BAB 7

Spiritual Completed 650

“Saya sihat. Alhamdulilah. Encik Hambali pun mesti sihat juga kan? Kalau tak, takkan Encik Hambali telefon saya, kan?”

“Ah, ye. Saya pun sihat,”

“Alhamdulilah,”

Suasana sepi seketika. Hambali garu kepada yang tidak gatal. Ayat tanya khabar dah basi la, Hambali. Macam mana ni?

“Encik Hambali ?”

“Ye saya,”

“Ada apa-apa lagi yang penting ke?”

“Er, ya. Eh, tak! Eh, bukan!” apa yang aku cakap ni?

Katrina di hujung talian sudah angkat kening sebelah. Apa kena dengan mamat ni?

“Encik Hambali ?”

“Maaf, Cik Katrina. Sebenarnya, saya nak berkenalan dengan awak,”

Katrina mengeluh halus “Itu aje?”

“Itu aje la buat masa sekarang ni… kot,”

“Kot?” suara Katrina sedikit tinggi.

“Habis tu nak suruh saya cakap apa lagi?” laju sahaja kata-kata itu keluar dari bibir Hambali. Katrina di hujung talian sudah tepuk dahi.

“Encik Hambali, saya minta maaf. Sebenarnya awak dah ganggu waktu tidur saya. Dah lewat ni,”

“Dah lewat? Baru pukul 11 malam,”

“Pada awak ia masih awal. Pada saya ia dah terlalu lewat,”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience