BAB 5

Family Completed 18216

“Empat perkara yang awak kena ikut selepas kita berkahwin nanti.”

Ujar si Taufik ketika aku bertanya padanya tentang harapannya terhadap perkahwinan kami nanti. Tidak disangka, lain yang aku harapkan lain pula jawapan yang aku terima.

“Hmm… apa dia?”

Soalku tidak sabar.

Sambil membayangkan jawapan yang indah-indah dan kedengaran romantis akan terlahir dari bibir lelaki berkulit putih bersih itu.

“Pertama, awak tahu kan emak saya tak ada anak lelaki lain. Saya sorang je anak lelaki dia. Ayah saya pulak dah tak ada. Jadi, saya nak dia tinggal dengan kita bila kita dah kahwin nanti. Kedua, setiap tahun, raya pertama mesti disambut di rumah saya dulu. Raya kedua, baru kita balik rumah mak bapak awak. Sebab itu permintaan emak saya dari dulu lagi. Lagipun, mak saya mesti sedih kalau pagi raya saya tak ada dengan dia. Ketiga, anak pertama kita nanti, namanya saya mahu emak saya yang tentukan. Dan kalau boleh, biarlah semua anak kita nanti lelaki, sebab anak perempuan ni orang kata susah nak jaga. Dan yang terakhir sekali. Perkara paling penting… lepas kahwin nanti saya tak mahu awak kerja. Saya nak awak duduk rumah saja jaga emak saya… insyaa Allah Rita… awak akan jadi isteri yang solehah.”

“Oh…”

Ucapku selepas terdiam beberapa ketika.

“Tak banyak pun permintaan saya, Rita. Itu saja yang saya mintak dari awak. Insyaa Allah, saya akan cuba bahagiakan awak dengan segala apa yang saya ada. Saya nak awak jadi isteri yang solehah. Ramai isteri zaman sekarang, semuanya pilih neraka dari syurga. Diorang lebih utamakan mak bapak sendiri dari mak bapak mertua mereka. Diorang buat suami mereka macam hamba. Nauzubilah…”

“Oh… ya ke? Mana awak tahu?”

“Emak saya selalu cerita. Dia tak nak saya cari isteri macam tu. Sebab tu mak saya setuju nak jodohkan saya dengan awak.”

“Tapi mak awak tak kenal saya pun, Taufik.”

Ujarku hairan.

“Ya… memang tak kenal. Tapi mak saya kenal mak awak. Mak awak selalu cerita fasal awak. Mak awak cakap, awak tak pernah melawan cakap orang tua. Tak pernah meninggi suara dan awak akan ikut saja apa cakap mak bapak awak sejak kecil. Sebab tulah… saya setuju bertunang dengan awak. Saya memang nak cari isteri yang macam awak ni. Isteri yang mendengar kata, tak banyak cakap, tak banya komplen. Dan saya tahu, pilihan emak saya memang tepat.”

Ya… ya…

Isteri yang tak banyak cakap dan mendengar kata. Begitu rupa-rupanya isteri idaman lelaki bernama Taufik ini. Entah bagaimana definisi isteri solehah bagi si Taufik ini agaknya pun aku tidak tahu. Apakah isteri yang berkerja itu bukan isteri yang solehah? Apakah isteri yang hendak merasa beraya hari pertama di rumah orang tuanya sendiri itu tidak solehah? Apakah isteti yang tidak mahu tinggal bersama mertua itu juga bukan isteri yang solehah. Dan isteri yang tidak mampu melahirkan anak lelaki itu juga bukan isteri yang baik di mata Taufik dan mereka semua merupakan calon-calon ahli neraka?
Ah, kalau begitu, hampir semua isteri di dalam dunia ini bukanlah isteri yang baik termasuk emakku sendiri. Kerana emakku dahulu tidak tinggal bersama merrtua. Tidak berhenti kerja walaupun selepas mempunyai anak. Dan emak juga tidak melahirkan anak lelaki untuk ayahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience