Rate

Bab 6

Short Story Series 2023

Di pasar mini, aini segera mencapai surat khabar. Pagi yang dingin dengan suhu -20°C benar-benar mencengkam tulangnya. Dia membuka ruangan berita dunia. Matanya ligat mencari berita mengenai Malaysia. Biarpun sebelum ini dia jarang membeli dan membaca akhbar, tetapi sejak berada di perantauan, dia tidak pernah ketinggalan walaupun sehari. Tidak ada berita yang lebih menarik perhatiannya melainkan cerita tentang Malaysia dan negara-negara Asia Tenggara. Rasa terubat sedikit rindu di hati jika terbaca sesuatu yang dekat pada dirinya. Malangnya, hari ini tiada berita yang dicari. Aini rasa hampa. Dia menyeka rambutnya yang menutupi dahi. Lalu tangannya menyentuh pipi. Terasa panas dan badannya pun rasa tidak selesa. Mungkin dia demam kerana rindukan kampung halaman terutama ibu bapanya.

Sudah dua bulan dia berada di New Zealand. Sekali pun tidak pernah dia mengirim khabar berita buat emaknya di kampung. Semua ini gara-gara larangan keras Amirah. Kata kakaknya itu, jangan dilayan rasa rindu kalau hendak hidup berjaya di negara orang.

Bill telephone pun tinggi sebab itulah dia melarang aini membuat panggilan ke Malaysia. Aini terpandang poskad di kaunter pembayaran. Dia menyeluk poket. Sedikit wang New Zealand yang ditukar di Malaysia masih belum terusik. Dia kemudiannya membeli poskad dan setem. Mencoretkan kata-kata ringkas buat tatapan emak dan ayahnya. Aini tidak memberikan alamat penuhnya kerana bimbang kalau emaknya membalas. Hal itu pasti akan mengundang kemarahan amira. Dia mempunyai perancangan lain. Lantas, dia membeli lagi beberapa keping poskad dan setem lalu disimpan di dalam begnya.

"Cepat! Angkat barang-barang ni ke dalam kereta. Kita dah lewat!" sergah Ahmad yang tiba-tiba muncul dari belakang. Berderau darah aini kerana bimbang andai Ahmad ternampak dia membeli poskad. Tetapi lelaki itu berlagak biasa dan tidak menunjukkan tanda-tanda curiga. Sudah lebih tiga minggu dia membantu Ahmad di restoran kerana amira mengalami alahan.

"Saya buat sekarang! " balas aini separuh melaung sambil melemparkan senyuman kepada juruwang di situ. Gadis bermata hijau itu kelihatan mesra dan ramah. Mereka sering bertegur sapa setiap kali aini datang ke situ. Tidak sampai lima minit, kerjanya selesai. Semua barang sudah dipunggah ke dalam kereta. Tanpa banyak bicara, Ahmad menghidupkan enjin kereta. Aini segera melabuhkan punggungnya di sisi ahmad.

"You are very helpful. Syukran! "(Awak sangat membantu. Terima kasih!)

Aini tersentak. Tidak pernah abang iparnya berkata begitu sejak dia tinggal bersama. Apakah maksud kata-kata itu? Adakah benar-benar ikhlas atau sekadar hendak menduga?

" Saya perlu bekerja untuk menampung hidup saya di sini. Sebab itu saya bantu abang dan kak long."

" Ya. Kamu jagalah kakak kamu dengan baik. Saya terlalu sibuk."

" Saya faham. Abang jangan risau. Saya akan cuba yang terbaik," balas Aini.

" kamu gadis yang sopan.Tak macam kaklong kamu. Hinggakan saya fikir kamu berdua lahir daripada rahim yang berbeza."

Aini tertawa halus. " kami memang berbeza, tapi kak long sebenarnya baik hati. cuma, mulut dia saja yang agak lancang.

" Saya tak suka wanita bermulut lancang. wanita sepatutnya tahu mengawal lidah kalau mahu suami terus setia."

" kalau abang berlembut, kaklong mungkin akan berubah. abang kena bersabar dengan karenah die."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience