BAB 4

Action Series 2295

Hampir menjelang malam, akhirnya AK dan Hana tiba di sebuah rumah usang di pinggir hutan. Seharian mereka berjalan sememangnya meletihkan. Ops! AK sahaja yang berjalan. Hana pula didukung oleh AK. Hana memerhatikan sekeliling. Sudah hampir malam. Tempat ini kelihatan menakutkan baginya.

"Cepat masuk dalam." Arah AK setelah meletakkan Hana di atas tangga.

"Errr…saya takut. Tempat ni gelap." Balas Hana teragak-agak.

"Dah nama pun dah nak malam. Memanglah gelap. Kau nak takut apa?" Geram pula AK dengan kerenah Hana. Tak padan dengan kaki sakit.

Hana menunduk. Cakap sikit nak marah. Asyik emo. Orang dahlah tak biasa dengan semua ni. Aku lempang karang ada juga yang bersepai gigi. Hoho.

"Sini." AK menarik Hana ke arahnya. Tubuh kecil Hana dipikul di atas bahu lalu berjalan memasuki rumah usang tersebut. Tempat ini sememangnya merupakan tempat dia bersembunyi. Jauh ke dalam hutan. Sebelum pergi mencari Hana, dia sudah berteduh di rumah usang ini. Sebelum dia datang ke hutan tebal ini, dia sudah menyiapkan barang-barang keperluan di dalam backpack. Dia memang sengaja meninggalkan backpack di rumah usang ini ketika pergi mencari Hana kerana dia akan kembali semula ke sini. Dia datang ke sini pun atas desakan mahu menyelamatkan Hana selepas Dragon mengirimnya sebuah video yang memaparkan Hana dikurung di dalam sangkar besi.

Pada awalnya, dia hanya mengendahkan video yang dihantar oleh Dragon. Dia tidak kisah apa yang hendak dilakukan oleh Dragon kepada Hana. Namun setelah beberapa ketika, dia merasakan tidak seharusnya Hana terlibat dalam hal ini. Dia merasakan dia punca kepada masalah ini. Orang yang dimahukan oleh Dragon adalah dia. Bukannya Hana. Tidak seharusnya gadis yang tidak mengetahui apa-apa seperti Hana melalui semua ini. Tidak!

Penuh hati-hati, AK meletakkan Hana di atas sebuah kerusi yang hampir reput. Mahu roboh dah pun. Takpelah asalkan boleh duduk. Huhu. Busur penembak yang berada di tangan Hana diambil. Mahu menyimpannya.

"Kau duduk situ diam-diam." Arah AK.

Hana buat muka. Kerjanya tahu mengarah je. Gaya bos-bos sangat!

AK berlalu meninggalkan Hana keseorangan di situ. Hana takut juga sebenarnya tapi hendak bagaimana lagi? AK sudah memberi arahan supaya duduk diam. Tidak lama kemudian, AK muncul dari arah dapur. Sebotol air mineral dihulurkan ke arah Hana. Hana menyambut huluran itu. Rakus air itu diteguk. Kehausan!

"Malam ni kita tidur kat sini. Tempat ni aman. Kau jangan risau."

Kepala diangkat. Samar-samar sahaja Hana nampak AK memandangkan sudah mahu malam.

"Awak," panggil Hana perlahan.

"Hmmm," malas-malas AK menjawab.

"Saya nak solat." Sudah lama Hana tidak solat semenjak dia berada di dalam hutan. Dikurung di dalam sangkar, bagaimana dia hendak melaksanakan perintah Allah? Nasib sahaja orang-orang yang mengurungnya tidak membunuhnya. Sekadar bertanya mengenai keberadaan AK.

Terdiam AK dibuatnya. Solat. Satu perkataan yang sudah lama tidak didengarinya apatah lagi diamalkan olehnya. Dia jahil agama. Nama sahaja orang Islam tapi tidak solat. Golongan fasik! Dia sendiri sudah lupa bagaimana pergerakan solat.

"Kalau kau nak solat, kau pergi dapur. Kat belakang ada tadahan air hujan. Kau boleh guna air tu. Kau boleh guna baju aku untuk solat." Meskipun dia tidak solat, dia tahu untuk solat haruslah menutup aurat dengan sempurna. Nasib sahaja dia membawa pakaian lebih di dalam backpack termasuk baju sejuk.

"Terima kasih." Perlahan sahaja Hana berjalan dengan kaki yang terhincut-hincut. Pergerakannya terbatas. Keadaan yang gelap menyukarkannya untuk berjalan. Tangan tergagau-gagau dalam gelap.

AK berdiri tegak di tempatnya. Rasa terpukul dengan kata-kata yang keluar dari bibir Hana. Solat? Terima kasih? 3 patah perkataan yang kedengaran asing di cuping telinganya.

**********************************************************

Malam itu mereka bermalam di rumah usang dengan ditemani lilin. Lilin itu dibawa oleh AK di dalam backpack kepunyaannya. Lighter juga dibawa sekali. AK sudah biasa masuk hutan. Oleh sebab itu, dia sudah menyiapkan segala kelengkapan sebelum mencari Hana. Kaki Hana yang mula bengkak sudah dibalut oleh AK. Untuk mengurut, dia tidak pandai. Jadi dia buat keputusan untuk membalutnya. Pertolongan cemas first aid kit selalu dibawa ketika masuk hutan. Selepas makan makanan yang dibawa di dalam backpack, mereka berdua duduk bersandar di dinding kayu rumah. AK menoleh ke sebelah. Dilihatnya Hana sedang memeluk tubuh. Kesejukan barangkali.

"Kau sejuk ke?" Soal AK berasa kasihan dengan Hana. Dia lelaki. Sudah biasa dengan kehidupan sebegini di dalam hutan.

Hana berpaling."Sejuk sikit," balasnya.

"Kau tunggu sini." AK bergerak ke arah backpack kepunyaannya. Backpack dibuka. Baju sejuk kepunyaannya diambil. Dia kembali duduk di sebelah Hana.

"Nah," AK hulurkan baju sejuk ke arah Hana.

Hana tidak mengambil huluran itu. Dia keberatan untuk mengambilnya. Dia tahu AK juga kesejukan.

"Ambiklah. Kau kan sejuk?"

Hana gelengkan kepala. Kau tak faham ke senah yang aku keberatan nak ambil baju kau? Haishh kau ni.

"Awak pakai la. Saya okey je." Alasan semata-mata.

"Aku cakap ambik, kau ambik sebelum aku pakaikan untuk kau." Ugut AK.

Hana mencebik. Itu jelah modal AK. Kalau tak bagi arahan, dia ugut. Memang spesies macam ni ke apa? 'Dark' sangat.

"Aku tahu kau berat hati nak ambik tapi aku mintak sangat-sangat kau ambik baju ni. Pasal aku, kau tak payah risau. Aku okey dah biasa dengan semua ni. Kau tu tak biasa masuk hutan. Perempuan macam kau tak sekuat aku yang lelaki ni. Setakat sejuk sikit macam ni, apalah sangat."

Hana terharu dengan keprihatinan AK. Lelaki itu meskipun terlihat kasar, namun dia seorang yang prihatin.

"Takpe ke?"

"Kau ni. Nah!" Baju sejuk dilempar ke wajah Hana.

"Tak boleh bagi elok-elok ke?" Geram Hana dibuatnya dengan sikap AK. Dia tarik balik pujian yang diberikan sebentar tadi.

"Kau lambat sangat. Aku cakap tak apa, kau tanya lagi. Haa tu makan dia."

Hana sarungkan baju sejuk di tubuhnya. Kesejukan yang dialami beransur-ansur berkurangan sedikit demi sedikit. Suasana kembali sepi di antara mereka. Masing-masing mendiamkan diri. Yang kedengaran hanyalah bunyi cengkerik. Sekian lama mendiamkan diri, akhirnya Hana bersuara.

"Awak," panggil Hana perlahan.

AK menoleh. Kening diangkat gaya bertanya kenapa.

"Macam mana awak tahu saya kat sini? Dan kenapa awak tolong saya?"

"Dragon. Dia hantar video kau kena kurung kat gudang. Aku tolong kau sebab kau takde kena mengena dengan masalah di antara aku dengan Dragon."

"Masalah apa?" Dahi Hana berkerut. Dia kurang faham dengan apa yang dikatakan oleh AK.

AK menghela nafas berat. "Percaya tak kalau aku cakap aku ni jahat? Sebelum ni aku terlibat dengan kongsi gelap. Bila aku cakap nak cuci tangan dari kumpulan aku, Dragon tak setuju. Aku orang kanan dia. Aku sebenarnya tak expect orang-orang Dragon akan culik kau bawak kau ke sini semata-mata nak umpan aku. Dia nak aku terus stay dengan kongsi gelap. Aku tak sangka waktu aku tengah cari gudang tempat kau kena kurung, aku nampak kau kena kejar dengan Malik dan Bob. Dorang anak buah Dragon. Aku menyesal sangat sebab setuju untuk jumpa dengan kau. Salah percaturan."

Melopong Hana mendengar penjelasan AK. Dia tidak pernah jangka bahawasanya dia akan berkenalan dengan seseorang yang terlibat dengan dunia kongsi gelap. Padanlah AK jarang membalas pesanan ringkasnya di aplikasi WhatsApp.

"Kau tahu tak, aku sebenarnya dalam pelarian? Dragon tak puas hati dengan keputusan aku. Dia suruh anak-anak buah dia cari aku untuk bunuh aku sebab aku stick dengan keputusan aku untuk keluar dari group. Budak-budak lain ada yang sokong keputusan aku tapi percayalah nak keluar dari dunia gelap tu, tak mudah. Kau dah sebati dengan dunia tu bertahun-tahun, tiba-tiba kau cakap nak cuci tangan, memang tempah maut namanya. Tak mudah untuk dorang lepaskan kau."

Terasa otak Hana terbang melayang seketika. Dia cuba mencerna bait-bait bicara AK. Kes macam ni pun ada ke? Ingatkan dalam TV je, rupanya realiti pun ada.

"Jadi awak tolong saya sebab awak taknak libatkan saya dalam hal ni? Sebab awak rasa tak sepatutnya saya terlibat?"

"It is. Kalau jadi apa-apa dekat kau, aku akan rasa bersalah sebab aku punca kau kat sini."

"Bukan salah awak. Semua ni jadi sebab saya. Terlampau insist nak jumpa awak sampai akhirnya jadi macam ni." Kepala menunduk. Sebak pula rasanya. 2 minggu dia dikurung tanpa diketahui alasannya. Kini, dia sudah mengetahui segalanya. Sedih dan marah bercampur baur.

"Mesti kau menyesal kenal orang macam aku kan?" Duga AK.

"Menyesal la jugak tapi benda dah jadi." Makin mengendur nada suara Hana. Wajahnya pula berubah mendung.

AK tersenyum hambar mendengar jawapan Hana. Dari nada suara Hana, dia tahu Hana tidak gembira dengan situasi sekarang.

"Memandangkan kaki kau belum baik, esok aku akan train kau memanah dan ajar cara guna pistol. Selagi kaki kau belum baik, selagi tu susah untuk kita bergerak ke mana-mana. Semua tu berguna untuk kau bila berhadapan dengan musuh.

"Perlu ke saya belajar semua tu?"

"Kau nak balik dengan selamat atau kau nak jasad kau yang sampai depan pintu rumah keluarga kau nanti?" Soalan berbalas soalan.

Hana terdiam. Gerun dengan kata-kata AK.

"Aku tak jamin aku boleh bawak kau keluar dari sini dengan selamat. Dan aku sendiri tak jamin yang aku akan selamat. Aku takut budak-budak Dragon ramai. Kita cuma berdua. Sebab tu aku nak ajar kau supaya kau tahu sikit-sikit cara nak pertahankan diri. At least kau tahu apa nak buat bila berhadapan dengan musuh." Panjang lebar penjelasan AK.

Akhirnya Hana mengangguk. Benar kata-kata AK. Mereka berdua jauh di dalam hutan. Jangankan musuh manusia, binatang liar yang ada di dalam hutan juga boleh menjadi musuh mereka. Bahaya ada di mana-mana.

Tue, Jul 5 2022 23:02 PM

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience