Rate

Bab 5

Short Story Series 2023

Ahmad terus mencapai kunci kereta lalu meninggalkan keluarganya yang masih keletihan. Alasannya hendak ke restoran, tetapi sebenarnya dia ada tujuan lain. Dia terus memandu ke Rotorua melalui Bombay Hills, Waikato Valley dan Hamilton City.

Bandar ini merupakan bandar pelancongan yang terkenal di New Zealand dan telah memenangi gelaran 'Bandar Tercantik New Zealand' sebanyak tiga kali daripada empat tahun pertandingan. Antara tempat yang menarik ialah Waitomo Caves. Gua yang masyhur di seluruh dunia dengan formasi batu kapur dan cavens panjang yang terbentuk sejak berjuta-juta tahun lalu.

Dua setengah jam memandu bagaikan tidak terasa kerana seseorang sedang menantinya di sana. Dia ada temu janji dengan pemilik restoran yang hendak menjual restorannya itu. Tetapi yang lebih penting, dia sudah tidak sabar hendak bertemu dengan gadis broker hartanah yang sudah mencuit hatinya itu. Sebab itu, dia resah sebaik sahaja tiba di lapangan terbang tadi kerana gadis itu sudah lama menantinya di Rotarua.

Sebaik tiba di Hotel Millennium yang terletak di Jalan Henimaru, seorang gadis menyambutnya mesra. Ada senyum di bibir gadis itu. Dia tidak menyangka yang Ahmad sudi menempahkan bilik untuknya, sedangkan perbincangan dengan pelanggan bakal berlangsung di coffee house hotel tersebut. Pendek kata, Marion tidak memerlukan bilik langsung kerana rumahnya pun tidak berapa jauh dari situ. Tanpa dipinta, Marion memaut lengan sasa Ahmad sambil melentok manja di bahu lelaki itu. Ahmad menjeling sambil tersenyum. Dia bangga kerana tanpa perlu banyak bicara, Marion memahami kehendaknya. Itulah ciri-ciri yang membuatkan hati Ahmad terus terpaut dengan gadis itu. Apatah lagi dengan aksi-aksi manja yang tidak menjemukan. Sedangkan ketika bersama amira, fikirannya sering berserabut kerana isterinya itu terlalu mengekang pergerakannya. Keberanian Marion membuatkan Ahmad tidak cuak menjalin hubungan dengannya. Marion seorang gadis yang tahu membalas budi. Perbincangan Ahmad dengan pelanggan pada hari ini adalah hasil usaha gadis manis itu.

"Aku takut kalau orang ni tak jadi jual retorannya."

"Jangan risau, sayang. Hutangnya keliling pinggang. Dia perlu lepaskan beberapa asetnya untuk melangsaikan hutang. Aku sudah selidik latar belakangnya. Kau cuma perlu teliti dokumen ini sebelum berjumpa dengannya. Aku yakin kau akan mendapat harga yang terbaik."

Ahmad tersenyum lega. Dia pun bukan banyak wang. Dalam simpananya cuma ada wang pendahuluan sahaja. Manakala selebihnya, dia akan memohon pinjaman bank. Itu pun Marion sudah berjanjji untuk membantu melalui kenalannya, seorang pengurus bank di Auckland. Yang perlu ada sekarang ialah dokumen perjanjian jual beli.

Gadis seperti Marion tidak mahu terikat, sebaliknya dia mahu terbang bebas seperti burung di Angkasa. Jangan ada yang mengongkong. Itulah yang menjadi kepantangannya. Tapi, bebas bukan bererti melakukan hubungan dengan lelaki semborono. Malah, sehingga kini dia belum menemui calon suami yang sesuai.

"Terima kasih, sayang. Kalau kau tak bantu, tak mungkin aku akan dapat kembangkan perniagaan ini. Maklumlah bukan senang nak berniaga dalam keadaan ekonomi sekarang."

"Bukankah aku ada kata... Serahkan saja pada aku. Tahulah apa yang perlu dibuat. Aku tolong sebab aku kagum dengan kesungguhan kau untuk berniaga. Semuanya datang daripada semangat kau sendiri. Bukan aku."

"Marion, pukul berapa orang tu datang?" tanya Ahmad sebaik melangkah ke tingkat 14.

"Dua jam lagi. Kita ada banyak masa lagi, sayang."

"Kau jangan goda aku, Marion.. "

"Terpulang. Tapi aku nak ingatkan kau. Lepas jam 4.00, aku kene ke Queenstown. Aku akan sibuk sepanjang minggu ini. Sampailah Ahad depan baru aku free dari jam 2.00petang hingga 7.00malam, " jelas Marion.

"Aduh... Nampaknya masa yang ada tidak patut dipersia-siakan. " Ahmad terus dilambung perasaan. Ada kalanya dia mengesyaki yang Marion merupakan wanita simpanan lelaki kaya tetapi sepanjang mereka bersama, tidak pernah pula Marion dihantui rasa takut atau cemas. Gadis itu bebas ke mana sahaja pada bila-bila masa.

Cuma yang pasti, Marion seorang yang bijak dan berpengalaman. Dia mampu berbicara tentang apa sahaja. Daripada hal bermain golf, politik, bisnes hinggalah kepada soal kejiwaan. Memang Marion mempunyai pengetahuan yang luas. Hal ini membuatkan Ahmad pening ketika memikirkan soal latar belakang Marion dan siapa gadis itu sebenarnya.

"Kita dah sampai," bisik Ahmad perlahan sambil mengusap lembut rambut Marion sebelum menggeliat, membetulkan sendi-sendi yang masih terasa kebas sepanjang pemanduannya tadi. Lebih-lebih lagi bahunya yang sengal kerana berada lama di dalam pesawat. Sebentar kemudian, dua sejoli itu saling berpimpin menuju ke bilik yang sudah ditempah. Syurga dunia yang menjanjikan kenikmatan tidak terhingga kepada sesiapa yang mendambakannya. Ahmad lupa tentang siapa diri dan apa pegangannya. Dia lupa akan bumi asalnya yang sedang dijajah. Dia lupa tentang penderitaan sanak saudaranya di Palestin akibat kekejaman rejim Zionis.

Sebaliknya, dia hanyut dalam kenikmatan dunia. Hajat asalnya untuk mengumpul kekayaan bagi membantu saudara di Palestin terus hanyut lantaran kealpaannya apabila sudah berjaya di bumi asing. Dia lupa akan pesanan nenek moyangnya agar menghulurkan bantuan kepada anggota keluarga yang terseksa di negara sendiri. Dia semakin lalai. Kehadiran isteri dan dua anak tidak mampu menjinakkan nafsu serakahnya. Dia terus tersungkur di kaki pramadona Rotorua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience