Hampir kesemua pelajar telah membanjiri Dataran Kehormat Fairy Academy untuk menghadiri majilis perhimpunan rasmi pada pagi itu.
Dataran kehormat tersebut merupakan sebuah dewan terbuka yang cukup besar dan luas untuk menempatkan kesemua pelajarnya yang berjumlah 2 ribu orang dari pelbagai negara.Di puncak dewan ini berkibarnya bendera Jalur Gemilang dan bendera akademi diikuti dengan bendera negeri di Malaysia dan juga dari luar negara.
Susun atur pentas begitu indah sekali dan berkonsepkan ala inggeris.Di pentas tersebut terukir indah motto Fairy Academy iaitu 'Hope is always with us' dari emas.Kerusi juga diatur kemas oleh pihak pentadbiran untuk pelajar ketika menghadiri setiap sidang perhimpunan.
Kini semakin ramai pelajar yang telah mengambil tempat mereka di kerusi masing-masing.Ada diantara mereka yang membuat revision sebelum perhimpunan bermula,ada yang mendengar lagu menerusi telefon pintar dan tak kurang juga ada yang mengambil kesempatan ini untuk berborak sesama mereka.
Di Bulatan Ilmu,sekumpulan pelajar lelaki dari Tingkatan 3 Linguistik Bahasa sedang mengatur langkah menuju ke DK (Dataran Kehormat) sambil berborak.
"Afiq,satgi hang pass kat aku no fon Adibah boleh tak?Aku dah lama la minat kat dia,"dengan segenap harapan,Syafiq (seiras wajah Syafiq Yusuff anak Dato Yusuf Haslam) meminta nombor telefon seorang junior mereka dari Tingkatan 1 kepada Afiq.
Afiq mengerutkan dahi,seperti sedang berfikir.Adibah yang mana satu ya?Dia yang merupakan seorang playboy dan sentiasa dikelilingi oleh ramai pelajar perempuan itu terkadang tidak pernah mengingat nama-nama perempuan yang selalu mengelilinginya.Memiliki seraut wajah seperti Sahrul Ridzwan,sudah pasti mudah untuk Afiq didekati oleh mana2 pelajar perempuan.
"Adibah yang mana satu nie?"Afiq menyoal.Nyata sekali otaknya gagal untuk mencari identiti gadis yang bernama Adibah tersebut.
"Alah,Adibah yang lawa-lawa tu.Semalam kan hang baru ja ambil no fon dia masa kat library."Syafiq mengingatkan kembali kepada Afiq.
"Ohhh,Adibah hat tu kaaa..Dia memang lawa pun.Perghh..bergetar tulang rusuk aku masa tengok dia."ujar Afiq sambil memegang rusuk kirinya itu.Masih terbayang lagi saat dia menegur Adibah semalam semata-mata untuk meminta nombor telefonnya.
"Weyh Afiq..Hang jangan cakap kat aku yang hang pun ada hati kat Adibah.Aku tumbuk muka hang satgi kot!"Syafiq mengugut.Bukan dia tak kenal dengan sikap rakannya itu.
"Hahahaha..!!Chill la bro..Aku tau ja perasaan hang kat Adibah.Takkan la aku nak potong line hang kot.Aku just nak ambik Adibah tu jadi adik angkat aku aje,"terang Afiq kepada Syafiq sambil ketawa.Risau benar Syafiq nampaknya.
"Fuhh..lega aku dengaq hang kata macam tu.Hang tu bukan boleh harap sangat.Semua perempuan hang nak try mengayat."kata Syafiq.
Hairi dan Hafiz yang berada sekali disitu turut ketawa apabila mendengar kata-kata Syafiq.Benar,Afiq bukannya boleh dipercayai.Kadang mulut kata lain,tapi dalam hati lain yang dibuatnya.
"Hang kena jaga-jaga sama,Syaf.Fiq nie bukan leyh caya sangat,"kata Hairi yang berwajah kacak seperti Ungku Ismail Aziz didalam drama Teman Lelaki Upahan.
"Make sure hang tackle Adibah dulu sebelum playboy kita nie make a move first,"Hafiz (bayangkan dia setampan Hafiz Rusdi) juga turut mengingatkan Syafiq.
Sebaik sahaja mendengar komen-komen dari kesemua rakannya itu,pecah ketawa Afiq.Semua komen tu terkena pada batang hidungnya sendiri.
"Hahahahahaha..!!!Tak boleh blahh sungguh la komen hangpa semua.Tapi sayangnya aku tak dapat pun nombor fon dia semalam.Jual mahal betoiii.."ujar Afiq dengan ketawa yang masih bersisa.
Syafiq,Hairi dan Hafiz mematikan langkah.Mereka memandang kearah Afiq dengan penuh tanda tanya.Masih terlayar lagi dimata mereka bertiga Adibah menghulurkan sekeping kertas yang ditulisnya kepada Afiq.Jika Afiq sendiri mengatakan bahawa dia gagal mendapatkan nombor telefon gadis seiras Nelydia Senrose itu,jadi kertas apa yang dihulurkan kepada Afiq semalam?
"Wait a minute..Hang kata hang tak dapat nombor dia semalam?Habis kertas apa yang dia bagi kat hang semalam?"tanya Syafiq.Musykil.
"Haha..Hangpa mesti tak caya kertas apa yang dia bagi kat aku semalam.First time aku jumpak dengan junior yang seberani mati macam Adibah tu kat depan aku.Ada kaa patut dia tulis kat kertas tu 'GO TO HELL WITH YOUR PLAYBOY ATTITUDE!!' masa aku mintak no fon dia.Perghhh..!!Sentap terus aku..Tapi aku suka..Jenis yang pandai jaga maruah diri,"kata Afiq dengan jujur dihadapan rakan-rakannya itu.
Mereka turut ketawa.First time kot Afiq gagal tackle nombor fon pelajar junior.Lawak betul.
"So,kiranya aku tadak chance la nie nak dapat nombor fon Adibah."Syafiq agak terkilan.
"Tak payah nak putus asa cepat sangat,Syaf.Remember this,Hope is always with us.Masih ada jalan lagi untuk hang tackle budak tu."Hairi bersuara sambil meneruskan langkah mereka menuju ke DK.
"What do you mean,Ry?"tanya Syafiq.
Afiq menepuk dahinya.Syafiq nie biar betul lembap sangat nak catch up apa yang Hairi maksudkan tadi.
"Slow betoii la otak hang loading Syaf pagi nie.Think about Hatrisya and what she can do for us!"Afiq berkata.
Tiba-tiba Syafiq tersenyum lebar.Dia baru teringat tentang Hatrisya,rakan sekelas mereka yang anggun itu.Dia lupa mereka masih mempunyai Hatrisya untuk disandarkan segala harapan.
"Thanks,bro!Aku hampir-hampir terlupa kita masih mempunyai Hatrisya untuk diharapkan."ucap Syafiq.
Dengan itu mereka melangkah masuk ke dalam DK dan mengambil tempat masing-masing mengikut jurusan mereka.
Tiba-tiba..suasana di dalam DK menjadi riuh dan kecoh dengan suara pelajar-pelajar perempuan yang sedang tertumpu pandangan mereka ke pintu masuk DK.Suasana yang biasa dilihat setiap hari apabila mereka semua menyedari tentang kehadiran 5 pelajar tergenius akademi,iaitu SS501 (actually nie kumpulan k-pop,i pinjam kumpulan diorang untuk dijadikan sebagai watak utama dalam cerita nie.Huhu.) yang dibarisi oleh Afiq,Hamizan,Keith,Fahim dan Hasif dari tingkatan 5.
SS501 melangkah masuk kedalam DK dengan penuh bergaya.Mereka berlima adalah pelajar paling popular di akademi.Berwajah seperti korea,sudah pasti digilai oleh kesemua pelajar perempuan tak kira dari mana-mana negara sekalipun.Malah,mereka juga merupakan sebahagian dari ahli The Seven Pillars of Fairy dimana tahap genius mereka diiktiraf oleh kesemua badan elit dunia.Dengan menyarung uniform berwarna merah,iaitu uniform khas bagi pelajar tergenius menyerlahkan lagi ketampanan dan kekacakan mereka yang sememangnya berkulit cerah itu.
SS501 melangkah menuju ke tempat duduk mereka yang terletak berhadapan dengan pentas.Sepanjang perjalanan SS501 menuju kesana,hampir kesemua pelajar perempuan didalam DK hampir histeria disebabkan terlalu fanatik dengan mereka.Ramai yang menghulurkan surat kepada mereka,malah ada juga yang memberi hadiah.Namun SS501 hanya menghadiahkan kesemua mereka dengan senyuman sahaja tanpa mengambil sebarang surat mahupun hadiah dari pelajar perempuan tersebut.
"Cuba tengok tu,Trisy.Fanatik betul Fairy girls kita bila ternampak SS501,"Mardiana berkata pada Hatrisya yang sedang leka bermain game Quadropus Rampage di iphonenya itu tanpa mempedulikan kekecohan yang sedang berlaku didalam DK.
"Biar aje la kat depa,Mar.Apa yang dipandang Fairy girls kat mamat-mamat poyo tu pun tak tau la."Balas Hatrisya tanpa menunjukkan sebarang minat tentang isu tersebut.
Hani yang mendengar percakapan diantara Hatrisya dan juga Mardiana menyampuk.
"Tapi Fahim kan salah seorang dari SS501.Takkan Sis tak terasa apa-apa kot bila dia masuk tadi?"Hani bertanya.
"Nak rasa apa pulak,Ngah?Sekarang nie sis dok rasa geram sebab sis kalah dalam game nie.Tak guna punya ikan jahat!!"Marah Hatrisya pada game tersebut.
"Takkan hang tak faham kot,Trisy..Kan Fahim sukakan hang sedari kita Form 1 lagi.Tapi hang tak pernah pun nak balas perasaan dia selama nie."Syafina bersuara.Susah betul bila bercakap dengan Hatrisya bila berkaitan dengan Fahim.
"Aku just anggap dia sebagai senior kita aje dan tak lebih dari tu."Balas Hatrisya ringkas.
Mereka yang mendengar hanya menggelengkan kepala sahaja.Keras betul hati si cantik manis Hatrisya nie.
"Haiiihh..Bila la turn aku nak menyarung uniform berwarna merah macam SS501 tu.Asyik dok pakai uniform warna hitam aje sekarang nie."Hairi bersuara sambil membelek blazer hitam miliknya.
"Masih jauh lagi perjalanan kita untuk menyarung uniform seperti mereka.Tahap IQ kita tak setanding mereka lagi."Balas Afiq.Jauh disudut hatinya dia juga teringin hendak menyarung uniform itu.
"Nampaknya kita kena berusaha bersungguh-sungguh dan sedaya mungkin untuk jadi segenius SS501.So,stop the uttering now and trying to moving forward toward our dream."Kata Hafiz pada kedua rakannya itu.Cita-citanya juga untuk menjadi pelapis kepada senior-seniornya itu.
Suasana didalam DK tiba-tiba bertukar senyap sebaik sahaja barisan pentadbiran dan pendidik mereka menaiki ke pentas dan mengambil tempat kerana perhimpunan rasmi pada pagi itu bakal bermula dalam masa 2 minit lagi.Kesemua Fairy berdiri tegak dan menundukkan sedikit badan mereka tanda menghormati barisan terkuat Fairy Academy itu sebelum mereka duduk kembali dikerusi yang disediakan.
Dan pagi itu,perhimpunan rasmi pun bermula.Segala isu dan laporan berkaitan dengan akademi serta global dibahaskan oleh guru yang bertugas pada minggu lepas sebagai info kepada semua pelajar.
Selepas guru yang bertugas pada minggu lepas selesai memberikan laporannya pada kesemua pelajar,tibalah masanya untuk Pengetua Fairy Academy yang ke-3 iaitu Puan Balkhis untuk memberikan ucapannya pada pagi itu.
Kesemua Fairy bangun dan menunduk hormat pada pengetua yang mereka kasihi itu.Pengetua wanita yang berusia hampir separuh abad itu hanya tersenyum memandang kesemua pelajar-pelajarnya itu.
"Raise your head,my childrens.Give me all your brightest smile and your happiness this morning.And please,have a seat."Pengetua Fairy Academy mulai bersuara dengan penuh kasih seperti seorang ibu sedang bercakap dengan anak-anaknya.
Kesemua Fairy mengangkat kepala mereka dengan penuh hormat dan menghadiahkan senyuman yang paling manis buat pengetua yang mereka kasihi dan sanjungi itu sebelum kembali duduk di kerusi.
"Your smiles is my inspiration to going pass through these beautiful days at our beloved academy.And of course,all of you are my life long treasures all these while."Ucap Puan Balkhis sambil tersenyum.
"To see all of you growing up in front of my eyes is the miracles thing that i've ever had in my life."
"I live on my life by knowing all of my Fairies is going up to be the most intelligent and briliant generation in the future with proud.In this world,there's no boundaries of knowledges to gain and its was unlimited lies in front of you.It will be your choice then,whether to grab it with your grasp or to decline it with your will.That choice will be made according to your own resolve."Puan Balkhis menyampaikan ucapan yang penuh dengan motivasi itu kepada semua Fairy disertai dengan senyuman.
"Grow up with pride and dignity,my childrens.Spread your wings,and fly to catch up your dream together in this battles of knowledge.Don't you ever give up,raised your head and continue to live up your life forward with fortitude."
"Even though your shed of tears keep falling because you failed to achieve your goals,stand up and keep trying to makes it come true by any ways.Life is a mystery journey.Whether you success or fallen,it all depend in here.Your heart."Puan Balkhis meletakkan tangannya didada,dekat dihatinya.Dia ingin menunjukkan kepada semua pelajar yang telah dianggapnya sebagai anak itu memahami tentang peri pentingnya hati dalam membuat segala keputusan.
"With this heart,you'll know there's no way anything in this world can stop you from spread your wings to success with flying colors.Once again I remind all of you my children,don't you ever dare to give up without trying with all your wills because 'Hope is always with us.'Remember that and keep it clearly in your mind forever.Do you understand,all of my fairies?"Puan Balkhis bertanya dengan penuh harapan.
"Yes,Ma'am."Jawab semua Fairy dengan penuh semangat.Ucapan dari pengetua mereka itu sememangnya meresap jauh kedalam sanubari mereka dan menjadikan semangat mereka untuk terus menuntut ilmu semakin berkobar-kobar bak api yang sedang marak menjulang tinggi.
Puan Balkhis tersenyum mendengar jawapan dari kesemua pelajarnya itu.Dia sentiasa berdoa agar kesemua anak didiknya itu sentiasa berjaya dalam mencapai segala cita-cita yang mereka impikan.'Teruslah membesar anak-anakku.Berbaktilah dengan ilmu yang kamu semua miliki untuk menjadikan masa depan dunia ini menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.Hargailah ilmu yang penuh didada dengan penuh rasa syukur.Berkongsilah ilmu tersebut pada mereka yang tidak mengetahuinya.Menjadi genius bukan satu kebanggaan,tapi ianya satu anugerah untuk dikongsi bersama dalam menuntut ilmu.'Puan Balkhis bermonolog dalam hati sambil melihat kesemua wajah Fairy yang begitu bersemangat.
"I wish all of you a sea of good luck to passing through this beautiful day,my childrens.Now,dismiss."Ujar Puan Balkhis.
Maka berakhirlah perhimpunan rasmi di Dataran Kehormat Fairy Academy pada pagi itu.Kesemua pelajar bangun dan memberikan hormat pada kesemua barisan pentadbiran dan pendidik mereka saat barisan terkuat itu turun menuruni dari pentas.Selepas itu,kesemua pelajar bersurai dan menuju ke blok-blok akademik untuk menghadiri kelas mereka pula pada pagi itu.
Share this novel