Class started!

Fantasy Series 3421

Di blok-blok akademik,keadaan begitu sibuk sekali kerana kesemua pelajar sedang menyusun schedule mereka untuk menghadiri kelas pada pagi tersebut.

Blok akademik merupakan sebuah bentuk bangunan berteknologi yang cukup besar dan mempunyai ketinggian hampir 15 tingkat setiap satunya.Kemudahan lif dan eskulator disediakan bagi memudahkan para pelajar untuk mengakses ke setiap tingkat blok akademik tersebut dengan mudah dan pantas.Setiap blok akademik terbahagi kepada beberapa jurusan dan juga jabatan mengikut aliran setiap pelajar.Terdapat lebih daripada 20 buah blok akademik yang terdapat di Fairy Academy yang mana setiap satunya mewakili setiap jurusan dan juga jabatan-jabatan akademik.

Di blok akademik Jabatan Siasatan Jenayah Antarabangsa dan Risikan Elit Dunia,hampir kesemua pelajar jurusan 3 Linguistik Bahasa telah memasuki ke dalam kelas mereka yang berada di tingkat 7 blok tersebut.Jam baru menunjukkan angka 8 pagi dan itu bermaksud mereka masih mempunyai masa lagi sejam sebelum kelas bermula.

"Trisy,hang bawak power bank dakk rinie?Bateri fon aku low laa..Semalam terlupa nak cas.Tengahari nie aku dah janji nak call mak aku.Risau kalau bateri nie tak dapat bertahan."Mardiana bertanya sambil membelek fonnya dengan wajah yang sugul.

"Ada,japp aku cari kat hang."Kata Hatrisya.Dia membuka zip beg sandangnya itu dan menyelongkar isinya sebelum menghulurkan power bank yang berjenama pineng itu kepada Mardiana.

"Thanks,Trisy."Mardiana mengukir senyum sambil menyambung cable pengecas ke telefonnya.

Disatu sudut kelas,beberapa orang pelajar lelaki sedang berkumpul sambil berborak.Sekali sekala mereka ketawa berdekah-dekah hingga ada yang menekan perut akibat terlalu geli hati.

"Hang biaq betoii,Along.Students junior Veterinar kena cium taik kuda kat Fairy Farm?"bersungguh-sungguh Azmi bertanya kepada rakan sekelasnya,Along ataupun nama sebenarnya Nazri.

"Laa..betoii la depa kena cium taik kuda semalam.Senior Harith yang incharge course depa.Punya teruk la depa kena buli."Nazri menjawab pertanyaan daripada Azmi sambil ketawa.Berperwatakan seperti pelakon Ammar Asyraf,Nazri cukup terkenal dikalangan semua pelajar mahupun guru-guru dengan sikap kenakalannya yang begitu luarbiasa namun bijak.Pun begitu,namanya sentiasa berada di carta teratas didalam senarai anugerah Dekan tiap kali peperiksaan.

"Aku tak sangka pulak depa kena buli sampai camtu sekali dengan senior.Mesti semua pakat muntah hijau lepas cium taik kuda tu,"balas Afiq sambil ketawa.

"Yang hat mana kena cium taik tu takpa lagi.Yang paling dajaii sekali,Eid pun pi join sekali buli depa.Punya kesian la sapa yang kena lempaq taik kuda kat muka.Dia pi habaq kat senior kalau setakat cium nak jadi apa.Lempaq ja taik tu kat muka baru ada semangat sikit nak belajar Veterinar."Nazri membuka cerita.Apalagi,berdekah-dekah ketawa mereka apabila mendapat tahu students junior Vet kena lempar dengan taik kuda kat muka.

"Perghhh..Kejam gila Eid..Tu nasib baik dia tak suruh senior bagi budak2 tu makan taik.Kalau tidak kes nayaaaaaaa..Hahahaaha!!!"Azmel yang memiliki raut wajah seperti Zoey itu ketawa sampai berair matanya.Dia merupakan adik kembar kepada Azmi dan wajah mereka berdua saling tak tumpah antara satu sama lain serta seiras.Kadang-kadang agak sukar untuk mereka mengenalpasti yang mana satu Azmi ataupun Azmel kerana mereka berdua nie pun boleh tahan celaka jugak sebab dua2 suka menyamar.

"Hang toksahh dok pedajaii aku sangat,Long.Hang pun join aku jugak semalam buli budak-budak tu.Kalau hangpa nak tau,setan yang dok baling taik kuda kat muka budak-budak Vet tu Nazri.Hang pandai noh tak bukak cerita pasal hang,pastu dok cerita pasal aku jaa,"Zaid yang baru masuk kedalam kelas terus menyertai kumpulan mereka.Berwajah kacak seperti Izzue Islam,Zaid juga merupakan pelajar ternakal akademi seperti Nazri.Tambahan pula mereka berdua tinggal sevila,makin menjadi-jadi tahap kenakalan mereka berdua itu.

Sekali lagi,pecah ketawa mereka semua sebaik sahaja mendengar rahsia Nazri yang dipecahkan oleh Zaid sebentar tadi.Ingatkan Zaid seorang sahaja yang jadi setan,rupanya ada setan lagi yang terlebih setan rupanya.

Nazri hanya ketawa mendengar kata-kata Zaid.Kenakalan mereka berdua terlalu banyak untuk diceritakan.Apatah lagi apabila dua-dua otak gila mereka bertemu.

Alkisahnya semalam Zaid dan juga Nazri terserempak dengan Senior Harith yang merupakan pelajar tingkatan 5 Veterinar sewaktu mereka berdua sedang melepak di Halaman Cempaka.Kebetulan Senior Harith terpaksa kena incharge students junior jurusan Veterinar disebabkan Mr Chandran perlu menghadiri meeting pada pagi tersebut.Senior Harith yang mengajak mereka berdua supaya membantunya untuk mengajar students tersebut.

Apalagi,sebaik sahaja mendapat ajakan daripada senior mereka itu Zaid dan Nazri tersengih.Idea-idea jahat kian mencurah-curah didalam kepala mereka untuk mengenakan junior2 tersebut.Dan dari situlah tercetusnya insiden muka junior dilempar taik kuda ekoran kenakalan mereka berdua.

"Hahahaha!!Dah tuuu,budak-budak tu tak bukak mulut pulak mengadu kat pihak pentadbiran pasal depa kena buli dengan hangpa?"tanya Hafiz.

"Depa tak berani bukak mulut,Fiz.Senior Harith dah ugut depa semalam.Sapa yang berani bukak mulut pasal hal tu,dia tak teragak-agak nak kurung depa dalam kandang buaya."Ujar Zaid sambil tersengih.Mempamerkan barisan giginya yang tersusun cantik dan putih.

"Hat nie lagi celaka.Hahahaha!!"kata Syafiq.

"Alarhhh,depa tu baru Form 1.Mana nak berani sangat melawan senior.Apatah lagi bila dengar senior nak sumbat depa dalam kandang buaya.Hampir nak demam depa semalam aku tengok.Hat budak-budak perempuan semua pakat menangis.Serius lawakkk."Nazri mencelah.

"Patut la pun aku tak dengar apa-apa sebutan kes daripada Unit Disiplin.Rupanya awai2 lagi hangpa dah tutup mulut semua junior tu."Amzar yang turut sama berada didalam kumpulan tersebut sejak awal lagi hanya tersenyum.Bijak rupanya iblis-iblis kecil nie menutup kejahatan mereka.

Sementara itu,kelihatan seorang pelajar perempuan sedang menghampiri blok akademik yang menempatkan Jabatan Siasatan Jenayah Antarabangsa dan Risikan Elit Dunia dengan begitu tenang.Gadis yang memiliki figura seiras Erin Malek itu segera menaiki lif menuju ke tingkat 7 blok tersebut.Sebaik sahaja dia tiba di tingkat tersebut,dia mengatur langkahnya menuju ke kelas 3 Linguistik Bahasa.

"Assalamualaikum,semua."Dia memberi salam sebaik sahaja memasuki kedalam kelas.

Semua mata terarah menuju ke muka pintu dimana pemilik suara yang memberi salam itu berada.

"Waalaikumussalam."Salam dijawab serentak oleh seisi kelas.

"Ain..!!Welcome backkk..!!"Adila menerpa kearah Ain lalu memeluknya erat.Manakan tidak,hampir 3 minggu Ain berada di U.K atas urusan kerjanya disana.

Ain turut sama memeluk Adila.Rindu rasanya pada teman sevilanya itu.Kasihan Adila,terpaksa tinggal seorang diri sepanjang tempoh dia berada di oversea.

"Dilaaa..rindunya aku kat hang!Sorry aku ambik masa yang lama untuk kembali ke akademi.Ada masalah sikit masa nak sempurnakan misi aku kat sana."Kata Ain.

"Takpa,Ain.Yang penting sekarang,hang dah kembali dengan selamat.Tu pun aku dah terlalu bersyukur dah."Ujar Adila.

Rakan-rakan sekelas yang lain tersenyum manis menyambut kepulangan seorang lagi rakan mereka yang telah berjaya menyelesaikan misinya diluar negara itu.

"So Ain,how about your mission?I heard it was too dangerous enough just to shorten your life.I'm glad you return with safely."Muiz bertanya kepada Ain.Didalam masa yang sama,dia bersyukur insan yang dia cintai telah kembali dengan selamat.Sejujurnya pelajar lelaki yang berwajah seperti Zul Ariffin ini terlalu bimbang sebaik sahaja mendengar berita tentang misi Ain ke U.K.

"So far,I managed to survived.Thanks to all your prayers that give me a courageous to accomplish this mission."Jawab Ain sambil tersenyum.

"Lepas nie Muiz boleh fokus dah la time dalam kelas.Cinta hati dia dah balik."Usik Azrina.

Muiz hanya ketawa.Siapa tak sayang kekasih oiii..Siapa yang tak risau bila insan yang dicintai tiba-tiba dipanggil untuk mengetuai misi yang cukup berbahaya sebegitu.Sudah pastilah dia tidak dapat hendak menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap pelajaran.

Ain tersengih,malu apabila rahsia percintaannya dengan Muiz dah terbongkar ketika dia berada di lapangan terbang Fairy Academy disaat hendak berangkat ke U.K.Menangis-nangis Muiz memujuk Ain supaya menolak misi tersebut yang baginya agak berbahaya untuk gadis seperti Ain.Dari situlah kesemua rakan sekelas mereka mengetahui rahsia percintaan mereka.

"Ha,Ain.Story la sikit pasal mission hang kat sana.Kami teringin nak tau."Pinta Mardiana.

"Yela,cita la.Tumpang ada masa lagi nie sebelum kelas bermula."Kata Zaid.Nazri dilihatnya sudah pun menarik sebuah kerusi untuk Ain duduk.Tak sabar untuk mendengar Ain bercerita.

"Ok2..Aku cita.Tapi serius ke nie hangpa semua nak dengaq?"Soal Ain,saja hendak mengusik rakan-rakan sekelasnya yang sudah tak sabar-sabar hendak mengetahui tentang misinya.

"Ainnnnn..!!Cepat laaa..Satgi kelas nak mula dah."Gesa Azmi.

"Hahaha..Ok2.Sebenarnya pihak FBI yang propose aku mission nie.Mengikut kes,kumpulan penjenayah yang diburu oleh mereka nie digelar sebagai Trio Squad.Dianggotai oleh tiga orang penjenayah yang memiliki rekod jenayah hampir dikesemua negara di Eropah,mereka telah melarikan diri dari penjara mereka di 3 buah negara yang berlainan."Ain mulai bercerita.

"Maksud hang,depa nie dipenjarakan secara berasingan di negara yang lain-lain kaa?"Adila bertanya.

"Ya,betul tu.Ketiga-tiga mereka dipenjarakan secara berasingan bagi mengelakkan dari berlakunya perkara yang tidak diingini oleh pihak berkuasa.Tahap pemikiran mereka terlalu luar biasa untuk diramalkan."

"Yang anehnya,ketiga-tiga penjenayah ini melarikan diri daripada penjara pada hari yang sama serta waktu yang sama.Ini menimbulkan satu tanda tanya dan persoalan yang mengejutkan kepada semua pihak.Seperti ada konspirasi dari pihak dalaman penjara itu sendiri.Orang yang membantu mereka melepaskan diri ini terlalu bijak.Terlalu bijak untuk aku dan pasukan yang aku ketuai untuk mencari siapa sebenarnya dalang yang melepaskan mereka bertiga."Ain berjeda sebentar disitu.Dia melihat rakan-rakanya itu begitu khusyuk sekali mendengar ceritanya.

"Pada hari pertama siasatan di U.K,kami gagal menemui apa2 bukti selain daripada seluruh sistem penjara telah dilumpuhkan sehingga musnah.Tak ada sebarang bukti yang tinggal untuk kami temui selain daripada punca kebakaran akibat daripada litar pintas.Dan percaya tak,kejadian yang sama turut berlaku di penjara Abu Dhabi dan Thailand."

"Tak mungkin ianya satu kebetulan jika kejadian yang sama turut berlaku di penjara yang turut menempatkan dua orang lagi penjenayah tersebut di negara yang lain.Kes ini tak lain dan tak bukan,ianya adalah satu jenayah terancang!"Kata Nazri sebaik sahaja meneliti sebutan kes yang disiasat oleh Ain.

"Ya,tepat sekali Long.Kes ini adalah jenayah terancang yang cukup licik sekali tanpa meninggalkan walau sebarang bukti sekalipun!"Ain menegaskan suaranya disitu.

"Ketika kami semua berada didalam keadaan buntu tanpa ada sebarang perkembangan langsung dari kes ini,aku hampir-hampir berputus asa."

"Seminggu selepas kejadian tersebut,kami menerima satu video dari penjenayah tersebut.Mereka mencabar kami dengan angkuh bahawa pihak berkuasa tidak akan sesekali berjaya untuk memenjarakan mereka lagi.Malah,mereka juga merancang untuk merampas senjata nuklear daripada kerajaan U.S. dalam tempoh kurang dari seminggu.Ini membuatkan anggota yang aku pimpin hampir kucar kacir dalam menjalankan tugas."Riak wajah Ain berubah.Seperti menahan geram dan amarah.

"Kami cuba mencari segala maklumat dan mengumpul data yang berkaitan sebanyak mungkin bagi mencari lokasi persembunyian mereka.Dan daripada hasil risikan yang diperolehi telah dibentangkan di meja bulat White House,Washington D.C."

"Kesemua ketua pertahanan negara turut hadir dan bekerjasama dengan anggota yang aku pimpin.Sewaktu Kapten Rhode membentangkan maklumat risikan dan siasatan yang dikumpul daripada ketiga-tiga penjara tersebut,aku baru perasan tentang bukti yang dalang kejadian nie gagal untuk ditutup iaitu perbezaan GMT,iaitu garis masa di setiap zon yang membawa kepada satu pecahan kod lokasi persembunyian mereka.Tanpa membuang masa,aku segera memecahkan kod-kod tersebut dan siapa menyangka,kod yang dipecahkan itu telah membawa pasukan kami ke Jerman sekaligus membongkar lokasi rahsia mereka."

Kesemua yang mendengar terlopong mendengar cerita Ain.Ternyata,gelaran The Code Breaker bukan saja-saja diberikan oleh badan pertahanan elit dunia kepada Ain.Kepintarannya dalam menganalisis maklumat dan memecahkan kod yang sukar difahami adalah satu kelebihan buatnya.

"Namun,tak semudah itu untuk kami memberkas mereka kerana kelicikan mereka memanipulasi sistem rangkaian kami.Jujur aku katakan,aku hampir-hampir tewas dalam permainan siber mereka.Mereka menggodam software yang aku gunakan dan menghantar sejenis virus digital yang digelar 'The Slaughters' yang menyebabkan segala data yang kami kumpul dipadam dari sistem."

"Habis tu,semua maklumat yang hangpa kumpul hilang camtu saja?"Tanya Syakina.

"Ya,semua hilang termasuklah 'Classified Files'.Mereka betul-betul mencabar kami.Dalam hal nie,aku dah tak boleh nak berdiam diri lagi dari membiarkan penjenayah-penjenayah tersebut memonopoli dalam permainan kalah mati nie."Nada suara Ain agak meninggi.Mungkin kesabaran tercabar dengan kes yang diuruskannya.

"Tanpa membuang masa,aku segera memanipulasi virus digital yang dihantar oleh penjenayah tersebut kembali ke software system mereka.Tak sangka pulak daripada situ kami mendapat satu petunjuk dan bukti baru yang jauh lebih bernilai daripada maklumat sebelum ini.Virus tersebut telah membawa kami ke ID kediaman ketua pertahanan negara Jerman,Jeneral Zarkonwhich."

"Aku telah menggodam ID jeneral tersebut dan aku terkejut dengan penemuan yang kami jumpa.Rupa-rupanya Jeneral Zarkonwhich yang menjadi dalang kepada jenayah ini.Dia ingin membolot senjata nuklear tersebut untuk kepentingan dirinya sendiri.Malah,dia juga merancang untuk membelot terhadap negaranya sendiri."Terang Ain dengan panjang lebar.Kesemua mereka mendengar dengan begitu fokus sekali.

"Tak banyak masa yang diambil untuk menangkap Jeneral Zarkonwhich kerana segala bukti pembelotan dan jenayah terancang ini semuanya telah terkandung didalam rangkaian data miliknya.Malah,kesemua pegawai yang turut sama bersekongkol dengan Jeneral Zarkonwhich turut ditahan untuk siasatan."Ain berhenti seketika untuk menarik nafas.

"Habis tu,apa yang terjadi kepada Trio Squad?Mereka dah ditahan atau belum?Abi risau kalau mereka masih bebas,tak mustahil mereka akan memburu Umi disini bagi membalas dendam."Muiz menyoal Ain dengan panggilan manja mereka.

Ain tersenyum.Masih risau lagi rupanya lelaki itu terhadap keselamatan dirinya.Terasa diri ini begitu dihargai dan disayangi oleh Muiz.

"Alhamdulillah,ekoran daripada penangkapan Jeneral Zarkonwhich ketiga-tiga mereka telah dapat ditahan setelah jeneral tersebut membocorkan maklumat persembunyian mereka.Kini,kesemua mereka yang terlibat dalam jenayah ini telah dihadapkan ke muka pengadilan di mahkamah antarabangsa pagi semalam.Penangkapan Jeneral Zarkonwhich merupakan satu tamparan yang cukup hebat buat negara Jerman dengan pembelotan oleh Jeneral tertinggi pertahanan negara mereka.Berkemungkinan besar Jeneral Zarkonwhich bakal berdepan dengan Mahkamah Ketenteraan Antarabangsa pula selepas ini."

"Apa-apa pun,aku rasa bersyukur sangat menyelesaikan misi nie dengan selamat dan jayanya walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sepanjang siasatan kes ini dijalankan."Kata Ain sambil tersenyum.Terasa satu beban telah terlepas daripada hidupnya.

"Congratulation again,Ain.You did well in your mission.Welcome back to our class and our department.Let spread our wings together in the battle of knowledge with flying colors!"Ucap Hatrisya.Mereka yang lain turut mengucapkan tahniah sekali lagi diatas kejayaan Ain di U.K.

"Thank you,guys.Without your support,I can't barely stand alone to accomplish any mission that was give for me."Ain berkata dengan airmata yang bergenang.Tiba-tiba sahaja dia terasa sebak,betapa beruntungnya dia kerana memiliki rakan-rakan yang sentiasa menyokongnya tatkala dia rebah mahupun jatuh didalam perjuangannya.

"Alololooo..Takmau la nangis,Ain sayangg..Kita kan friends?"Ujar Yusmira.

Kesemua mereka tersenyum.Benar,di Fairy Academy mereka semua telah belajar nilai persahabatan yang sejati dimana persahabatan itu sendiri adalah satu perasaan yang suci.Yang tak mungkin akan dicalari oleh sebarang pengkhianatan mahupun diracun oleh kata fitnah dari sesiapa pun.

"Yeah,we're friends!"Ucap mereka semua serentak disertai dengan gelak ketawa dan usik mengusik diantara satu sama lain.

Dan akhirnya,loceng akademi berbunyi nyaring tepat pada pukul 9 pagi menandakan bahawa sebentar lagi pendidik-pendidik mereka bakal memasuki ke dalam kelas dan akan memulakan sesi pengajaran pada pagi itu.

Kesemua Fairy kini telah bersedia di meja mereka dan sedang menanti kedatangan insan yang bakal mencurahkan segala ilmu yang ingin mereka miliki.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience