Rate

Bab 2

Short Story Series 2023

Hari ini, hari terakhir aini berada di Malaysia. Dia akan berlepas ke New Zealand bersama kakak dan abang iparnya beberapa minit sahaja lagi. Hajah Hasmah sedang menahan sendu. Dia kecewa kerana aini termakan pujuk rayu kakaknya. Malah, di luar pengetahuannya, aini sudah membuat pasport sebaik sahaja menerima surat daripada amira sebulan yang lalu. Mulut Haji Basir pula bagaikan terkunci. Hanya bibirnya sahaja sesekali bergerak-gerak seolah-olah mahu melepaskan rasa tidak puas hati terhadap tindakan aini.

"Abah, aini takkan pergi lama. Lepas aini selesai sambung belajar nanti, aini baliklah. Abah jangan risau. "Kata-kata itu disambut sepi oleh Haji Basir. Ternyata dia benar-benar kecewa. Dulu amira, sekarang aini pula yang akan pergi. Dia langsung tidak menyangka bahawa buah hati pengarang jantungnya mahu pergi meninggalkannya dalam sekelip mata. Tiada apa lagi yang tinggal buat mereka di sini.

"Aini, kau aja harapan mak. Kenapa kau nak tinggalkan mak dan abah macam ni? "Soal Hajah kasmah dalam deraian air mata. Dia tidak mampu menahan kesedihan.

"Mak, aini yakin yang pendapat kaklong tu betul. Aini perlukan pengalaman yang lebih luas dan mencabar untuk berjaya. Aini rasa memang aini patut pergi. Mak jangan salahkan kaklong dalam hal ini. Aini memang rela."

"Kau kan tau yang kau tak boleh sebumbung dengan kakak kau tu. Tapi, kenapa kau sanggup nak tinggal dengan dia? Jauh kat negara orang pulak tu!"

"Mak, kami dah besar. Takkan nak gaduh. Macam dulu lagi. Bila dah jauh daripada mak dan abah, tentulah kaklong akan ambil berat tentang aini. Mak jangan risau, ya, "tegas aini penuh yakin lantas memeluk kedua ibu bapanya itu. Amira hanya melihat dari jauh. Hatinya resah. Semakin lama dia berada di rumah itu, semakin dirinya rasa terasing. Ibu bapanya langsung tidak menunjukkan rasa rindu padanya. Sebaliknya, renungan Haji basir seolah-olah membayangkan prasangka terhadapnya. Memang dia berkecil hati melihat sikap ibu bapanya yang masih dingin terhadapnya. Tapi, dia masih mampu tersenyum kerana telah berjaya meyakinkan aini agar mengikutnya.

Pang!

Semua mata tertumpu di ruang tamu. Kaca berderai di kaki Imad. Manakala skrin televisyen pula retak. Di tangan Imad ada kayu hoki milik aini. Hajah Hasmah meluru ke arah cucu sulungnya itu. Matanya buntang. Pasu kristal kesayangannya hadiah daripada persatuan penduduk yang diletakkan berhampiran televisyen sudah lebur. Peti televisyen yang baru dibeli itu juga turut musnah. Hatinya panas. Inilah bala yg dibawa oleh amira. Sejak amira pergi dulu, rumahnya aman damai. Kali terakhir barang rumahnya rosak ialah sehari sebelum amira mendaftar di maktab. Haji basir yang berkeras dengan keputusannya menyebabkan amira mengamuk dan membaling pemberat kertas ke arah almari hiasan. Kini, kejadian yang sama berulang lagi tetapi dilakukan pula oleh anak Amira. Dengan nada nyaring, Hajah Hasmah menengking, "keluar sekarang! Sebelum banyak lagi harta benda aku kau ranapkan!"
Terkebil-kebil Imad memandang wajah neneknya yang sedang menyinga itu. Dengan gigi yang sudah rompong di depan pada tanggapan Imad, Hajah Hasmah kelihatan seperti badut tua yang sedang cuba menghiburkan hati penonton. Kanak-kanak berusia tiga tahun itu menyeringai. Barisan giginya yang putih bersih menambahkan lagi manis wajah si anak. Anak kacukan Arab-Melayu ini mempunyai lesung pipit di kiri dan kanan pipinya. Saiz tubuhnya lebih besar daripada kebanyakan kanak-kanak malaysia yang sebaya dengannya. Tetapi itu semua tidak mampu meredekan bahang di dalam hati Hajah Hasmah. Wajah yang comel sahaja tidak mampu membeli jiwanya walaupun dulu dia begitu bangga dengan amira yang lebih cantik daripada aini. Malangnya, sikap amira yang terlalu dimanjakan telah memakan diri. Dia membesar menjadi anak yang bongkak, degil dan sombong. Sikapnya yang terlalu mengejar kebendaan turut menyebabkan dia tergoda dengan tawaran Aziz, ahli perniagaan yang baru berhijrah ke negara gunung berapi itu.

"Imad, kan umi dah pesan jangan usik barang-barang nenek!"suara amira memecah ketegangan sambil mengerling ke arah abahnya yang sudah tercegat di situ.

"Lebih cepat kamu berambus, lebih senang hati aku!" kata-kata yang keluar daripada mulut seorang bapa itu memang melukakan hati amira. Namun, dia tega menelannya. Dia tahu dia bersalah, tetapi dia tidak mahu beralah.

"Imad, Iman, mari kita pergi. Rumah ni takkan bahagia kalau penghuninya masih tak nak berubah!" amira melepaskan rasa yang terbuku. Dia tidak mahu kebencian terhadapnya diturunkan pula kepada anak-anaknya. Dia sedar anak-anaknya nakal, tetapi ibu bapanya tidak boleh memarahi kedua mereka begitu. Hatinya semakin panas dan dia tidak teragak-agak membuat serangan balas untuk menyakitkan hati ibu bapanya. Lalu terkeluarlah kata-kata yang amat pedas untuk ditelan oleh suami isteri tua itu.

"Amira bersumpah takkan pijak lagi rumah yang dah macam neraka ni! " yang pasti, dia berpuas hati kerana berjaya melarikan ' kebahagiaan ' kedua orang tuanya iaitu aini. Dia yakin selepas ini, kedua mereka tidak akan senang duduk. Saat itu, barulah mereka akan sedar bahawa sikap mahu mengongkong anak-anak adalah salah sama sekali. Pasti juga mereka akan sedar bahawa anak yang baik seperti aini pun sanggup melawan kehendak orang tua kalau terlalu dikongkong. Amira tersenyum sendirian. Senyum kemenangan!

Sesetengah jam berlalu. Teksi sudah pun membawa pergi amira sekeluarga bersama aini. Meninggalkan Haji basir dan Hajah Hasmah terkulat-kulat memandang siling lepa yang indah dibentuk. Apakah ertinya meniti hari-hari tua tanpa anak yang taat di sisi? Rumah banglo setingkat itu ternyata akan terus sepi. Air mata Haji basir berguguran. Memang sejak mendapat serangan angin ahmar tiga tahun lalu, dia menjadi amat sensitif apatah lagi dengan tangan kirinya yang lumpuh. Tetapi Haji basir rajin membuat terapi dan tangannya sudah dapat digerakkan walaupun Agak lama. Isterinya pula masih terpaku. Bagaikan tidak percaya tentang pemergian aini, buah hati pengarang jantung mereka. Patutlah beberapa minggu lalu dia ada mengalami mimpi pelik. Dalam mimpi itu, sapu tangan sutera kesayangannya tiba-tiba hilang diterbangkan angin. Lantas, dia bercerita kepada Mek Nab, rakan karibnya yang meminta dia berhati-hati.

"Kalau boleh, jangan biarkan ada orang lain datang menggangu keharmonian rumah tangga Kak Mah. "Itulah yang dikatakan oleh Mek Nab. Kini barulah Hajah Hasmah teringat semula. Meskipun semua itu sekadar kebetulan, tetapi kenyataan sedang bermain di depan mata.

"Menyesal Mah benarkan amira tinggal di sini dan pujuk aini. Kalau kita halau aje dia haritu, kan ke baik? Dia tak akan berjaya pujuk aini," dahlah tu bang, awak nangis pun tak guna. Aini dah pergi. "Haji basir mengesat air mata dengan tuala good morning yang sentiasa tersangkut di bahunya. Dia begitu terkilan. Ternyata, aini tega mengikut jejak langkah kakaknya yang terlalu mementingkan diri sendiri. Sanggup meninggalkan ibu bapa yang sudah tua demi mencapai kehendak hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience