardiana bertubi-tubi bak machine gun terlajak peluru.
Hatrisya dan Mardiana yang sememangnya masih lagi berada didalam 'mode kalut' tidak mampu nak menjawab sebarang pertanyaan yang diajukan oleh Fathia.Mereka sedang fokus memakai telekung dan bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh.
Setelah selesai memakai telekung,Hatrisya memandang rakan-rakannya yang lain sebelum berbalas pandang dengan Mardiana.Akhirnya Hatrisya melepaskan satu keluhan yang berat sebelum memulakan bicaranya.
"Nanti lepas solat aku cita kat hang.Laa nie aku mohon sangat hangpa semua bagi ruang untuk aku dan Mar menarik nafas lega buat seketika."kata Hatrisya.Manakala Mardiana hanya mengiakan sahaja apa yang diperkatakan oleh Hatrisya sebentar tadi.
Dan pagi itu.. Solat subuh berjemaah selamat didirikan dengan sempurna oleh kesemua pelajar muslim dengan penuh khusyuk.
Sesungguhnya,untuk menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam hidup bukan sahaja perlu cemerlang dalam bidang akademik malah perlu cemerlang juga dalam menjaga hubungannya dengan Allah SWT agar segala ilmu yang dipelajari sentiasa diberkati oleh-Nya.Itulah kunci kejayaan sebenar bagi setiap pelajar untuk berjaya dalam hidup didunia dan juga di akhirat.InsyaAllah....
Share this novel