BAB 1

Spiritual Completed 650

“Ramainya orang hari ni,” komen Siva.

Hambali hanya tersenyum.

“Hari ni cuti umum ke?” tanya Siva lagi. Sebagai sebuah syarikat yang berpangkalan di Singapura, bukan semua cuti umum yang dikongsi bersama Malaysia.

Hambali mengangguk. “Hari ni cuti sempena Maulidur rasul,”

“Maulidur Rasul? Apa tu?”

“Maulidur Rasul tu maksudnya hari kelahiran Nabi Muhammad SAW,”

“Nabi Muhammad? Macam Jesus juga kan? Kalau orang Kristian sambut kelahiran Jesus dalam Hari Krismas, orang Islam sambut kelahiran Nabi Muhammad dalam Maulidur Rasul,”

“Tak, bukan begitu…,”

Belum sempat Hambali membetulkan kenyataan Siva, Mei Lin menyampuk, “Tapi kenapa tarikhnya berlainan ye? Setahu saya, tahun lepas tarikh Maulidur Rasul jatuh pada bulan Februari kan?”

Masa itu baru Hambali perasan ada seorang gadis yang duduk di belakang Mei Lin dan Siva. Gadis tadi tidak lekang dengan senyuman setiap kali Hambali menjawab soalan-soalan mereka. Pandangan mata mereka bertaut. Gadis itu menganggukkan kepala dengan lembut, bagai memberi isyarat kepada Hambali untuk menjawab sebaik mungkin.

“Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada 12 Rabiulawal bersamaan dengan 20 April tahun 571 Masihi. Tapi dalam Islam, tarikh 12 Rabiulawal digunakan untuk memperingati hari kelahiran baginda.

Mei Lin mengangguk tanda faham. Hambali mengerling sekilas pada gadis itu. Tersenyum. Tanda berpuas hati dengan jawapannya. Spontan Hambali tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience