KRIIIINNNGGGGGG~~
Bunyi loceng nyaring bergema memecahkan kesunyian pagi disekitar daerah perbukitan Tanjung Harapan untuk membangunkan kesemua pelajar Fairy Academy,Pulau Pinang,Malaysia dari tidur nyenyak masing-masing..
Jam baru menunjukkan angka 5 pagi namun kesemua pelajar telah pun bangun untuk membersihkan diri.Kesemua pelajar telah diterapkan dengan nilai disiplin yang cukup tinggi sepanjang mereka berada di akademi ini untuk membentuk keperibadian diri yang unggul dan cemerlang.
Sebut sahaja nama Fairy,sudah pasti ramai yang kagum dengan kehebatan dan pencapaian akademi ini.Mana tidaknya,ini adalah satu-satunya institusi pendidikan tinggi yang paling berprestij didunia.Segala fasiliti dan teknologi pendidikan disini adalah yang termoden dalam sejarah pendidikan di abad ini.
Kesemua asrama disini tidak sama dengan asrama disekolah yang lain.Reka bentuk asrama pelajar dibina indah seperti banglo dan kondominium.Malah ada juga seperti vila dengan kelengkapan yang cukup sempurna untuk dinikmati oleh para pelajar.Dan yang paling istimewa adalah kediaman untuk pelajar-pelajar yang tergenius,iaitu teratak.Setiap banglo didiami oleh 4 orang pelajar manakala kondominium pula didiami seunit seorang bagi setiap pelajar.Vila pula didiami oleh 2 orang pelajar sahaja.Manakala teratak pula didiami oleh seorang pelajar dan terhad kepada 5 unit sahaja di akademi ini.Teratak merupakan sebuah kediaman yang terlalu mewah untuk dihuni.Berhadapan dengan panorama dari lautan Tanjung Harapan,cukup untuk dikatakan sebagai penginapan yang begitu exclusive.Benar,ini adalah syurga ilmu yang telah disediakan oleh pihak akademi buat pelajar yang mereka kasihi.Dengan segala aset yang bernilai jutaan ringgit setiap satu,nyata sekali ianya institusi termewah yang tidak tergambar sekali kehebatannya dimata dan fikiran kita.
Dibarisi oleh barisan pentadbiran dan pendidik terkemuka dunia menjadikan setiap ilmu yang disampaikan kepada pelajar begitu tinggi nilainya.Setiap pendidik memiliki kepakaran dan kehebatan didalam bidang masing-masing yang sudah pastinya bakal diwarisi oleh generasi muda yang kini sedang tekun menimba ilmu.Mereka adalah pelajar yang cukup dahagakan segala ilmu yang pendidik mereka miliki untuk meneruskan legasi kehidupan dimasa akan datang.
Namun,disebalik keunggulan institusi elit ini terselit jua dengan pelbagai ragam dan kerenah oleh pelajar-pelajarnya.Mana tidaknya,kenakalan pelajar di sini merupakan cabaran yang terhebat yang perlu dilalui oleh setiap warga pendidik mahupun pentadbiran.Setiap saat yang berlalu di akademi ini bagaikan satu detik yang penuh debaran kerana ada saja perkara yang tak terduga seringkali tercetus sekaligus membuatkan pihak akademi sentiasa diburu keresahan.
Dan..Siapa yang menyangka bahawa di akademi yang cukup berprestij ini bakal terciptanya lagenda persahabatan dan percintaan yang sejati diantara para pelajarnya.Segala suka duka,pasti ditempuh bersama.Kerana sahabat sejati kekal selamanya dihati walau waktu telah terhenti diantara mereka.Bagi mereka,hidup adalah satu pengembaraan yang tiada penghujungnya.Ianya sebuah perjalanan yang penuh dengan misteri.Meski rebah,mereka akan terus bangkit untuk terus tabah.Menjadi genius bukan bererti satu kebanggaan.Malah ianya satu anugerah untuk dikongsi bersama dalam meniti perjalanan menuju ke syurga ilmu.
Share this novel