BAB 3

Family Completed 18216

Kenapa? Mesti ada sebab, bukan?

Ya. Memang ada sebab musabnya. Dan sebab musabab itulah yang emak dan ayah tidak pernah tahu sampai sekarang. Dan aku pula berat mulut untuk bercerita kepada mereka. Tiada jodoh antara kami adalah jawapan yang paling tepat mengapa aku dan Taufik putus tunang. Yang penting, Allah tahu apa yang aku lakukan.

“Umur kau tu dah tiga puluh satu, Rita. Kalau bukan sekarang bila lagi? Kawan-kawan kau semuanya dah beranak pinak. Kawan kau si Wana tu, anak dah tiga. Dengar-dengar dah nak masuk empat dah. Engkau? Boyfriend pun tak ada lagi!”

“Dah rezeki diorang mak”

“Senang je jawapan kau, kan? Tak ada jodoh, tak ada rezeki. Yang kau dulu tiba –tiba putuskan pertunangan kau dengan si Taufik tu kenapa? Kalau kau ada orang lain, mana dia? Tunjukkan mak, mak nak tengok.”

Alahai emak. Aku menarik nafas perlahan-lahan. Terasa sukar hendak menarik nafas tiba-tiba apabila emak terus menggasakku dengan pelbagai soalan. Aku tahu, memang salah aku kerana tidak berterus terang dengan emak kenapa aku memutuskan pertunanganku dengan Taufik dulu. Tapi, salah emak juga yang pandai-pandai hendak menjodohkan aku dengan Taufik tanpa menyelidik dahulu siapa lelaki itu sebenarnya.

Dan salah aku pula, kerana menerima jodoh yang emak pilih tanpa bertanya apa-apa. Sedangkan niatku sebenarnya baik. Mahu menggembirakan hati emak dan ayah yang nampak seperti berkenan benar dengan si Taufik itu. Dan aku berpegang kepada kepercayaan orang tua-tua, bahawa pilihan orang tua itu lebih berkat dan lebih bahagia.

Tapi mungkin aku silap. Tidak semua jodoh yang dicari oleh ibubapa itu menjamin bahagia. Kita sebagai anak jua berhak menentukan jodoh kita sendiri. Cuma buat masa sekarang, aku memang tidak mempunyai sesiapa. Aku tidak mencintai sesiapa. Dan hatiku belum terbuka untuk sesiapa. Namun emak masih tidak dapat menerima hakikat bahawa Taufik itu bukan jodohku. Entah kenapa…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience