Rate

Bab 3

Short Story Series 2023

Kapal terbang yang membawa penumpang dari KLIA ke Auckland ,New Zealand terus meluncur laju membelah ruang Angkasa. Amira memang tidak akan menyerah kalah. Dia akan berusaha mengikut kehendak hatinya hingga ke titisan keringat yang terakhir. Mungkin kerana itulah membuatkan dia masih setia menabur bakti kepada Ahmad walaupun lelaki itu tidak melayannya dengan baik. Selain status sebagai isteri, kedudukan amira tidak ubah sebgai kuli di Paradise. Dia terpaksa bertugas di dapur selain menguruskan anak-anak. Manakala Ahmad pula sering memarahi dan memukulnya jika dia melakukan perkara yang tidak disenangi termasuklah berbual dengan pelanggan lelaki. Keadaan di rumah amira pun agak huru-hara. Sudahlah anak-anaknya nakal, Ahmad pula selalu menimbulkan masalah kerana bersikap mata keranjang dan sering mengganggu pembantu rumahnya. Malah, perniagaan mereka pun tidak begitu maju akibat masalah pekerja dan sikap sambil lewa Ahmad. Dan kerana itulah, dia bersungguh-sungguh membawa adiknya ke sana. Sekurang-kurangnya, dia tidak perlu risau tentang gaji atau kemungkinan aini lari kerana dia tahu adiknya itu tidak akan bersuara atau bertindak yang bukan-bukan. Aini hormatkannya. Amira tersenyum puas. Selepas ini, dia berharap agar Ahmad tidak akan memukulnya atau sengaja membuat perangai kerana tentu suaminya itu malu pada aini. Anak-anaknya pun akan lebih terjaga. Tugas itu akan disempurnakan oleh aini yang memang cekap mengendalikan kanak-kanak. Dulu, sewaktu ibunya mengambil upah menjaga anak orang(babysitter), aini yang banyak membantu, sedangkan dia sering mencuri tulang. Sudah dua jam mereka berada di dalam pesawat. Dalam cahaya suram, amira melihat Ahmad dan anak-anaknya sudah lena. Manakala aini yang duduk di sebelahnya masih lagi gelisah. Mungkin berasa janggal dan bimbang kerana pertama kalinya berada di dalam pesawat. Sesekali pesawat bergegar kerana menentang awan tebal dan angin kencang. Pramugari dan pramugara lalu-lalang untuk memeriksa keadaan penumpang. Layanan yang mesra sentiasa diutamakan sebagai ganjaran pada harga tiket yang mahal harganya.

"Kaklong, lama lagi ke nak sampai?'
Soalan naif aini menerjah ke gegendang amira.

"Lama lagi. Duduk diam-diam je. Tidur atau tengok video kalau bosan. Tak pun baca novel nie.

"Tak bolehlah. Aini takut."

"Nak takut apa? Takut terhempas? Kalau nak mati, kat mana-mana pun boleh mati."

"Tapi kalau dah daging bercerai daripada badan, macam mane nak dikebumikan?

"Tahulah pakar DNA tentukannya. Dahlah... Jangan nak fikir yang bukan-bukan. Dah berjuta-juta manusia turun naik pesawat. Yang terhempas, boleh dikira dengan jari aje. Di jalan raya tu lagi banyak kemalangan."

"Kaklong dah biasa naik pesawat, bolehlah cakap macam tu, "balas aini dengan nada merungut. Amira melepaskan keluhan berat. Kalaulah aini tahu yang ini adalah kali ketiga dia menaiki pesawat, tentu aini terkejut. Sejak datang ke New Zealand dan berkahwin dengan Ahmad, belum pernah lagi mereka menziarahi sanak saudara Ahmad di Palestin ataupun pergi melancong ke negara lain. Hidupnya hanyalah di dapur restoran dan rumah. Inilah kali pertama Ahmad datang ke Malaysia dan itu pun semata-mata untuk menjemput aini. Jika tidak jangan diharap Ahmad akan melayan kehendaknya. Selama ni, dia cuma berpura-pura bahagia sedangkan hidupnya merana. Ahmad benar-benar telah mempergunakan tulang empat keratnya untuk meraih keuntungan. Semua tanggungjawab terbeban di bahunya. Ahmad sering mengingatkannya hidup sebagai perantau perlu bekerja keras. Tapi, ahmad bukan perantau. Dia adalah rakyat New Zealand kerana datuknya telah lama berhijrah ke negara itu. Tetapi, ayahnya telah pulang bersama ibunya me Palestin tahun lalu. Mungkin sebab itulah ahmad cuba mengambil kesempatan ke atasnya sedangkan dia sendiri lebih banyak membuang masa dan berfoya-foya dengan rakan-rakannya. Sambil melayan mata yang mulai mengantuk, amira mengimbau kembali kenangan silamnya. Perkahwinannya dengan ahmad bukan semata-mata kerana cinta sebaliknya kerana dia mahukan tahap pemastautin tetap. Ini kerana bekas majikannya, Aziz sudah berpindah ke Dubai dan meninggalkan dia terkontang-kanting di situ. Ketika itu, Ahmad benar-benar menunjukkan rasa simpati dan mengambil berat terhadap dirinya yang tinggal sebatang kara. Keadaan itu menjadikan mereka saling perlu memerlukan dan terus mengambil keputusan bernikah walaupun masih baru berkenalan. Amira menoleh ke arah aini yang tersandar di kerusi. Dia tahu adiknya itu sedang berdebar-debar memikirkan apa yang bakal ditempuhnya sebaik sahaja menjejakkan kaki ke bumi New Zealand. Bukan dia tidak kasihankan aini, tetapi kalau dia memberi muka pada adiknya itu, bererti dia mambenarkan dirinya dipermain-mainkan oleh perasaan sendiri. Bukankah antara tujuan dia membawa aini adalah untuk mengajar ibu bapanya? Rasa sakit hati bila mengenangkan kemarahan kedua mereka masih terbuku. Jadi, dia tidak boleh berbuat baik kepada aini. Biarkan aini menangis dan menderita, baru puas hatinya!

'Kalau aku dicap anak derhaka, aku akan pastikan yang aini pun akan buat macam tu. Baru padan muka di orang!' amira mengepam iltizam yang jahat demi sebuah dendam yang belum terlerai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience