BAB 12

Spiritual Completed 650

Hambali terkedu. Satu lagi mesej masuk.

‘Rasulullah tidak pernah lupakan ummatnya walaupun di ambang kematian’

Air mata Hambali mengalir.

Setahun kemudian…

“Kenapa kita kena datang ke medan selera ni?” tanya Katrina.

“Tak boleh ke?” tanya Ina kembali.

“Ina, kau tahu kan, kalau soalan dijawab dengan soalan…,”

“Maknanya ada yang tak kena? Gitu?”

Katrina menggerutu. “Apa motif kau sebenarnya ni?”

“Jom kita cuci mata,”

“Ina! Lagi tiga minggu kau nak kahwin la!”

“Aku tahu la! Sebab tu aku ajak kau cuci mata. Aku nak beli kanta lekap untuk majlis pernikahan aku nanti. Cuci mata la tu. Kau ingat apa?”

Katrina tersengih. Dia termalu sendiri.

“Relaks la Katrina. Aku tahu la ni tempat pertama kau jumpa dengan dia. Dan sejak dia hilangkan diri, kau tak pernah datang sini. Come on, Katrina. Move on! Kau dengan dia tak pernah ada apa-apa kan? Kau pun dah bertunang sekarang ni,” giliran Ina pula yang memberi nasihat kepada Katrina.

“Tapi apa salah aku?” tanya Katrina geram.

“Mana la aku tau. Tanya la dia,” balas Ina. Geram juga dia kerana Katrina bertanya pada orang yang salah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience