BAB 9

Spiritual Completed 650

“Ceh,” Ina kembali memandang ke hadapan. Pandang tasik KLCC lagi bagus daripada tatap wajah Katrina yang tak pernah reti nak senyum tu.

“Ina, pandang la sini,”

“Aku merajuk dengan kau dua minit,”

“Eh? Kenapa pulak?”

“Biar la,” Ina masih tidak mahu memandang Katrina.

“Ina, aku nak cerita ni,”

“Cerita je la,”

“Kau ingat tak lelaki yang kita jumpa kat medan selera tempoh hari?”

Ina mengangguk. Namun posisinya tetap sama. Tidak memandang wajah Katrina.

“Aku rasa aku dah…,”

“Kau rasa kau dah jatuh hati dengan dia ke?”

Katrina tidak menjawab. Wajahnya masam.

“Kenapa ni?”

“Macam ni…,” dan Katrina terus bercerita. Ina tidak jadi merajuk. Dia menjadi pendengar cerita Katrina.

“Macam mana ni?”

“Kau suka dia tak?”

“Entah,”

“Hish, kau ni. Aku tanya betul-betul ni. Kau suka dia tak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience