BAB 14

Spiritual Completed 650

“Itu adalah titik permulaan perubahan dalam hidup saya,”

Katrina kerut dahi.

“Kata-kata itu asyik terngiang-ngiang dalam kepala saya, sampaikan saya tak boleh buat kerja. Saya akui, saya jahil dalam agama. Terlalu jahil, sampaikan saya tak kenal Kekasih Allah. Saya hanya tahu, tapi tak kenal,”

Mata Katrina berkaca. Ina sudah tunduk menahan air matanya daripada mengalir.

“Saya berhenti kerja di sini walaupun gajinya lumayan. Saya balik kampung. Saya belajar agama. Saya buat kerja kampung je. Gajinya tak banyak mana, tapi saya bahagia. Lebih bahagia berbanding ketika kerja di sini,”

“Tapi saya tak dapat menolak fitrah. Setiap kali solat, saya sentiasa doakan awak,”

“Saya dah bertunang, Hambali,”

Hambali senyum. “Saya tahu,”

“Mana awak tahu?”

“Mama awak bagitahu awak tak pernah buka sampul gambar tunang awak. Takut katanya,”

“Eh, kejap! Macam mana awak kenal mama saya?”

Katrina menoleh ke arah Ina yang sudah mengesat matanya. Keningnya bercantum meminta penjelasan.

“Dia tak pernah putus berbalas emel dengan tunang aku. Kami yang bagi alamat rumah mama kau. mana la tahu dia nak hantar rombongan meminang untuk kau…,”

“Awak tunang saya?”

Hambali tersenyum nipis sambil mengangguk.

“Ta.. tapi…,”

“Awak wanita istimewa. Dan saya tak mahu damping awak dengan cara yang tak sepatutnya,”

Katrina sudah tidak tahu hendak cakap apa lagi.

“Terima kasih kerana terima pinangan saya,”

Air mata Katrina menitis.

“Nanti kita boleh bangun tahajjud sama-sama,”

Katrina tergelak dalam tangisan.

“Ala, jangan la nangis. Saya belum boleh sapu air mata awak lagi…,”

Cepat-cepat Katrina menyapu air matanya.

“Pasal mesej tu, saya tak cakap la. Saya tulis je. Macam mana oleh terngiang-ngiang pulak?”

“Sebab saya baca. Sebab tu boleh terngiang-ngiang,”

Katrina senyum. Ina di belakang termangu keseorangan. Aku dibiarkan aje?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience