Rate

Bab 1

Short Story Series 2023

KG SELAMAT, MERU

Sudah empat tahun berlalu. Dia tidak pernah pulang walaupun sekali. Pemergiannya tidak pernah di suruh dan pulangannya pun tidak pernah di dambakan. Tapi, hari ini dia pulang membawa hajat yang amat besar. Dia pulang bukan memberi, tetapi mahu meminta sesuatu yang amat berharga.

Sepi...

Ada tujuh manusia di situ, tetapi semuanya membisu. Saat itu, kalau ada manik yang jatuh ke lantai, pasti akan kedengaran bunyinya. Penghawa dingin ternyata tidak mampu meredekan bahang mentari daripada menerjah bumbung genting yang menjadi pelindung kepada otak manusia daripada menggelegak.
Di situ ada sepasang suami isteri berusia lingkungan 50-an, duduk di sofa seolah-olah hakim yang sedang memutuskan perbicaraan. Manakala seorang gadis bernama Aini yang baru tamat Ijazah Pengurusan Pemasaran, Universiti Kebangsaan Malaysia duduk bersimpuh sambil memopang tangan dilengan sofa kulit buatan tempatan. Sofa mahal itu dibeli dengan wang pencen sebagai guru yang dikumpulkan oleh Haji Basir sedikit demi sedikit sejak dua tahun lalu.
Kira-kira satu meter dari tempat aini bersimpuh, kelihatan kakak aini, Amirah dan suaminya, Ahmad. Di sisi mereka ada dua orang anak kecil yang berwajah lesu. Kedua-dua anak itu diam kerana pelik dengan suasana yang serba berbeza daripada yang pernah mereka lihat sejak lahir.
Kanak-kanak itu asyik menatap wajah dua orang tua yang tercongok di hadapan mereka. Akhirnya, mata si adik kuyu lalu tumbang di kaki ibu bapa mereka. Manakala abangnya pula, sudah mula meneroka pelosok yang menarik untuk diterjah - almari pinggan mangkuk kesayangan neneknya.

"Mak, kat sana pun ada universiti. Aini boleh belajar lagi. "Amirah menelan air liur. Memohon persetujuan emaknya dengan wajah penuh simpati. Bukan mudah hendak mencari pembantu rumah di New Zealand untuk menjaga anaknya yang hiperaktif. Tambahan pula, dia sedang hamil anak ketiga. Disebabkan itulah, dia berkeras mahu membawa adiknya, aini ke sana.

"Adik-beradik Ahmad ada. Kenapa kamu tak ajak adik dia ke sana? "Sergah Haji Basir yang memang tidak bersetuju dengan cadangan anak sulungnya itu. Itulah pertama kali dia menatap wajah menantunya. Sebelum ini, Amirah hanya mengirim sekeping gambar perkahwinannya sebagai bukti yang dia sudah menikah.

"Dia tak ada adik perempuan, "balas Amirah.

"Alasan! "Tukas Hajah Hasmah, sebagai sokongan kepada kata-kata suaminya itu.

"Aini sambung belajar lagi. Setakat ijazah sarjana muda, berapa sangatlah gajinya nanti. Kalau dia ada sarjana dari luar negara, tentu dia akan dipandang tinggi kalau balik ke sini nanti."

"Pandang tinggi? Apa ertinya kalau cuma pengalaman jadi orang gaji?" pedas sungguh sindiran Haji Basir itu.

"Mak, aini bukan jadi orang gaji. Aini tolong jaga anak amira. Sambil tu, dia boleh ambil kelas malam! "Amira beralih kepada emaknya pula. Dia sedar sindiran abahnya tadi.

"Bila masanya budak tu nak belajar kalau asyik sibuk nak layan anak-anak kau? Anak-anak kau tu bukannya tahu duduk diam. Buas bukan main! "Ternyata wanita tua itu menyebelahi suaminya.

"Budak-budak, mak. Nanti dah besar sikit, okeylah. "Suara amira semakin kendur.

"Mak tak setuju! "Kata muktamad terpacul keluar daripada barisan gigi yang mulai jarang itu.

"Aini macam mana? Nak ikut kaklong tak? Boleh main salji. New Zealand cantik tau!"

"Entahlah, kaklong. Aini tak kisah. Kalau mak dan abah bagi, aini ikutlah, "balas aini sambil menggentel-gentel hujung bajunya. Hatinya sudah lama bergejolak sebaik amira memberitahu hasrat untuk mengambilnya dua bulan lalu.

"Takkan mak nak biarkan si aini nie terperuk kat sini. Dah ada peluang nak ke luar negara, takkan mak nak tahan. Orang lain payah nak dapat peluang macam ni tau.

"Tiba-tiba wanita berusia 26tahun itu meninggikan suara sebagai usaha akhir untuk melobi sokongan.

"Ahamad mengangguk-angguk mengiakan walaupun dia sendiri tidak begitu memahami butir bicara yang sedang berlangsung di depannya itu. Sekali-sekala dia akan tersenyum bila amira menterjemahkan kata-kata itu dalam bahasa inggeris.

"Huh.... Kalau aku, memang aku tak ingin! Buat apa menyusahkan badan? Elok-elok cuaca panas sepanjang tahun, terpaksa pulak nak susahkan diri sampai sesak nafas dalam musim sejuk. "Haji Basir berdengus. Seboleh mungkin, dia tak mahu aini terpedaya dan duduk sebumbung dengan kakaknya. Sebagai bapa, dia kenal benar dengan perangai kedua-dua beradik itu. Amira suka memerintah dan mementingkan diri. Manakala aini pula mudah lembut hati dan memendam perasaan. Dalam banyak perkara, aini memang sering beralah. Amira melepaskan keluhan. Memang hati abahnya sekeras kerikil. Sejak dulu lagi. Lelaki itu tidak pernah bangga dengan kejayaan dirinya menjejakkan kaki ke negara asing. Dulu, dia pergi membawa diri tanpa mendapat restu kedua orang tua. Segala-galanya dilakukan semata-mata mengikut kata hati. Haji Basir memang melenting apabila mengetahui yang dia mahu menjadi orang gaji. Mana mungkin anak guru besar menjadi orang gaji? Haji Basir mahu amira menjadi guru sepertinya juga. Malangnya, amira lari selepas sehari mendaftar di maktab, itulah pengalaman paling pahit yang terpaksa ditelannya. Hingga ke hari ini, dia masih tidak dapat memaafkan perbuatan amira yang mencontengkan arang ke mukanya. Sedangkan bagi amira, menjadi orang gaji pada seorang ahli perniagaan Malaysia di New Zealand hanyalah sebagai batu loncatan sahaja. Dia yang gagal mendapat tawaran belajar ke luar negara, nekad dengan keputusan walaupun ditendang oleh ayahnya. Dia mengetahui peluang kerja itu melalui iklaneka di akhbar. Meskipun kehidupannya di New Zealand penuh ranjau dan onak duri, namun dia berjaya melaluinya dengan tabah. Malah, perkahwinannya dengan Ahmad telah membolehkan dia mendapat taraf pemastautin tetap kerana lelaki itu adalah warga negara New Zealand. Kini, dia membantu Ahmad yang berketurunan Arab itu menguruskan sebuah restoran makanan Isalam yang di beri nama ' Paradise ' dan terletak di Otahuhu, Auckland. Dia bekerja dari pagi hingga malam. Dan merana itulah semua pengasuh akan lari selepas sebulan kerana tidak tahan akan karenah Imad dan Iman yang hiperaktif. Selepas puas memikirkan jalan penyelesaian, dia akhirnya teringatkan aini yang bijak melayan karenah kanak-kanak. Hanya adiknya itu sahaja yang boleh membantu pada saat genting sebegini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience