Call Girl 8

Romance Series 1321849

Call GiRL 8

___________
| Bab 8 |
___________

Luq bersandar dikerusi pejabatnya. Kerusi itu dipusing ke kiri dan ke kanan.
Matanya dipejam rapat. Pelipisnya diurut.

"aku bayar kau bukan murah tau!
takkan tak dapat cari dia lagi!"

" Tak dapat bos, diaorang macam tahu je kita nak cari Cik Zahra."

"Cari lagi sampai dapat aku tak nak tahu semua tu! Kau buat la macam mana sekali pun !!!" Luq mengepalkan tangannya dengan erat. Luq mendengus. Siapa yang menyembunyikan Zahra. Apa tujuan mereka. Dan paling penting orang itu mesti bukan dikalang orang biasa. Segalanya seperti sudah dirancang Rapi. Pangilan yang diterima Dua hari lepas juga tidak dapat dikesan dimana. Begitu juga nombor yang diguna.

" Baik bos." Lelaki itu terus melangkah ingin keluar dari pejabat itu.

…………………………………………

Terasa seperti dirinya diekori sejak tadi Jasmine berpaling ke belakang. Dia mula keresahan apabila dapat menangkap jelas dua orang lelaki sedang mengekorinya. Langkahnya dipercepatkan ke tempat parking kereta. Tangannya terkocoh-kocoh mengeluarkan kunci keretanya yang berada di beg tangannya. Kawasan disekelilingnya agak sunyi ketika ini. Mungkin sudah hampir tamat waktu peniagaannya.

Beg Tangannya yang berada dibahu ditarik kasar dan tubuh Jasmine ditolak kuat ditepi pintu keretanya.

“Auchhh!” Jasmine merintis sakit.

“TOLONGG!!!!!!!!” Jerit Jasmine. Tubuhnya Sudah ditekan kuat disisi kereta itu.

“ Apa lagi barang yang kau ada bagi kami..” Soal lelaki yang menghimpit tubuh Jasmine.

“Wei kalau dapat lauk depan ni pun sodap beb !” Kata seorang lagi lelaki yang tubuhnya sedikit berisi. Matanya menjamah tubuh gadis itu. Cantik! Bibirnya dijilat.

“betul juga alang-alang dapat barang baik kan.” Tangannya sudah menjalar pada badan jasmine. Jasmine sudah mengigil ketakutan.

“Lepas la !!! Tolong…” Jerit Jasmine. Tubuh lelaki yang sudah melekat pada badannya ditolak.
“Ikut turn okey! Kali ni biar aku rasmi dulu. Kau pergi jaga line.” Arah lelaki itu pada rakannya.Terbuntang mata Jasmine mendengar. Kedua tanganya cuba untuk melepaskan cengkaman.

“Tolong!!!”Jasmine mula menjerit seperti orang gila.Kuat dia meronta untuk melepaskan Diri.

PANG!!!!

Wajah Jasmine ditampar kuat tubuhnya telah ditolak ke belakang bonet kereta.

“HOI ! korang buat apa ha?!” Jerkah satu suara segera dia berlari mendekati mereka.

“Lari wei !” Jerit lelaki yang berada di depan kereta itu dan dia terus lari mengingalkan kawasan itu.

Tanpa membuang masa, Lelaki yang menjerkah tadi terus berlari ke kereta Toyata C-HR itu. Terkaku dia sebaik sahaja melihat tubuh seorang gadis yang mengigil memeluk lutut dengan rambut panjangnya berserabut dan baju kemeja gadis itu terkoyak dibahagian lengan.

“Are u okey miss?” Tangan gadis itu cuba disentuhnya. Terkejut dia bila gadis itu menjerit kuat dan menempis meronta-ronta. Wajah gadis itu sudah dibasahi air mata mungkin masih dalam keadaan trauma dengan apa yang berlaku sebentar tadi.

“Shhhh u are safe now..” Lengan gadis itu dicengkam. Tubuh gadis itu ditarik dalam dakapannya walaupun gadis itu masih meronta. Dia cuba untuk meyakinkan gadis itu.
“Kau selamat shhhh” Ulangnya lagi nadanya mengendur. Tiba-tiba tubuh gadis itu terkulai didalam pelukkannya. Lelaki itu mula tidak senang hati.

“ Miss Hei !” Pipi gadis itu ditepuknya kuat beberapa kali. Melihat tidak ada tindak balas
gadis itu, dia terus mencampung tubuh gadis itu dan dibawa masuk ke keretanya.

Wajah gadis itu dipandang. Bibir yang pucat dan dihujung bibir itu sedikit luka mungkin gadis ini itu ditampar. Melihat pada pakaian yang masih elok cuma teroyak di lengan dan beberapa butang kemeja gadis itu tetanggal dibahagian dada. Kot yang berada di kerusi hadapan bahagian penumpang di capai lalu di letakkan di atas badan gadis itu.
Mujurlah dia berada dikawasan parking itu. Kebetulan dia harus berjumpa dengan rakannya disini. Dia yakin dua orang lelaki itu tidak sempat melakukan apa-apa pada gadis ini.

……………………….

Luq mikail memulas timbul pintu bilik itu pelahan. Setelah pintu itu berbuka dia dapat melihat seorang gadis yang termenung diatas katil. Tubuh itu bersandar merenung kearah TV yang tidak dibuka itu.

“Haii..” Tegur Luq setelah dua jam dia disini akhirnya gadis itu sedar. Dua kali dia melihat gadis itu mengalami ‘serangan panik’ gadis itu sangat ketakutan dan berpeluh-peluh menjerit dan meronta bila ada lelaki cuba mendekatinya.

Gadis itu tersentak apabila disapa suara lelaki. Dia segera memalingkan wajahnya menatap lelaki itu. Satu senyuman diberikan. Lelaki ini menjadi penyelamatnya.

“Nurse dah call nombor yang u bagi tadi..” Luq melangkah masuk kebilik itu.
“U dah oke ?” Soal Luq wajah gadis itu ditatap. Cantik walaupun wajah gadis itu sedikit pucat. Soalan Luq hanya di balas dengan anggukkan dan senyuman.

“Thanks for safe me…” Ujar gadis itu.

“U are welcome..”bibir Luq menarik segaris senyuman. Dia masih berdiri dihujung katil. Nafasnya dia helakan. Selesai membuat laporan polis dia kembali ke hospital untuk melihat keadaan gadis itu. Ingin memastikan gadis itu dalam keadaan yang selamat.Lama mereka berdiam diri.

“You…” Panggil gadis itu.

“ Ye..”

“Ada pen ?” Soanya pada Luq.

“Nak buat apa?” Pelik Luq takkan nak minta nombor telefonnya pula. Berangan kau Luq muka awek ni kemain macam minah salleh tak adanya dia nak kau. Luq tersengih.

“I nak buat cucuk sanggul untuk rambut i..” Gadis itu memandang wajah lelaki itu.

“ Oh jap..!” Luq keluar dari bilik itu. Beberapa saat kemudian dia kembali semula.

“Ta..da..tapi nurse bagi getah pasar je U okey tak?”

“Ok la dari tak ade..” Gadis itu tersenyum tangannya dihulurkan.
Luq berjalan mendekati katil itu. Huluran tangan gadis itu dia biarkan.

“U nak ikat macam mana tangan kanan u terseliuhkan” Ujar Luq.

“ Sini I tolong pusing sikit..” Arahnya. Gadis itu hanya menurut bagus juga lelaki itu memahami. Dia betul-betul tidak selesa.

Luq mengsisir rambut gadis itu yang sedikit kusut mengunakan jemarinya, mungkin kesan dari pengelutan tadi.

“ I jasmine..”Jasmine memperkenalkan dirinya.

Tangan luq terhenti seketika bibirnya menarik senyuman.
“ Luq.. Luq mikail… OK dah siap rambut u..” Ujar Luq dia mengikat rambut gadis itu dengan satu ikatan dan sangat kemas.

“Selesa tak ke ketat sangat..” Soalnya pada Jasmine.

“Selesa thanks luq.. Pandai u ikat rambut macam hair stylist je..”

“ I selalu ikat rambut someone..” Luq senyum memandang jasmine.

“Who ?” Soal Jasmine tanpa sedar.

“Someone Special for me..”

“Hummmm..” Jasmine tersenyum hambar.

Tiba-Tiba pintu itu ditolak dari arah luar, dan 3 orang lelaki mendekati masuk ke dalam bilik itu.

“ Minn..” Jasmine terus memalingkan wajahnya.

“Carlos why are…?” Tanpa sempat Jasmine menyoal terus Carlos memeluknya. Luq sudah terpinga-pinga melihat adengan itu. Setahunya Jasmine memberi nombor parentsnya pada jururawat itu. Macam mana lelaki ini boleh berada disini. Dan apakah hubungan mereka. Adakah Jasmine Isteri kepada lelaki itu. Melihat kerisauan lelaki itu dia bertambah yakin.

“Oh my jasmine! Thanks god u safe her!” Jasmine tersenyum dalam pelukan itu, Pelahan dia menolak sedikit tubuh carlos.

“U masih pedulikan I carlos..” Soalnya lembut. Manakala Carlos sudah mendengus.

“Terima kasih pada lelaki tu.. his safe me.” Jasmine meleretkan matanya dengan senyuman. Carlos memusingkan sedikit wajahnya. Dia baru perasaan saat ini ada seorang lelaki juga berada didalam bilik itu.

“ Thanks for… Luq !?” Soalnya tanpa habis mengucapkan terima kasih.

“Ya Mr. Rayyan.” Luq memaniskan wajahnya.

“Terima kasih sekali lagi kau bantu aku..” Luq dan Carlos berjambat tangan.

“Sama-sama kalau tak ada apa-apa saya gerak dulu..” Luq meminta diri.
“ Mika…” Panggil Jasmine. Berkerut dahi Luq bila nama ‘Mika’ dipanggil. Wajahnya berpaling menatap wajah Jasmine.

“Terima kasih jadi penyelamat I hari ni.. may Allah blessing u mika..” Lembut Jasmine berkata. Matanya menatap wajah lelaki itu. Bibirnya menarik senyuman manis.
Luq hanya mengangguk dan berbalas senyum terus dia melangkah keluar dari bilik itu.

……………………………………………………

“Carol” Riang Zahra memanggil anak kecil itu yang leka bermain dengan senyuman.
Carol berpaling apabila melihat Zahra. Tangannya terus didepakan meminta didukung.

“Na mummy..” Ujarnya pada Zahra. Mata itu bersinar memandang gadis itu. Tanpa membuang masa tubuh kecil itu didukung dan membawa si kecil itu ke sofa ruang tamu.

Carlos yang baru pulang ke rumah, Melangkah masuk ke dalam rumah itu. Melihat ruang tamu yang masih terang itu dituju. TV yang masih terpasang dan Duan orang kesayangannya sudah berlayar dibawa mimpi. Carlos tersenyum senang. Remote control dicapai lalu TV ditutup.

Zahra membuka matanya bila terasa dirinya diangkat. Melihat wajah lelaki itu sangat dekat pada wajahnya. Dia bergerak sedikit minta untuk turunkan.

“Carlos..”

“Shhh.. Jangan gerak love nanti kau jatuh.” Suara itu berbisik ditelinganya sangat lembut.

Carlos menolak pintu bilik Zahra perlahan-lahan supaya terbuka mengunakan kakinya. Dia berjalan menhampiri katil dan lembut tubuh Zahra diletakkan, Selimut ditarik menutupi tubuh gadis itu. Kemudian dia mengucup dahi dan pipi itu sebelum melangkah keluar.

“Good night love..”

Sejak dia memilih untuk menikahi Zahra, gadis itu meminta untuk tidur di bilik berasingan. Dan memulakan semula perkenalan mereka. Itu pemintaan Zahra jika dia setuju menikahinya.

…………………………………………………………..

Jam 3 pagi Zahra terjaga dari lenanya. Dia melangkah ke dapur. Gelas kosong diambil dan air coway sejuk.

Pak !

Tubuh Zahra terhenjut apabila mendengar bunyi itu. Wajahnya berpaling ke belakang. Matanya melihat sekeliling yang masih gelap. Dia mula menyumpah kerana tidak membuka lampu tadi.

“ Siapa tu ?” Dia mendekati laci meja dapur. Laci dibuka barang pertama yang dicapai ada la sudip kayu. Dia bulu romanya sudah naik.

Pak!

Ya Allah. Sekali lagi bunyi itu menganggu pendengarannya.Segala doa telah dibaca didalam hati.

“Jangan main-main boleh tak!” Jerkah Zahra dia cuba memberanikan diri. Tanpa menunggu Zahra terus bejalan keluar dari dapur itu tangannya masih elok memegang sudip kayu malah digengam kemas.

“ HAH !”

“MAK!” Jerit Zahra apabila terasa pinggangnya pegang dari arah belakang.Tanpa mampu berfikir panjang Zahra berpalingkan tubuhnya lutut kakinya diangkat tinggi dan tangan yang memegang sudip kayu itu dia hayunkan.

BUK!
“Arghh!”
BUK!
BUK!

“Love it me..” Terhenti Zahra. Dia terus berlari membuka lampu. Terbuntang matanya melihat Carlos terbongkok menahan sakit. Ya Allah kuat sangat ke tendangannya tadi.

“Carlos.. aku.. sa..ya hurmm sorry sumpah tak sengaja” Rayunya cemas.

Carlos duduk mencangkung kakinya dikepit rapat wajahnya sedikit berpeluh.Kena sepak dibahagian yang amat berharga bukan perkara biasa-biasa boleh hilang kesuburannya. Sepakkan yang sangat padu dan tepat. Semoga dia mampu mempunyai Zuriat.
“Carlos.. U okey?” Hilang sudah ‘AKU KAU’ Zahra tika ini bila melihat manik peluh didahi lelaki itu.

“Im not okey love..” beritahunya pelahan. Pukulan sudip itu tidak la menyakitankan dirinya. Tetapi tendangan itu.. Siapa sahaja akan okey! Hilang macho pun tak apa sakit teramat wei!.

“Maaf I ingat ….?”

“ Kau memang tak nak anak dengan aku ke Zahra?” Soal Carlos sambal memandang Zahra. Zahra menunduk soalan apa yang ditanya lelaki ini. Tetapi perasaan bersalah semakin menebal bila melihat wajah lelaki itu sedikit berkerut.

“Sakit ?” Soal Zahra dia merapati Carlos yang sudah bersandar di Island table itu. Peluh didahi lelaki itu dilap mengunakan tapak tangannya. Carlos hanya diam menatap wajah gadis itu.

“Sorry I ingat ada pencuri tadi.”

“Pencuri? Rumah aku ini ada yang jaga diluar Zahra…” Zahra menundukkan kepalanya.

“I ingat hantu ye la kan dah awal pagi macam ni..”

“ Hantu Serius love?.. Ini hantu nak terkam kau.” Tubuh Zahra ditarik didalam dakapannya.Sedikit demi sedikit hilang rasa sakit itu. Kepalanya dilentokkan pada bahu gadis itu.Segala masalahnya hilang seketika. Dia memejamkan mata.

“Dah okey.?” Hampir 10 minit akhirnya Zahra bersuara. Dia dapat mendengar keluhan lelaki itu.Carlos mengangguk. Pelukan tadi dilepaskan.

“I feel better now Thank you love..” Ciuman dilabuhkan pada dahi Zahra sebelum dia bangun berdiri Pelahan-lahan. Dia ke dapur bila melihat Zahra melintasi bilik kerjanya. Langkah Zahra di ikuti. Siapa sangka usikannya memakan diri.

Zahra hanya memandang permergian lelaki itu dengan ekor matanya. Sejak akhir-akhir ini Carlos banyak mengelak bila bertembung dirinya.Setelah sisi lamaran itu dipersetujui. Seharusnya dia patut gembira kerana dia yang meletakkan jarak antara mereka untuk perbaiki hubungan itu dan membina hubungan yang baru tetapi perasaan yang dia rasa kini… Dia keliru.. Nafasnya dihelakan. Pelahan-lahan dia bangun. Lampu di tutup kembali dan dia terus menaiki anak tanga naik ke biliknya.

you are my most beautiful gift! Thanks for always reading my work [^^,]

Share this novel

chubs chubaka
2022-01-05 16:00:22 

i will follow u... wink!

Nur Azlina
2021-09-24 10:34:06 

tq update nak lagi best cerita ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience