Get Well Soon,My Dear..

Fantasy Series 3421

Waktu kian berlalu di Fairy Academy.Berbagai kisah dan peristiwa yang telah terlakar sepanjang tempoh tersebut menjadikan akademi ini sebagai sebuah institusi yang penuh dengan warna-warni kehidupan.Dan yang pasti,pelbagai ragam oleh para fairies semestinya mengundang kegelisahan dan kekalutan setiap warga pendidik untuk mengawal dan mengatasi setiap kenakalan mereka dengan penuh kesabaran.

"Trisy..Bangunlah..Dah pukul berapa dah nie.Semalam kan kita dah janji dengan classmate yang lain nak buat study group hari nie.Nanti depa tunggu kita pulak."Mardiana mengejutkan Hatrisya apabila melihat rakannya itu masih lagi tidur sedangkan jam sudah menginjak ke angka 10 pagi.

Diam.Tiada sebarang respon langsung yang diberikan oleh Hatrisya.Dia seolah-olah tidak mendengar langsung apa yang dikatakan oleh Mardiana.Malah,Hatrisya seakan kaku diatas katil miliknya tanpa ada sedikitpun pergerakan dari tubuhnya.

Mardiana kehairanan.Agak aneh untuk Hatrisya menghiraukannya sama sekali seperti ini.Tahulah hari nie cuti,tapi rakan sevilanya itu tidak pernah tidur diwaktu pagi sebegini.Kebiasaanya Hatrisya pasti akan mengulangkaji pelajaran ataupun bermain game Quadropus Rampage kegemarannya itu didalam bilik dengan penuh khusyuk.Dia yang sedari tadi berada di muka pintu melangkah masuk kedalam bilik Hatrisya.Mardiana melabuhkan punggungnya di atas katil Hatrisya.

"Bangunlah Trisy.Nak pergi ke tak nie?"Mardiana menyentuh lembut lengan Hatrisya untuk mengejutkannya dari tidur.Bagaikan terkena renjatan elektrik,Mardiana menarik kembali tangannya dari menyentuh Hatrisya.

"Ya Allah!Panasnya badan hang Trisy!Hang demam nie!"Mardiana terkejut dan agak cemas apabila menyedari Hatrisya demam.Dia menepuk perlahan pipi Hatrisya,cuba untuk menyedarkan rakannya namun gagal.Hatrisya tidak bertindak balas dengan perbuatannya itu.

"Apa yang patut aku buat sekarang nie?Suhu badan Trisy terlalu tinggi dan dia tak sedarkan diri langsung.Dalam keadaan nie,aku tak mampu nak bawak dia berjalan menuju ke Medik untuk dapatkan rawatan."Mardiana agak kebingungan apabila otaknya gagal untuk memikirkan solusi yang perlu diambilnya saat nie.Dia yang sememangnya cemas dan risau berusaha untuk mencari jalan untuk menolong rakannya itu.

Tiba-tiba,dia menepuk dahi.Kenapa dia boleh terlupa tentang satu solusi yang cukup mudah.Dengan cara nie,Hatrisya pasti boleh dirawat dengan kadar yang segera.Dengan pantas dia mencapai iphonenya lalu mendail nombor telefon milik salah seorang daripada senior SS501.Disaat ini,hanya SS501 yang boleh membantu Hatrisya.

"Hang on there,Trisy.I promise i'll get you an emergency treatment as soon as possible.Only him who is capable to save you right now.I can't think any method anymore.This is the last option.I'm so sorry,Trisy."Mardiana memandang wajah pucat rakannya itu dengan penuh kerisauan.Dia mengenggam erat tangan Hatrisya sambil menunggu panggilannya disambungkan.

Dari kejauhan,bunyi deruman enjin dari beberapa buah motosikal berkuasa tinggi semakin menghampiri ke Vila Violet.Mardiana segera menuju ke tingkat bawah untuk menyambut kedatangan SS501.

"Mar!Macam mana dengan Trisy?!"Fahim menyoal Mardiana dengan cemas.Sebaik sahaja dia menerima panggilan telefon dari sahabat baik Hatrisya,dia segera menuju kesini dengan segera bersama-sama dengan ahli kumpulannya.Sebagai leader SS501,Fahim mengarahkan kesemua mereka datang ke Vila Violet walaupun mereka baru sahaja mendarat di lapangan terbang Fairy Academy sebentar tadi sebaik sahaja mereka berjaya menyelesaikan misi di Sweden.

"Trisy tak sedarkan diri,senior.Badan dia panas sangat-sangat.Tolong saya senior,selamatkan Trisy."Airmata Mardiana mengalir laju.Dia bimbangkan Hatrisya.

"Dia dekat mana?"Afiq bertanya.Hatrisya perlu segera diberikan rawatan.

"Trisy ada kat tingkat atas.Mari saya bawakan senior semua ke bilik Trisy."Esakan daripada Mardiana masih lagi kedengaran.Tanpa membuang masa,mereka semua mengatur langkah dengan pantas menaiki anak tangga menuju ke bilik Hatrisya.

Sesampai sahaja dibilik Hatrisya,Fahim segera menyentuh dahi Hatrisya.Bagaikan satu tindakan refleks,dia menarik tangannya.'Ya Allah,panasnya!'Desis hati Fahim.

"This fever is very abnormal.Dalam keadaan nie tubuh Trisy pasti dehydrates dengan pantas dan ini sangat membahayakan nyawanya.Guys,this is an emergency!We must prepare for the treatment right now!"Fahim memberikan arahan kepada ahli kumpulannya untuk bersedia memberikan rawatan pada Hatrisya.

Beg perubatan pantas dibuka.Fahim mengeluarkan stetoskop miliknya lalu memeriksa Hatrisya.Dia memandang kearah jam tangan miliknya sambil mendengar degupan jantung Hatrisya.Wajahnya berkerut.Degupan jantung Hatrisya terlalu lemah dan tidak teratur.Jika tidak diberi rawatan secepat mungkin,kemungkinan nyawa Hatrisya yang menjadi taruhan.

"Prepare the IV drip right now,Mizan!"Fahim memberikan arahan pada Hamizan.

Dengan penuh profesional Hamizan memasukkan jarum IV 18-gauge kedalam tangan Hatrisya dengan berhati-hati.Dia nyata sekali terkejut dengan kepanasan suhu badan Hatrisya sebaik sahaja menyentuh tangan gadis itu namun dia pantas menenangkan dirinya.

Riak wajah Fahim terlalu bimbang.Manakan mungkin baginya untuk melihat insan yang dicintainya itu terbaring tidak sedarkan diri sebegini.Apatah lagi ianya melibatkan dengan nyawa Hatrisya.Sungguh,dia tak mampu menahan gelora dihatinya.Hasif yang menyedari tentang kegelisahan Fahim,menepuk bahunya.

"She'll be fine.We will do our best to save her,bro.Have a faith with her."Hasif menenangkan Fahim saat ini.

"I love her,Sif.I can't barely stand to see her like this."Ada nada getaran dalam suaranya.Air mata Fahim jatuh mengalir.Dia tak kuat melihat Hatrisya sebegini.

"Sabar,Im.Kita cuba sedaya upaya kita untuk rawat Trisy.Hang kena kuat."Keith bersuara apabila melihat leadernya itu menangis.

"Yeah,I will."Balas Fahim ringkas.

Hamizan telah selesai memasukkan IV drip ke tangan Hatrisya dan memulakan Infusion Pump dengan memasukkan satu dos antibiotik kedalam tubuhnya.

"Afiq,give her some IV push.And please ensuring that medicine run through her bloodstream more quickly!"Afiq pantas bertindak sebaik sahaja mendengar arahan daripada Fahim.

Mardiana yang sedari tadi lagi berada di hujung katil Hatrisya menangis teresak-esak.Melihat Hatrisya terbujur kaku seperti itu,benar-benar merisaukannya.Keith menghampiri Mardiana.

"Mar,jangan risau.InsyaAllah Trisy selamat.Saya nak mintak tolong sikit nie dengan Mar.Boleh tak kalau Mar sediakan satu mangkuk air dan juga sehelai tuala basah.Kita perlu menurunkan sedikit suhu badan Trisy disaat nie.Kita tak boleh terlalu berharap pada ubat yang disuntik padanya sahaja.At any rate,we still have an alternative method to reduce her fever."Keith memujuk Mardiana agar tidak terlalu bimbang.Dia tahu,Mardiana dan juga Hatrisya terlalu rapat dan hubungan mereka berdua sudah seperti adik beradik.

"Baiklah senior.Saya pergi sediakan sekarang."Kata Mardiana sambil mengesat saki baki airmata yang mengalir dipipinya.Keith mengangguk lalu tersenyum.

Fahim dilihatnya sedang menyuntik cecair Acetaminophen kedalam salur darah Hatrisya dengan menggunakan picagari.Setitis airmatanya jatuh dan mengenai pipi gebu Hatrisya.Dia tersiksa melihat Hatrisya sebegini.Hamizan mengusap belakang Fahim untuk menenangkannya.

"Im,InsyaAllah Trisy akan sedar nanti.Aku yakin Trisy boleh survive."Pujuk Hamizan.

Fahim hanya mampu tersenyum.Namun,tak siapa yang mampu untuk menyangkal kerisauan yang jelas sekali terpamer diwajahnya saat ini.

Kesemua ahli SS501 setia berada disisi Fahim.Melihatkan betapa kasihnya Fahim pada Hatrisya membuatkan hati mereka semua dipamit rasa simpati pada ketua mereka itu.Selama tiga tahun Fahim begitu tulus sekali mencintai Hatrisya dengan sepenuh hatinya namun sedikitpun Hatrisya tidak pernah membalas apatah lagi untuk mempedulikan perasaan Fahim padanya.Namun,Hatrisya bukanlah seorang perempuan yang kejam untuk mempermainkan perasaan Fahim kerana pada saat tahun pertama Hatrisya memasuki ke akademi ini,senior mereka yang juga merupakan leader SS501 pada ketika itu telah melafazkan kata cintanya pada Hatrisya.Si gadis comel berusia 13 tahun yang memiliki personaliti perfect 10 itu telah berjaya membuka pintu hati Senior Nazran dari jurusan 5 Military Elit untuk terus jatuh cinta padanya.Fahim yang ketika itu berada di tingkatan 3 hanya mampu mencintai Hatrisya dalam diam setelah dia mengetahui Hatrisya telahpun sah menjadi kekasih kepada Senior Nazran.Pada saat itu,hanya airmata yang mampu terluah daripada wajah rahsia hatinya.Hinggakan pada saat ini,dia masih lagi mencintai Hatrisya.Tetapi Hatrisya masih lagi setia mencintai Senior Nazran biarpun senior mereka itu telahpun meninggal dunia 3 tahun yang lepas ketika menjalankan misi S-class di Brazil.Hatrisya masih lagi tidak merelakan pemergian Senior Nazran walaupun dia menyedari tentang hakikat itu.

"Trisy..Get well soon,sayang..Selama mana pun waktu yang Trisy perlukan untuk terima abang dalam hidup Trisy,abang sanggup menunggu.Berikan abang peluang untuk melindungi dan menyayangi Trisy seperti yang Senior Nazran pernah lakukan.Jangan dera hati abang lagi,Trisy.Sakit Trisy,sakit sebenarnya abang menahan perasaan pada Trisy selama nie.Tak banyak pun yang abang pinta,beri abang satu peluang untuk berada didalam hati Trisy.Abang tak pinta banyak."Menitis airmata Fahim apabila menuturkan isi hatinya saat itu pada Hatrisya.Sungguh,dia tak kuat.Sungguh,dia telah tewas.Hatinya kini hanya untuk Hatrisya.Dia rela terluka dalam mengejar bayang cinta gadis itu.

Kesemua ahli kumpulannya turut menitiskan airmata.Mereka turut merasai beban yang ditanggung oleh Fahim selama tiga tahun ini.Cukup berat.Batin Fahim begitu terseksa.

Mardiana yang turut berada disitu dengan membawa semangkuk air dan tuala basah yang dipinta oleh Senior Keith juga turut menangis setelah mendengar luahan hati oleh Senior Fahim.Dia mengerti apa yang dirasa oleh seniornya itu.'Trisy..sampai bila hang nak biarkan diri hang terkurung dalam kenangan silam hang bersama dengan Senior Nazran?Aku tak sanggup melihat hang menangis setiap malam dengan berharap senior akan kembali lagi biarpun hang tau tentang hakikat kematiannya.Aku tak sanggup Trisy melihat hang menyiksa diri hang sebegini rupa.Aku sayangkan hang.Aku taknak hang terus terluka.'Hati Mardiana bernada sayu.

Sementara itu,classmate Hatrisya yang berada di Perpustakaan Agung Fairy telah pun kecoh dengan berita Hatrisya yang kini sedang jatuh sakit dan sedang dirawat oleh SS501 di Vila Violet setelah dimaklumkan Mardiana didalam group kelas mereka menerusi aplikasi whatsapp.

"Kita cancel la study group kita hari nie.Aku risaukan keadaan Trisy."Adila bersuara sayu.

"Aku pun rasa camtu jugak,Dila.Tak guna kita teruskan jika salah seorang dari kita tiada bersama."Balas Nazri.

"Aku nak pergi ke Vila Violet nak melawat Trisy.Hangpa nak ikot dakk?"Tanya Yusmira kepada rakan sekelasnya yang lain.

"Nak!"Mereka menjawab serentak dan segera mengemas buku2 rujukan mereka kedalam beg masing-masing.Selepas itu,mereka semua mengatur langkah menuju ke Vila Violet.

Di Vila Violet,Mardiana begitu sibuk sekali memasak didapur setelah mengetahui kesemua seniornya itu agak kelaparan dan baru sahaja tiba dilapangan terbang setelah menyelesaikan misi mereka di Sweden ketika menerima panggilan telefon darinya sebentar tadi.Itupun dia baru dapat tahu setelah mendengar perut Senior Keith dan Senior Hasif berbunyi.Kedua-dua mereka hanya tersengih memandang kearah Mardiana sebelum memberitahu bahawa mereka tidak sempat untuk menjamah sebarang makanan lagi semenjak petang semalam.Mardiana menyediakan hidangan yang cukup istimewa hari ini untuk senior-seniornya,nasi tomato dengan ayam masak merah bersama dengan jus oren sunquick.

Sementara menunggu Mardiana memasak didapur,SS501 berehat di ruang tamu vila sambil menonton tv.Mereka keletihan akibat tidak cukup rehat.

Fahim masih lagi setia menemani Hatrisya di bilik.Dia menatap wajah insan yang dicintainya itu dengan penuh kasih.Tangan Hatrisya diraih perlahan.Suhu badan Hatrisya masih lagi belum turun.Terasa panas saat dipegangnya saat ini.Fahim menggantikan botol dripping yang kedua apabila cecair didalam botol tersebut telah habis.Diusap lembut tangan comel Hatrisya yang kian membengkak akibat kemasukkan cecair dripping kedalam tubuhnya.Riak sayu terlakar di wajah Fahim.Diambilnya sebotol cool spray dari dalam beg perubatan lalu menyemburkannya ke tangan gadis tersebut untuk mengurangkan bengkak dan kesakitan yang dialami oleh Hatrisya.Selimut Hatrisya dibetulkan Fahim sebelum dia duduk bersandar di tepi birai katil.Dia keletihan.Dan kelaparan.Namun menjaga Hatrisya adalah keutamaannya disaat ini.

"Assalamualaikum."Di perkarangan luar Vila Violet kesemua classmate Hatrisya dan Mardiana telahpun tiba.Mereka tidak mengambil masa yang agak lama untuk tiba ke vila tersebut kerana perpustakaan agung Fairy terletak berhampiran dengan kediaman sahabat mereka itu.

Mardiana yang berada didapur dengan segera bergegas kedepan untuk menyambut kedatangan rakan-rakannya itu.Sebaik sahaja dia tiba di ruang tamu,Mardiana menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.Keempat-empat seniornya itu telah tertidur rupanya.Tv dibiarkan terpasang tanpa ada sesiapa yang menontonnya.'Kesian senior.Letih sangat agaknya.'Kata Mardiana dalam hati.

"Waalaikumussalam.Masuk la semua."Mardiana mempelawa kesemua classmatenya masuk kedalam vila.

"Thanks,Mar."Ucap Zaid lalu melangkah masuk kedalam vila milik classmatenya itu.

Sebaik sahaja mereka semua melangkah kedalam vila,mereka melihat empat orang senior mereka sedang tidur di ruang tamu.Dari raut wajah SS501,mereka tahu kesemua senior mereka keletihan.Mardiana sudah memaklumkan kepada mereka semua bahawa mereka baru sahaja tiba dilapangan terbang sewaktu menerima panggilan telefon darinya.

"Mar..Keadaan Trisy macam mana?Masih teruk lagi ke?"Soal Hairi.

"Keadaan Trisy masih sama lagi,suhu badannya tidak turun langsung.Aku risau sangat-sangat."Nada suara Mardiana bergetar.Mereka tahu Mardiana terlalu bimbangkan keadaan housematenya itu.Nasuha mengusap lembut belakang sahabatnya itu,cuba untuk menenangkannya.

"Sabar,Mar.Insyaallah Trisy akan cepat sembuh.Sama-samalah kita doakan untuk Trisy."Ujar Syakina.

"Senior Fahim ada dengan Trisy kaa kat atas?"Tanya Syafina apabila dia menyedari seniornya itu tidak berada bersama dengan SS501 yang lain.

"Ya,senior ada kat atas.Sejak dari tadi lagi dia menemani Trisy kat atas.Senior terlalu risaukan keadaan Trisy."Jawab Mardiana.

Mereka yang lain terdiam.Mereka juga sebenarnya turut mengetahui tentang perasaan Senior Fahim pada Hatrisya selama ini.Mereka tahu dalam keadaan seperti ini pastinya agak sukar untuk senior mereka itu lalui.Mereka tidak pernah menyalahkan Hatrisya jika sahabat mereka itu masih enggan untuk menerima Senior Fahim didalam hidupnya kerana mereka sedar tentang satu perkara.Bahawa cinta tidak boleh dipaksa.

"Aku nak tengok Trisy boleh tak?"Pinta Hani yang sememangnya agak manja dengan Hatrisya.Dia yang sudah menganggap Hatrisya sebagai kakaknya itu sentiasa mahu berada bersama-sama dengan Hatrisya tak kira walau dimana jua gadis itu berada.Tambahan pula apabila dia berbicara dengan Hatrisya,dia pasti akan memanggil Hatrisya dengan panggilan 'Sis' dan membahasakan dirinya sendiri sebagai 'Ngah' iaitu singkatan angah didalam setiap perbualan.Hatrisya juga menyayangi Hani dan menganggap Hani sebagai adiknya kerana sikap Hani yang agak kebudak-budakan itu.

"Jom kita naik keatas.Tapi diam2 sikit tau,sebab aku rasa Senior Fahim pun mesti dah tertidoq kat atas."Pesan Mardiana kepada classmatenya.Mereka semua mengangguk dan menaiki tangga ke bilik Hatrisya.

Sesampai sahaja diatas,benar sekali telahan Mardiana.Senior Fahim juga turut tertidur sambil menyandar disisi birai katil Hatrisya.Mukanya kelihatan begitu penat sekali.Mereka semua memperlahankan suara mereka ketika bercakap.Melihatkan Hatrisya yang terbaring kaku diatas katil menyebabkan mereka semua berasa sayu.Apatah lagi saat terlihat wajahnya yang begitu pucat lesi.Hati mereka semakin sebak.

"Sis...Ngah datang nie..Bangun la.."Panggil Hani.Suaranya agak tidak kedengaran akibat menahan sebak sewaktu melihat Hatrisya terlantar begitu.

Fathia memeluk Hani.Dia tahu Hani berasa sedih melihat Hatrisya begitu.Tak terkecuali juga dirinya dan juga rakan-rakan yang lain.Hani mengesat airmatanya.Dia perlu tabah dan tersenyum disaat Hatrisya tersedar nanti.

"Kita biarlah dulu Trisy berehat.Aku rasa,better kita turun kebawah dulu.Kita beri privasi sedikit pada senior dan juga Trisy untuk mendapatkan rehat yang cukup."Ajak Nazri.

"Aku pun rasa camtu jugak.Jomlah turun.Hang masak apa kat dapur Mar?Bau wangi ja nie."Soal Azrina.Dari mula-mula dia sampai ke vila ini,dia sudah terbau bau masakan yang nyata sekali membuatkan perutnya lapar.

Mardiana tersengih.Dia dah agak dah pasti mereka akan bertanya kepadanya tentang bau wangi masakan yang dimasaknya itu.

"Aku masak simple aje hari nie.Nasi tomato dengan ayam masak merah.Senior-senior kita lapar.Depa tak makan apa-apa langsung semenjak petang semalam.Tu yang aku masak kat depa."Terang Mardiana kepada mereka.

"Tapi jangan risau,rinie aku masak lebih sikit sebab aku nak jemput hangpa semua makan tengahari sekali dekat sini."Classmatenya yang lain sudah mulai tersenyum lebar.Rezeki jangan ditolak.Hehe.

"So,Mar..Ada apa-apa lagi dak yang kami boleh tolong hang kat dapoq?"Tanya Hafiz.Bukan apa,rasa tidak selesa pula jika datang kesini hanya untuk makan tapi langsung tidak menolong.

"Takpa,semuanya dah hampir nak siap Fiz.Tinggal nak tunggu ayam masak merah tu aje mendidih pastu kita dah boleh makan sama2."Kata Mardiana.

"Ok,kalau camtu takpa la Mar."Balas Hafiz sambil tersenyum.Mereka semua turun ketingkat bawah dan bersantai di taman mini vila tersebut.Ada juga diantara mereka yang berehat-rehat dikawasan kanopi kolam renang sambil berborak.

Di taman mini,Fathia sedang memujuk Hani yang masih lagi bersedih.

"Hani..sudah-sudahlah tu.Jangan la dok sedih camnie lagi.Aku yakin satgi Trisy pasti sedar."Pujuk Fathia.

"Betul ka nie,Thia?"Tanya Hani.Dia memandang wajah teman sevilanya itu.Fathia mengangguk sambil tersenyum.

"Dah,jangan nangis lagi dah.Satgi mata hang bengkak pulak.Lagipun,aku rasa better hang pi cuci muka hang laa nie.Satgi ada jugak orang yang kena heart attack bila tengok muka hang yang penuh berhingus tu.Buruk sangat dah aku nengoknyaa."Kata Syakina sambil ketawa.Hani yang mendengar kata-kata Syakina memandang kearahnya dengan penuh kehairanan.Nyata sekali otaknya gagal untuk menangkap maksud disebalik kata-kata Syakina itu.

"Maksud hang apa,Kina?Sapa yang kena heart attack nanti?"Hani masih lagi blurr.Dia menyedut hingus yang hampir meleleh keluar dari hidungnya itu.Sebijik macam budak-budak tadika.Mereka yang melihatnya hanya ketawakannya.

"Slow betoii la otak hang nie ,Hani.Agaknya hari nie hari blurr untuk hang kot nohh."Perli Syakina dengan ketawa yang masih bersisa.

Zaid dan Nazri yang berada berhampiran dengan mereka hanya ketawa.Lembap jugak otak si Hani nie.Mungkin dia terlupa agaknya.

"Aku rasa mungkin Hani tak perasan kot sapa yang ada kat dalam vila sekarang nie.Sebab tu dia jadi lagu nie."Nazri mencelah perbualan mereka.

Hani semakin tak faham.'Dah kenapa dengan depa semua nie?'Desis hati Hani.

"Hahaha..terokk sangat dah nie perangai hang Hani oiii..Tu satgi pakwe hang bangun mau dia terkejut tengok muka hang lagu nie."Zaid ketawa melihat sikap Hani yang sedari tadi asyik mempamerkan wajah blurr tahap dewa.Yang Hani tau,asyik dok sedut hingus yang tak habis2 dok meleleh dari hidungnya.

Hani terkesima.Kata-kata Zaid tadi bagai menyedarkan Hani tentang satu perkara yang dia hampir terlupa.'Ya Allah!Camna la aku boleh tak teringat yang pakwe aku ada kat sini?'Detik hati Hani.Dengan pantas dia mengesat airmata dan menyedut hingusnya dalam-dalam.Rasa agak malu sekiranya Hamizan melihat wajahnya yang dah seperti momok tu.

"Weyh korang..Aku betoii-betoi tak teringat langsung pasal dia ada kat sini.Yang ada kat dalam otak aku sekarang nie cuma pasal sis aje."Beritahu Hani pada rakan-rakannya.

"Tau dah dengan perangai hang.Kalau ada apa-apa yang berkaitan dengan Trisy,mesti hang dah tak ingat langsung kat Senior Hamizan."Balas Yusmira.

"Trisy tu my sis ok.Dah tentulah aku lebih pentingkan sis dari senior.Hangpa pun tau kan betapa sayangnya aku pada sis.Tapi aku tak maksudkan yang senior tu tak penting,dia pun penting bagi aku kerana dia satu-satunya lelaki yang aku cintai sepenuh hati.But..No matter what,I'm only concern about my sis more than him.It's just because she is my sis and always be my sis forever.At the same time,I concern about him too.I do.Yes,I really-really do."Tutur Hani sambil mematah-matahkan jarinya.Zaid tersenyum mendengar kata-kata Hani.Begitu juga dengan Nazri.

"Kita doakan dia cepat sembuh ya.Sekarang nie jom kita masuk kedalam.Mar dah panggil kita dah tu ajak makan.Jangan la tayang muka monyok camtu lagi.Hang kena senyum.Takkan hang nak biarkan senior tengok muka hang yang sembap lagu nie.Dah jom,aku teman hang pi basuh muka."Ujar Fathia sambil mengheret Hani menuju ke rest room yang terletak berhampiran dengan taman mini itu.

Hani hanya menurut sahaja apabila Fathia mengheretnya.Rakan-rakannya hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience