BAB 11

Spiritual Completed 650

“Kenapa, kau tanya aku? Kenapa kau tak bagitahu yang Nabi Muhammad tu adalah antara 100 orang paling berpengaruh di dunia? Nombor satu pula tu!”

“Eh, ye ke?”

“Ye la. Kau tengok ni. Bukan sebarangan orang tau yang tersenarai. Jesus pun di tempat ketiga,” Siva menunjukkan senarai itu kepada Hambali yang bingung tiba—tiba.

“Nabi Isa… St Paul… Shih Huang Ti…,”

“Kau tengok, Karl Marx pun di tempat 27 tau. Kau patut berbangga tau!”

Hambali tersenyum. Siva kemudian ke meja Mei Lin menceritakan perkara yang sama. Hambali capai telefon bimbitnya.

‘Salam Katrina, saya baru dapat tahu yang Rasulullah SAW adalah orang paling berpengaruh di dunia,’

Selang seminit mesejnya berbalas.

‘Alhamdulilah, awak dah tahu. Awak tahu tak siapa yang buat senarai tu?’

Dahi Hambali berkerut. ‘Tak tahu’ mesej dihantar.

‘Senarai itu dibuat oleh Micheal Hart, seorang bukan Islam. Dia meletakkan Rasulullah SAW di tempat pertama bukan atas sebab peribadi, tapi dia melihat baginda SAW sebagai satu-satunya manusia yang berhasil secara luar biasa baik dalam kegiatan keagamaan maupun pemerintahan. Lihatlah Islam sekarang. Walaupun telah berates tahun baginda wafat, Islam terus berkembang dan dikenali di seluruh dunia’

‘Saya rasa bangga la’

‘Rasa bangga sahaja tak cukup, Hambali. Kita kena zahirkan rasa itu. Setiap kali dengar nama Rasulullah disebut, kita kena berselawat kepadanya. Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali, maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjattingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad, sahih.]’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience