"NANA BANGUNNNNN..!!!!"
Bergegar satu Vila Magenta dengan suara jeritan nyaring Masfirah.Sudah menjadi kebiasaan baginya untuk menjerit sekuat dan senyaring itu diwaktu pagi seperti ini.Teman sevilanya,Syawana mempunyai tabiat liat untuk bangun diwaktu pagi.Bermula dari tahun pertama hinggalah ke tahun yang ketiga ini tabiatnya tidak pernah berubah.Telinganya tidak lut langsung dengan bunyi loceng akademi yang kuat bergema ke seluruh pelosok daerah perbukitan itu.Tapi ternyata,hanya jeritan suara Masfirah sahaja yang mampu menembusi ke gegendang telinganya sekaligus membuatkan dia segera bingkas untuk bangun.
"Mas!Sekarang dah pukul berapa?!"soal Syawana dalan keadaan panik.Dia segera membetulkan cadar katilnya dan mencapai tuala mandinya.Bagaikan lipas kudung,dia menerpa menuju ke bilik mandinya.
"Dah nak dekat pukul 6.20 pagi dah nie,Nana.Mandi koboii dah la.Satgi kita terlambat nak ke dewan makan!!!"jerit Masfirah dari tingkat bawah vila.
"OK!!!!!"sahut Syawana dari tingkat atas.
Sementara itu,di Dewan Makan Utama Fairy mulai dipenuhi dengan kehadiran pelajar-pelajar untuk mengambil sarapan pagi.
Keluasan dewan makan utama itu bersamaan dengan sebuah stadium bola sepak dan mempunyai dua tingkat.Dindingnya diperbuat daripada kaca yang berkualiti tinggi dan jernih sehingga sesiapa yang berada diluar dewan makan tersebut boleh melihat dengan jelas suasana didalamnya.Dilengkapi dengan segala fasiliti yang sempurna,benar-benar memberi keselesaan kepada semua pelajar.Menu yang dihidangkan disini adalah menu berkelas dunia.Setiap hari menu akan ditukar dan sudah pastinya menu tersebut datangnya dari salah satu negara yang menjadi undian pelajar-pelajar disitu.Ya,menu akan ditentukan sendiri oleh para pelajar berdasarkan undian dan selera mereka pada hari tersebut.Dan ianya salah satu dari tradisi Fairy yang cukup terkenal dikalangan pelajar sejak dahulu lagi.
Yang paling istimewa,adalah tingkat atas dewan makan.Disitu terbinanya sebuah pentas hiburan sekiranya ada diantara mereka yang ingin membuat sebarang persembahan ketika waktu terluang.Boleh diibaratkan tingkat atas ini sebagai sebuah kelab atau pub kelas atasan.Setiap hari pelbagai bakat yang lahir dipentas tersebut.Menjadikan sesaat yang cukup bermakna untuk mereka hargai.
Dikoridor luar dewan makan,kelihatan seorang pelajar lelaki yang berpakaian seragam pengawas akademi sedang berlari dalam keadaan kelam kabut.Derapan tapak kakinya membuatkan hampir kesemua pelajar di sepanjang koridor itu menoleh kearahnya.
"Weyh,tepi sikit!Aku dah lambat nie!Matilah aku kalau terlewat seminit!WOIIII..!KE TEPI SIKITTTT..!!,"pelajar tersebut menjerit agak kuat.Mungkin dia benar-benar mengejar masa disaat ini.
Kesemua pelajar di akademi itu sudah faham benar dengan kelakuannya diwaktu pagi seperti ini.Mereka segera bergerak ketepi untuk memberi laluan kepada pengawas tersebut.Habislah dia jika dia benar-benar tidak sempat untuk sampai ke tingkat atas DM (singkatan bagi dewan makan) tepat pada waktunya.Bukan sahaja 'harinya' pada pagi itu yang bakal musnah,bahkan hari buat mereka semua juga.
Dalam kekalutan itu,dia terlanggar dengan dua orang pelajar perempuan.Jatuh berdebuk mereka bertiga ke lantai koridor.
"Aduhhh!!"
"Arghh!"
"Sakitnya!"
Kesakitan nyata sekali terasa.Buat seketika,ketiga-tiga mereka berbalas pandang.Barulah otak mereka loading selepas perlanggaran tadi.
Pelajar lelaki yang memiliki raut wajah seperti Nadzim Othman itu segera bingkas bangun.Matanya merenung agak tajam kearah kedua-dua pelajar perempuan tersebut.'Huh,depa dua orang nie ka.Sikit punya kuat aku menjerit tadi takkan depa tak dengar langsung?Pekak badak kaa pekak gajah?!!Dah la aku dok kejaq masa.'hampir terbakar hatinya disebabkan insiden tadi.
"Hang ka Amzar!Lari tu agak-agak sama la.Nie bedaii langgar orang ja.Sakit hang tau dakkkk!!"Syafina bersuara agak keras.Sakit hatinya dirempuh oleh Amzar tadi.
"Yang hang dok lari kalut-kalut nie nak pi mana?Takdanya nak habis aihh makanan kat DM nie.Lagipun awal lagi kan.Baru pukul 6.20 pagi."balas Alya.
Muka Amzar mulai berona merah.Menahan geram dengan dua rakan sekelasnya itu.'Haisy..banyak songeh pulak dah belangkas dua ekoq nie',ngomel Amzar dalam hati.
"Hangpa dua pekak ka apa??Punya la kuat aku jerit kat sepanjang koridor nie suruh semua ketepi tapi awat hangpa dua bengap sangat??Menonong berlengang lengok cam model kat tengah-tengah koridor nie dah kenapa?Awat tak ketepi???"Amzar terus menghambur amarah tanda ketidakpuasan hati kepada Syafina dan juga Alya.
Sebaik saja mendengar kata-kata Amzar yang seperti sengaja mencari pasal itu,apalagi terus mendidih darah Syafina dan Alya.Kebanyakan pelajar-pelajar lain sudah mulai menggeleng kepala.Hah,sudahhhhh..janganlah mereka buat kecoh lagi pagi nie.
"Mulut hang kadang-kadang kuajaqq jugak kan,Amzar?Cakap tu tak bertapis langsung!Satgi ada jugak yang makan penampaq untuk breakfast pagi nie!,"Syafina terus menghentam Amzar dengan kata-katanya.
"Weyh,ropeah zubaidah!Aku tadak masa langsung ok nak cari pasai dengan hang.Yang aku tak puas hati,awat hangpa dua tak ketepi tadi?Pekak kaaa?Ka tak paham bahasa??!"sindir Amzar.Sinis sekali.
"Woiii..!!Sapa ropeah zubaidahh???!!Ikot suka hati hang ja kan tukaq-tukaq nama aku!Punya pasal aku la nak ketepi ka ketengah ka kebelakang ka.Pagi-pagi dah spoilkan mood aku!",marah Syafina.
"Weiiiiiiiiiii..!!!Jahanam tampered glass hello kitty henset aku!!Baru ja kelmarin aku tukaq.Bengong punya Amzar!Sial la!!!!",tak semena-mena Alya membentak.Mana tidaknya,tampered glass iphone 6+ nya itu baru sahaja ditukar dan ianya adalah limited edition.
Perbalahan diantara Syafina dan Amzar terhenti akibat terkejut apabila Alya membentak.Hampir tercengang Amzar sebaik saja melihat Alya membelek-belek iphonenya itu.Wayar!Matanya disorot pula ke kepala rakannya itu,headphone!!!Sepantas kilat,dia menoleh ke arah Syafina.Dipandangnya Syafina dari atas hingga ke bawah dengan penuh teliti.Sah!!!Maka terjawablah segala punca pergaduhan mereka sebentar tadi.Disebalik tudung Syafina terjuntai wayar berwarna putih menuju ke poket baju uniform pengawasnya itu.Syafina dan Alya sedang mendengar lagu menerusi telefon pintar masing-masing.
Maka,tidak hairanlah sekiranya mereka berdua tidak mendengar jeritan Amzar sebentar tadi yang akhirnya berakhir dengan perlanggaran dan pergaduhan.'Cehh..kurang asam punya belangkas!Buang masa aku ja menghadap leteran laser depa.Herrr..!',Amzar bermonolog dalam hati.
"Laaa..sorry la Alya.Aku bukan sengaja pun nak bagi TG (tempered glass) hang pecah.Bukan aku tak jerit tadi suruh ketepi,tapi hangpa dua tu haaaaaa.Yang pi dengaq lagu awal-awal pagi buta guna headphone dan earphone tu dah kenapa?Kan dah jadi camni."Amzar mulai bersuara dengan lembut sebaik sahaja terlihat riak wajah rakannya itu mulai muram.Terasa bersalah pulak dia pada Alya.
"Sabaq la Lia.Benda nak jadi kan?Bukan kita yang mintak.Nanti aku temankan hang gi Bandar Ilmu,cari TG Hello Kitty tu kat hang.Alooo..Takmau la sedih-sedih camnie."Syafina memujuk kawan baiknya itu.Suaranya juga mulai kendur.
"Ha'a la Lia.Petang nie lepas habis kelas,aku temankan hang dengan Fina pi sana.Aku ganti balik TG favourite hang ok?"Amzar turut sama memujuk Alya.
Wajah Alya tiba-tiba bertukar ceria sebaik sahaja mendengar Amzar ingin menggantikan semula TG HKnya itu.
"Serius kaa nie hang nak ganti Amzar?Yeayyyyy..!!Camnie la baru panggil kawan!"Alya bersuara riang sambil mengenyit mata pada Amzar.
"Tu kalau aku tak ganti kira aku bukan kawan hang la?"cebik Amzar.
"Haha..Kot mana sekalipun hang tetap kawan aku.Terima kasih,Amzar."ucap Alya sambil tersengih.
"By the way,yang tadi hang dok lari cam tak cukup tanah tu dah kenapa?Hang lapaq sangat ka pagi nie?"Syafina bertanya dengan dahi yang berkerut.
"A'ahh la kan,hang dah kenapa?"Alya turut tertanya-tanya.
Wajah Amzar tiba-tiba berubah pucat.Dia baru teringat tujuan utamanya untuk tiba dengan kadar yang segera di tingkat atas DM.Sekiranya dia benar-benar terlewat,berakhirlah riwayat hidupnya pagi itu.Dengan hanya berfikir saja pun dah cukup untuk membuatkan dia hampir menangis macam budak tadika.Kecut perutnya.
"Errr...kuat sangat ka kita berlanggar tadi Fina,Lia?Sampai hangpa dua cam tak ingat ja rutin harian aku setiap pagi camnie..?Ka hangpa perli aku......."nada suara Amzar mulai bertukar lirih.Ada nada sayu disitu.
Syafina dan Alya berpandangan sesama sendiri.Ohh,baru teringatttt!!!!Rutin harian Amzar setiap pagi adalah bersarapan dengan cinta hatinya,Adila iaitu rakan sekelas mereka juga.Dia seorang gadis yang cukup cantik,persis bak model Fazura namun memiliki personaliti yang agak luar biasa dan ekstrem.Ketegasannya dalam berbicara mahupun dalam melakukan segala hal tidak mampu untuk ditepis dengan mudah.Dia punya garang tu ibarat seperti ratu singa betina.Tak ramai yang mampu melawan dengan Adila apabila dia sudah membuat keputusan melainkan hanya akur saja dengan kehendaknya.
Baru sahaja minggu lepas Adila mengenakan denda kepada Amzar kerana terlewat seminit ke DM.Dan hasilnya Amzar terpaksa memakai skirt bermotifkan bunga sepanjang hari tersebut.Disebabkan rasa sayang dan cintanya pada Adila,dia hanya menurut segala keinginan cinta hatinya itu.Bukan Amzar seorang sahaja yang terkena tempias amarah Adila tempoh hari,bahkan pelajar-pelajar junior yang berada di DM ketika itu juga turut didenda kerana mentertawakan Amzar yang didenda ketika itu.Masakan tidak,pengawas yang begitu macho dan hensem seperti Amzar didenda sebegitu rupa oleh Senior Adila.Selalunya Senior Amzar yang suka mendenda mereka kerana mereka seringkali melanggar peraturan akademi dan tidak berdisiplin tapi kali nie terbalik pulak.Pengawas yang tegas telah tewas ditangan kekasihnya sendiri.Sudah pastilah mengundang ketawa mereka semua.
Pecah ketawa Syafina dan Alya sebaik sahaja teringat insiden yang berlaku minggu lepas.Merah muka mereka berdua akibat ketawa dan geli hati yang teramat sangat saat terbayang wajah Amzar memakai skirt berbunga yang hampir menangis ketika dimarahi oleh Adila.
Amzar menarik muka masam.'Huh!Tu mesti belangkas dua ekoq nie dok bayang aku tengah pakai skirt!Sumbat kasut kat dalam mulut tu baru tauu!!',dengus Amzar dalam hati.
"Hahahaha..Tobat lawakkkk..!!!Haha.."Alya mentertawakan rakannya itu sampai berair matanya.
"Haha..Dah la weyhhh..Pi la cepat-cepat kat level 2..Satgi ada lagi orang yang kena denda dengan Miss Adila kita..Hahaha!!"Syafina mengingatkan kepada Amzar supaya tidak terlewat lagi pagi itu.
"Ada lagi 30 minit sebelum pukul 7.Baik hang gerak sekarang Amzar.Hang bukan tak tau DM kita nie sebesar stadium bola.Entahkan sempat atau tak untuk hang ke level 2,"Alya berkata sambil melihat ke arah jam tangannya.
"Ok2,thanks guys tolong ingatkan aku..Sebelum Baby aku tu upgrade jadi 'Beast Soul',better i make a move right now.See you at HSF (The Honorable Square of Fairy atau dalam bahasa melayunya Dataran Kehormat Fairy) later."balas Amzar.
Sepantas kilat,Amzar segera membuka langkah seribu menuju ke level 2.Kesemua yang berada disitu berharap sangat Amzar sempat sampai sebelum Adila sempat berkata 'You're late!' kepada Amzar.
Selepas itu,Syafina dan Alya menuju ke pintu masuk DM.Pintu kaca tersebut terbuka secara automatik sebaik saja mereka melangkah masuk.
Beberapa pelajar junior dan senior berbisik-bisik sebaik sahaja terpandang mereka berdua.Ada yang menghadiahkan senyuman dan ucapan selamat pagi kepada Syafina dan juga Alya.Mana tidaknya,mereka berdua tergolong dalam kategori pelajar paling popular dan genius di akademi.Malah,mereka juga memiliki raut wajah yang cukup cantik.Syafina seorang yang bertubuh langsing,berkulit putih dan memiliki sepasang anak mata yang berwarna hitam bersinar.Wajahnya persis Anzalna Nasir,pelakon terkenal tanah air.Alya pula seorang yang tinggi lampai dan memiliki bentuk tubuh 'S' yang selalu menjadi idaman pelajar lelaki di akademi tersebut.Raut wajahnya begitu ayu dan lembut sekali seperti pelakon Wawa Zainal.Sepasang anak matanya yang berwarna coklat cerah cukup sepadan dengan warna kulitnya yang putih kuning itu.
Walaupun mereka berdua pelajar yang popular,namun mereka tidak pernah sombong apatah lagi hendak meninggikan diri.Mereka hanya bersikap selamba sahaja dan itu membuatkan mereka merasa lebih selesa ketika menjadi tumpuan pelajar-pelajar yang lain.
"Fina,jom kita breakfast kat level 2.Aku nak tengok Amzar sempat ka dakk sampai kat sana.Mana tau kot2 Adila denda dia lagi ka,boleh jugak aku sumbangkan ketawa aku kat dia,"timbul idea jahat di kepala Alya.
"Hang cam tau-tau ja aku nak ajak hang pi kat situ.Lagipun aku ada benda nak settle sikit dengan Adila."balas Syafina.
Dengan itu mereka berdua menaiki eskulator untuk menuju ke level 2.Bilangan pelajar yang berada di level 2 lebih ramai berbanding di basement kerana disitu mereka boleh berhibur dengan berbagai persembahan.
Di level 2......
"Sedap gila Egg Benedict nie!Patut la jadi main menu for breakfast di France.Hari-hari makan camnie pun aku sanggup!"Hani berkata sambil mulutnya penuh dengan makanan.
Mardiana menggelengkan kepala melihat telatah rakannya itu.
"Berselera betul hang makan pagi nie,Hani.Dah masuk kali yang ketiga dah hang pi tambah Egg Benedict nie.Jaga-jaga sama,satgi badan hang jadi gemok mula la nak merungut tak sudah-sudah."Mardiana menegur Hani.Sudah masak benar dengan sikap Hani.
"Entah Hani nie..Perut tong kaa apa dari tadi aku tengok tak jemu-jemu hang dok makan benda alah nie."Azrina pula menyampuk.
"Sebab sedap ha tu yang aku berselera pi tambah sampai 3 kali.Rasa cam tak puas aje makan.Esok aku nak undi Egg Benedict lagi la."Bersinar-sinar mata Hani saat berkata seperti itu.Dia seakan yakin sajian itu bakal dihidangkan lagi keesokan harinya.
Adila yang berada di meja sebelah bersarapan bersama dengan Amzar hanya tersengih melihat reaksi Hani yang agak keanak-anakan itu.Comel dan manja untuk gadis seperti Hani yang memiliki wajah seiras Diana Danielle itu..
"Jangan dok berharap sangat Hani.Hang bukan tak tau setiap hari menu akan ditukar berdasarkan undian.Dan aku tak yakin your fav food will be serve for tomorrow because i heard the rumour that the next dish is from South Africa.I wonder,what kind of food it will be?"Adila memberikan info kepada Hani tentang menu keesokan harinya sambil tersenyum.Sepasang lesung pipit terlakar di wajahnya di saat dia tersenyum,menjadikan wajahnya bertambah ayu dan manis sekali.
"Kalau hang tak percaya,satgi hang cuba tengok kat LCD board kat bawah.Aku pelik kenapa ramai yang mengundi hidangan dari South Afrika tu.Sedap sangat ka apa?Rupa dan nama hidangan tu pun kita tak tau lagi.Hanya berbeza berapa mata saja dengan undian hidangan dari Dominic."Amzar pula menambah info yang telah diberikan oleh Adila sebentar tadi.
"What??!!South Africa???Kesemua Fairy (merujuk kepada pelajar di akademi ini) dah tak tahu nak undi makanan yang sedap-sedap lagi kaa?Nie yang buat aku patah semangat!"Hani membentak.Tak puas hati.
"Menurut buku tamadun dunia yang aku baca tempoh hari kat library,hampir kesemua hidangan di south africa berasaskan haiwan eksotik seperti ulat kuang,biawak,labah-labah yang dibakar sehingga hangit dan mempunyai rasa seperti kacang goreng,kala jengking dan sebagainya merupakan salah satu daripada hidangan utama mereka.Wahhhhh..!!Teruja pulak aku nak tengok rupa hidangan tersebut."Syakina bersuara sambil tersengih.Seronok dapat menyakat Hani.
"Just shut up your big mouth,Kina!!I don't want to eat stuff or something like that!It was a hell of food to me!"Hani agak ketakutan apabila memikirkan bahawa kata-kata Syakina itu bakal menjadi satu realiti keesokan harinya terus memarahinya.
Pecah ketawa Mardiana,Azrina,Hatrisya,Yusmira,Nasuha,Fathia,Syakina,Adila dan juga Amzar sebaik sahaja mendengar suara Hani yang agak ketakutan itu.Sampai berair la mata mereka ketawakan Hani.
"Weyhh..tak lawak ok hangpa gelakkan aku sampai macam nie."Hani mulai merajuk.
"Alahaii budak manja nie.Dia start tarik muncung sedepa dah.Sebijik macam mulut itik!"komen Yusmira.
"Hangpa tak tau dulu waktu aku teman Hani date kan Hamizan hampir-hampir nak kiss mulut Hani sebab dia buat mulut itik camnie la.Merajuk entah apa-apa sebab Hamizan terlupa nak beli coklat Cadbury kat dia."Fathia tanpa sengaja membocorkan rahsia Hani kepada rakan-rakan sekelasnya yang lain.
Kesemua mereka terkejut dan selepas itu bermulalah usik mengusik diantara mereka.
"Cewahhhhh..Tak sangka betul Mizan nak kiss hang,Hani.Auuuwww~ so sweetttt..~„"Adila mengusik Hani.
Merona merah wajah Hani akibat malu diusik rakan-rakannya.'Haisy,Thia nie pun...bukannya reti nak simpan rahsia aku,dia bole terlepas cakap pulakk.'ngomel Hani.
"Baby nak tak kalau Biy pulak yang nak kiss mulut Baby.Biy geram ha tengok bibir Baby yang seksi tu,asyik dok panggil-panggil Biy aje suruh kiss,"giliran Amzar pula yang mengusik Adila.Matanya dipejamkan dan bibirnya dimuncungkan seolah-olah hendak mencium mulut Adila.
Terkedu Adila dengan tindakan Amzar itu.Pipinya yang gebu itu mulai bertukar rona.Menahan malu diusik sedemikian rupa dihadapan rakan-rakannya.
Paapppp!!
Satu tamparan hinggap di pipi Amzar.Terkejut Amzar sampai terpinga-pinga.
"Melawak terlebih nampak pakcik sorang nie.Kan dah mendapat."Adila mendengus.Geram.
Amzar yang menggosok-gosok pipinya yang perit ditampar Adila sebentar tadi hanya ketawa sahaja.
"Baby nak tampar Biy seribu kali sekarang pun Biy tak kisah.Tapi!!",Amzar mengeraskan suaranya.Dia berjeda sebentar disitu.
Adila mencebik.
"Tapi apa pakcik oii?",Adila bertanya.
"Tapi kalau Baby dah sah jadi wife Biy,jangan harap Biy nak bagi chance kat Baby.Every morning i want your kiss at my lips with fully love.EVERY MORNING ADILA NUR AQILAH BT ZAMRI!",Amzar berkata dengan tegas dan berakhir dengan ketawa dihujungnya.
"Bangang punya pakwe!",marah Adila.
Kesemua mereka yang mendengar perbualan kedua pasangan kekasih tersebut hanya ketawa.Adila dan Amzar,ada sahaja cerita diantara mereka berdua.
"Oh ya,Trisy..Kenapa hang dengan Mar lambat pagi nie ke masjid?,"Yusmira bertanya sebaik sahaja dia teringat tentang kelewatan dua rakannya itu subuh tadi.
"Ha'a laa.Cuba cita kat kami.Rasa pelik pulak,"Syakina bersuara.
Hatrisya dan juga Mardiana hanya tersengih.Peristiwa malam semalam terimbas kembali di kotak memori mereka berdua.
Flashback......
Di susur masuk menuju ke Vila Violet,kelihatan seorang pelajar perempuan sedang mengatur langkah dengan cukup laju.Ditangannya ada dua beg plastik yang berisi penuh dengan buah mangga muda dan masak ranum.Sesekali dia menghentikan langkahnya dan meletakkan kedua2 beg plastik tersebut diatas jalan bertar lalu mengeluarkan iphonenya dari poket seluar.Dia tersenyum apabila melihat isi chat tersebut sebelum membalasnya semula.Dipatah-patahkan jarinya akibat lenguh membawa isi muatan yang agak berat itu sebelum meneruskan semula langkahnya.
Sebaik sahaja tiba di perkarangan Vila Violet,gadis tersebut mengukir senyum.Segala lelah yang dia rasai sebentar tadi terus hilang.Dia kini telah berada di destinasi yang dituju.Mana tidaknya,jarak dari Vila Cyan miliknya dengan Vila Violet boleh tahan jauhnya.
Dihadapan pintu pagar Vila Violet,dia memberikan salam kepada penghuni vila tersebut.
"Assalamualaikum.....Trish..!Mar..!",
"Assalamualaikum...."salam diberi sekali lagi apabila penghuni vila itu tidak menyahut.
"Trish..Mar..Hangpa ada kat dalam dakkk?,"si empunya suara memanggil lagi.
Seketika kemudian terdengar suara dari dalam vila menyambut salam yang diberi..
"Waalaikumussalam..Tunggu sat..",suara Trisy menjawab salam.
Pintu vila dibuka dan Hatrisya keluar menyambut tetamu mereka yang datang pada petang itu.
"Eih,Adila..Tiba-tiba aje datang,ada apa ya?",Hatrisya bertanya.Agak hairan diwaktu seperti itu Adila berkunjung ke vilanya.
Adila tersenyum memandang kearah Hatrisya yang sedang memakai kasut.Hatrisya,seorang gadis yang periang dan ceria.Berkulit putih bak salju dan mempunyai personaliti perfect 10 yang cukup menarik,mampu untuk membuat mana-mana lelaki yang memandang kearahnya langsung tidak berkelip.Matanya yang berwarna coklat hazel bersinar itu sentiasa memukau.Berwajah persis seperti pelakon korea,Jung Eun-ji itu merupakan pelajar yang cukup genius hinggakan dia setanding untuk berdiri sama tinggi dengan barisan 5 orang pelajar tergenius Fairy iaitu SS501 yang menghuni teratak termewah di akademi itu.
"Saja la aku mai nak hantar buah mangga kat hang dengan Mar.Pokok mangga kat halaman Vila Cyan berbuah banyak kali nie.Pastu teringat pulak kat hang dengan Mar.Kan hangpa dua suka makan buah mangga.Tu yang aku bawak mai petang nie,"Adila memberitahu kepada Hatrisya dengan panjang lebar.
"Laaaaa..susah-susah ja hang nie Adila pun.Bukan dekat Vila Violet nie dengan Vila Cyan.1 km jugak kot jaraknya.Nie kalau Amzar tau la hang mai hantaq buah mangga berjalan kaki sampai kat sini mampoihh aku dengan Mar kena leteran dari dia,"Hatrisya meluahkan rasa bersalahnya pada Adila.
Adila tersengih.Baginya 1 km itu tidaklah sejauh manapun jika hendak dibandingkan dengan kegembiraan buat dirinya untuk berkongsi rezeki yang datang dari pokok mangga di vilanya itu.Dia memang tahu itu buah kegemaran Hatrisya dan juga Mardiana.
"Alarhh..Tadak maknanya la pakcik tu nak berleter kat hangpa.Lagipun aku sendiri yang nak mai hantaq.Berani dia nak banyak bunyikkk,aku tarik telinga dia sampai putus nanti,"Adila berkata sambil tertawa dengan kata-katanya sendiri.
Hatrisya turut sama ketawa.Adila nie memang...Ada saja alasan dia untuk patahkan hujah darinya.
"Sapa yang mai,Trisy?",Mardiana bertanya kepada Hatrisya dihadapan pintu.Dia baru sahaja habis mandi setelah menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Mr.Chew dan Puan Marina.Kepalanya ditundukkan sedikit,rambutnya dilap dengan tuala mandi untuk mengeringkan air dari rambutnya yang basah itu.
"Adila ni ha,Mar.Dia mai hantaq buah mangga fav kita.Hang mesti tak percaya kalau hang mai tengok."balas Hatrisya.
Mardiana mengangkat wajahnya yang jelita bak Emma Maembong,disitu dia terpandang Adila sedang melambai kearahnya.Senyuman dihulurkan oleh Mardiana kepada Adila.Mar segera menyarungkan sandal dikakinya dan berjalan mendapatkan Adila.
"Dila..Sorry,aku baru habis mandi nie haaaa..Banyaknya hang bawak mai mangga.Terima kasih tau."ucap Mardiana.
"Sama-sama,Mar.Lagipun pokok kat vila aku tu berbuah lebat kali nie.Pastu teringat pulak yang hangpa dua nie memang suka makan buah mangga,tu yang aku mai hantaq petang nie."beritahu Adila.
"Hang memang sahabat hati betul la,Dila.Love youuuuu.Semoga Allah murahkan lagi rezeki buat hang."Hatrisya berkata sambil memeluk Adila erat.Mardiana juga turut sama memeluk Adila.
"Amin..,"Adila mengaminkan doa dari Hatrisya.Dia memeluk kedua sahabatnya itu dengan penuh kasih.
"Ok la weyh,aku berangkat balik dulu la.Dah nak dekat pukul 5 dah nie.Satgi lambat pulak aku nak mandi dengan solat Asar."Adila mulai meminta diri untuk pulang ke Vila Cyan.
"Hati-hati balik tu,Dila.Hang dah la mai sorang-sorang.Risau pulak aku."Mardiana berpesan kepada Adila.
"Alright..Don't worry about me.I can take a good care of myself."Adila berkata sambil mengenyitkan mata kepada sahabatnya itu.
"Kalau macam tu takpa la.Nanti kalau ada apa-apa hal,cepat-cepat call kat kami.Dah la hang sorang ja tidoq malam nie kat vila.Ain pulak esok baru nak ambik flight dari U.K.Tak takut ka dok sorang-sorang?"tanya Hatrisya.
"Tak sangat,Trisy.Kan Ain selalu on call gi oversea,dah jadi macam terbiasa dah dok sorang-sorang nie."balas Adila.
"Kami bukan apa,risau kat hang ja Dila.Tapi dah hang kata camtu,i guess everything will be alright for you."ujar Mardiana.
"Indeed.Ok la,aku balik dulu.Assalamualaikum."Adila memberi salam dan terus mengatur langkah untuk pulang.
"Waalaikumussalam,"ucapan salam Adila disambut serentak oleh Hatrisya dan juga Mardiana.
Hatrisya dan Mardiana melangkah masuk kedalam vila dengan membawa plastik yang berisi mangga itu.
"Mar,makan sedap la kita malam nie..Mencicah lagi lerr kita.."Hatrisya bersuara riang.
"Yup,rezeki kita weyh..Aku pun memang dok teringin lama dah nak makan mangga.Allah atur rezeki tu sat saja buat kita kan,Trisy?,"Mardiana berkata.
"Betul tu.Sat aq nak pi bancuh sambal kicap special buat kita berdua.Baru ada 'kick' nak mencicah nanti,"ujar Hatrisya.Dia menuju ke dapur dan menyediakan bahan-bahan untuk menyediakan sambal kicap fav mereka berdua.
"Ok,Trisy.Aku nak gi solat jap nie,"lalu Mardiana melangkah ke biliknya yang berada di tingkat bawah vila itu.
Didapur,Hatrisya sedang bertungkus lumus menyediakan sambal kicapnya.Sesekali,dia menyanyikan lagu Uptown Girl dengan penuh perasaan.
Dan malam itu,Hatrisya dan Mardiana mencicah buah mangga muda dengan penuh berselera.Hampir seplastik buah mangga tersebut cerah dikerjakan oleh mereka berdua.Disebabkan kekenyangan,mereka terus tertidur di hadapan tv dekat ruang tamu tanpa membersihkan sisa-sisa kulit dan biji mangga itu.Tv pun tak sempat ditutup dan dibiarkan terbuka hingga ke pagi.
Keesokan paginya,kelam kabut mereka berdua bangun dari tidur sebaik sahaja mendengar bunyi nyaring loceng akademi berbunyi.Mana tidaknya,ruang tamu bersepah dengan kulit dan biji mangga,tv tak bertutup.Uniform akademi pun belum sempat diseterika.Schedule pun tidak sempat disusun lagi.Pendek kata,pagi Hatrisya dan Mardiana begitu sibuk sekali untuk mengemas ruang tamu vila dan membuat persiapan untuk menghadiri kelas pada pagi itu.
Kesemua mereka yang mendengar cerita tentang kelewatan Hatrisya dan Mardiana itu ketawa.Rupanya punca kelewatan mereka pada pagi itu disebabkan oleh buah mangga yang dihantar oleh Adila.
"Hahahaha!!Lawak betoi la hangpa dua nie..Pasal buah mangga aje pun,"Syakina berkata sambil ketawa.Berperwatakan seperti tomboy dan persis seperti pelakon Janna Nick dalam drama Kau,Aku dan Kita itu sememangnya seorang yang mudah terhibur.Merah mukanya akibat ketawakan kedua-dua rakannya itu.
Yusmira yang berwajah seperti Uqasha Senrose itu hanya tersenyum dan menggelengkan kepalanya.Tak terbayang kekalutan Hatrisya dan Mardiana pagi itu dimatanya.
"Laaa..macam-macam betoi la hangpa dua orang nie.Tu nasib baik hangpa dua sempat jugak buat preparation pagi nie walau dok kalut-kalut tadi."kata Azrina.Mukanya menjadi merah disebabkan ketawakan mereka berdua tadi.Jadi,tak hairanlah gadis yang berwajah kacukan Belanda-Melayu itu digelar Tomato oleh rakan-rakan sekelasnya.Korang boleh bayangkan wajah Azrina nie sebijik macam Syasya Saidin,alah kakak Zain Saidin tu laaa..Hehe..
"Alarhh..bukan selalu pun jadi camnie.Nie first time kot.Kan,Mar?"Hatrisya berkata.
Mardiana yang ketika itu sedang menikmati minuman teh lemon suam itu hanya mengangguk.
Amzar merenung tajam kearah Adila.Lagaknya tika itu bagai hendak menelan Adila hidup-hidup.Bagaimana dia tidak tahu tentang kepergian Adila ke Vila Violet sedangkan sepanjang petang semalam dia asyik berbalas chat dengan Adila menerusi aplikasi Whatsapp.Ada yang tak kena disini.
"Baby..Pukul berapa yang Baby pergi ke Vila Violet?"Amzar mulai bertanya.
Adila yang sedang bergelak ketawa bersama mereka yang lain terus berhenti ketawa dan memandang tepat kearah Amzar.
Dahinya berkerut.Dah kenapa pakcik nie tiba-tiba ja tanya?
"Dalam pukul 4.Kenapa tanya?"pandangannya tepat kemata Amzar.
Amzar melihat wajah kekasihnya itu.Mencari kepastian.
"Dalam pukul 4 tu bukan kita tengah dok chat ka?Baby bawak dua beg plastik besar buah mangga tau,bukannya sedikit.Time bila yang Baby reply chat Biy?"Amzar menyoal.
Kesemua mereka yang berada disitu terdiam.Nampaknya ada lagi cerita diantara Amzar dan Adila saat nie.
"La,Baby reply chat mcm biasa la.Time chat Biy masuk Baby reply la.Baby letak la dulu beg plastik tu kat jalan."balas Adila.
"Tapi kenapa pi Vila Violet tak gitau kat Biy?Give me your explanation.Briefly!!"tegas sekali suara Amzar saat meminta penjelasan daripada Adila.
Adila yang sememangnya rimas disoal bertubi-tubi oleh Amzar terus mencapai buku rujukan Biologi miliknya yang setebal kamus itu dan terus memukul ke kepala buah hatinya itu.
"Auucchhhh..!!Sakitlah Baby!Takmau la pukul Biy camnie.Aketttttt~"Amzar menggosok-gosok kepalanya yang agak bengong dan berdengung tu sambil buat-buat muka manja.Sebenarnya lebih kepada mengada-ngada.
Pecah lagi ketawa mereka yang menyaksikan insiden tersebut .
"Mengada-ngada sangat.Kan dah kena.Biy tu bukan husband Baby lagi tau yang Baby nak kena gitau itu ini kat Biy.Kalau dah kahwin takpa la jugak nak gitau pun."Adila mendengus geram dengan sikap Amzar.
"Haha..Typical Amzar."Hatrisya berkata sambil ketawa.
Amzar hanya ketawa sahaja.Mana tidaknya,pagi ini sahaja pun dah masuk dua kali dia terkena 'special attack' dari Adila.First,penampar yang hampir meluruhkan kesemua giginya saat mengusik Adila.Dan yang kedua sudah pastilah sikap protectivenya itu tadi yang berakhir dengan pukulan bergegar otak oleh buku rujukan Biologi setebal kamus itu.'Nasib baik la cinta hati.Kalau orang lain memang dah kena terajang dah nie.'Amzar bermonolog dalam hati lalu tersengih.
"Assalamualaikum."
Tiba-tiba mereka disapa oleh suara dua orang pelajar perempuan.Mereka menoleh kearah yang empunya suara dan serentak itu salam tersebut dijawab.
"Waalaikumussalam".
Rupanya Syafina dan Alya yang memberi salam sebentar tadi.Mereka berdua menghadiahkan senyuman buat rakan-rakan sekelas mereka lalu terus menyertai mereka untuk bersarapan pagi.
"Hah Fina,Lia..Meh duduk kat meja aku dengan Amzar.Sini ada kosong lagi."pelawa Adila.
"Thanks Dila.By the way,sempat ka pakwe hang sampai pagi nie?"Alya menyoal sambil mengangkat keningnya.
"Haha..Lebih dari sempat Lia.Bila dah sampai awal,dia mula la nak mencari pasal."Adila menjawab pertanyaan Alya sebentar tadi.
"Amzar memang macam tu.Too childish."Syafina pula menyambung.
"Well..disebabkan sikap aku yang childish nie la yang membuatkan Adila jatuh cinta kat aku.Cinta mati dia nie."Amzar memuji dirinya sendiri sambil membuat lagak yang cukup macho.Boleh melting sesiapa yang melihatnya.
"Uweeekkkkk..!!Nak termuntah aku dengar.Dari dulu sampai sekarang asyik nak puji diri sendiri aje."kata Syakina.
Mereka yang mendengar hanya ketawa.Adila juga turut ketawa sambil membuat thumbs up pada Syakina tanda bagus.
Amzar hanya mencebik.Nasib dia la asyik kena buli bila berada didalam kumpulan Cik Kiah Gebang nie memandangkan hanya dia seorang saja lelaki dan tiada geng untuk diajak membuat counter attack semula terhadap sekalian Cik Kiah.
"Nasuha,tadi masa kami on the way nak mai sini Adam kirim salam kat hang."Alya baru teringat untuk menyampaikan salam dari Adam buat Nasuha.
Adam merupakan senior mereka dari kelas 5 Kejuruteraan.Berwajah kacak dan berkarisma tinggi seperti Ashraff Muslim,dia diminati oleh pelajar perempuan tambahan pula dia adalah kapten skuad hoki negara menjadikan Adam semakin popular.Namun,cintanya pada Nasuha tercipta dari love at a first sight sejak kali pertama Nasuha berada di Tingkatan 1 lagi dan ketika itu dirinya masih lagi berada di Tingkatan 3.Nasuha adalah cinta pertamanya,manakan mungkin untuk dia memandang mana-mana perempuan lagi selain dari Nasuha.
"Waalaikumussalam."Nasuha menjawab salam yang dikirim Adam.
Syakina memandang kearah wajah teman sevilanya itu.Seakan mengerti tentang perasaan Nasuha.Wajah rakannya seperti tak berperasaan.Dia tahu apa yang terjadi diantara Nasuha dan juga Adam.Namun,rakan sekelas mereka yang lain tidak mengetahui apa-apa kerana Nasuha tidak pernah berkongsi rahsianya dengan orang lain selain dari dirinya.
"Su,kenapa hang cam tak ceria aje nie?Takkan tak happy kot dapat kiriman salam dari Adam.Kapten skuad hoki negara tu.Kalau Fairy girl yang lain mesti dah tergedik-gedik gembira.Nie seposen aje muka hang aku tengok."Amzar bertanya.Kehairanan melihat wajah yang tak berperasaan dari Nasuha itu.
"Ha'a laa..Pelik betul hang nie."Fathia pula menyampuk.
"Tadaknya pelik apa-apa pun dengan diri aku nie.Dah memang dari dulu lagi kan sikap aku camnie."Nasuha berkata.Raut wajahnya tetap bersahaja dan seposen cam tadi jugak.Berperwatakan seiras seperti Amyra Rosli,masih lagi terlihat keayuan diwajahnya yang selamba itu.
"Haisyyy..Macam-macam la hang nie Su.Cuba buka sikit hati hang untuk terima Adam.Dah bermacam cara dia lakukan untuk buktikan cinta dia kat hang.Takkan hang tak boleh nak nampak lagi kot?"Azrina menyoal Nasuha.
Nasuha memandang wajah Azrina.Sedikit terangkat keningnya mendengar soalan dari Azrina.
"Kenapa hang sendiri pun tak boleh nak bukak pintu hati hang untuk terima Senior Keith,Ina?Takkan hang still tak nampak setiap pengorbanan yang Keith dah buat?"Nasuha memulangkan semula pertanyaan maut itu kepada Azrina.
Azrina terdiam.Tak sangka pula Nasuha bakal mengutarakan semula soalan tersebut pada dirinya.'Alamakkk..aku pulak yang terkena nie.'Azrina mengeluh dalam hati.
"Err,dah-ii..Tutup topik.."Azrina cuba mengelak dari menjawab soalan dari Nasuha.
Mereka ketawa.Namun ada diantara mereka yang hanya mampu untuk mengukir senyum kerana risau bakal terkena tempias soalan tersebut.
Nasuha tersengih.Dia memang dah agak dah yang Azrina pasti akan mengelak dari menjawab soalan cepu mas itu.Dilirik pula matanya memandang kearah Alya,Hatrisya dan Hani yang langsung tidak ketawa tetapi hanya tersenyum kelat.'Takut la tu kalau isu nie dipanjangkan lagi.'Nasuha berkata dalam hati.
Derapan tapak kasut seperti orang berlari di level 2 menarik perhatian mereka untuk menoleh kearah datangnya bunyi tersebut namun terlindung dek pelajar yang sedang sesak berjalan di situ.Dari kejauhan kelihatan hampir kesemua pelajar sedang bergerak ketepi dengan pantas dan seolah-olah membuka ruang laluan disitu terus menuju ke arah meja mereka.
"Good Morning everyone!Sorry for being late this morning!"Syawana bersuara ketika hampir sampai ke meja mereka.
"Ya,good morning too both of you."mereka berkata serentak.Wahh..ada syncronization la pulak diantara mereka semua.Hehe..
"Huh,penatnya berlari nak sampai kat sini pun.Nana la nie!Selalu bangun lewat!"Masfirah mengeluh.Geram jugak dengan teman sevilanya itu.Hampir setiap pagi macam nie.Terpaksa berkejar ke DM macam orang gila hinggakan kesemua Fairy sudah tahu dengan tabiat mereka diwaktu pagi seperti ini.Kes Masfirah dan Syawana nie hampir sama dengan kes Amzar.
"Alarh,biasa la tu.Lagipun awal lagi nie.Baru pkul 7.05 minit.Sempat lagi kalau nak bersarapan."Kata Mardiana.
"Yup..La nie hangpa dua mai duduk dulu.Aku suruh Amzar pi ambik makanan dah kat hangpa dua orang."kata Adila.
Masfirah dengan Syawana terus mengambil tempat semeja dengan Adila,Syafina,Alya dan juga Amzar.
Dua minit kemudian,Amzar kembali semula ke meja dengan membawa satu tray makanan buat dua lagi rakan sekelasnya itu.
"Thanks a lot Amzar.Sorry kami berdua susahkan hang."Ada sedikit rasa bersalah dihati Syawana.
"Most welcome.Takpa aihh..Small matter aje tu."Amzar mengenyitkan mata kearah Syawana dan Masfirah.
Dan pagi itu,kesemua mereka bersarapan bersama-sama sambil dipenuhi dengan usik mengusik dan gelak tawa yang gembira.Benarlah seperti kata Yang Berhormat Pengasas Fairy Academy yang pertama,sahabat sejati sentiasa berada disisi,saling menyokong dan bersandar diantara satu sama lain diatas satu keazaman untuk terus berjaya didalam perjuangan mereka sebagai pelajar di medan ilmu.
Share this novel