BAB 5

Action Series 2295

Seperti yang dikatakan oleh AK, dia akan mengajari Hana cara memanah dan cara menggunakan pistol. Untuk memegang busur penembak dan anak panah, Hana tidaklah takut. Akan tetapi Hana takut untuk memegang pistol. Menggigil tangannya tatkala memegang revolver kepunyaan AK. Kali pertama pegang pistol. Menggeletar habis!

"Kau genggam benda ni guna tangan yang kau selesa guna. Tangan yang kau selalu guna untuk buat kerja. Jangan guna tangan sokongan. Kalau tak, macam mana kau nak membidik dengan tepat?" AK berdiri di belakang Hana. Dia sudah menyiapkan kononnya 'papan sasar memanah'. Papan sasar memanah yang dimaksudkan adalah sebuah pohon renek di belakang rumah usang. Pohon itu mempunyai buah yang sedang mekar tumbuh di setiap dahan.

"Kau selesa guna tangan mana?" Soal AK apabila Hana kelihatan bingung.

"Kanan." Sepatah Hana menjawab.

"Okey kau anggap tangan kanan kanan sebagai tangan dominan. Tangan kiri kau sebagai tangan sokongan. So kau berdiri macam ni then pegang pistol macam ni." AK membantu Hana meluruskan pistol ke hadapan. Menghala ke arah buah yang tergantung di udara. Dek kerana Hana merasa sakit untuk memijak tanah tanah lama-lama, AK membantu Hana memegang pinggang wanita itu supaya kekal berdiri.

"Tangan kiri kau pulak, pegang bawah ni. Genggam pistol area sini kuat sikit. Jari tangan kau selain ibu jari duk kat bawah pemicu. Jari telunjuk kau tekan kuat kat sini." AK mengajar cara menggenggam pistol menggunakan tangan sokongan.

Hana mengikut arahan yang diberikan. Satu persatu dituruti. Tatkala dia masih salah teknik, AK akan membetulkan kedudukannya.

"Sebelum menembak, kau kena berdiri dengan posisi yang betul. Bukak kaki kau selebar bahu. Bengkok sikit lutut tu," arah AK.

Hana menurut. Kaki dibuka selebar bahu. Lutu dibengkokkan. Tangan masih kejap memegang pistol.

"Bila nak memembak ni, kau kena fokus betul-betul. Fikiran kena kosong. Mesti pandang hadapan. Sama macam memanah. Objek kat depan kau anggap sebagai target kau. Sekarang aku nak tanya. Apa target kau sekarang?"

"Buah tu." Muncung bibir menunjuk ke arah buah di hadapan sana.

"Good. Sekarang cuba kau fokus dekat target kau. Guna mata untuk kenal pasti sasaran yang kau nak tembak."

AK terus-terusan mengajar Hana. Dari cara memegang pistol sehinggalah kepada cara memasukkan dan membuang peluru dari selongsong peluru. Selepas itu, AK mengajar Hana teknik asas memanah. Satu persatu diajar dengan tenang. Jikalau Hana salah, AK akan betulkan dan jelaskan posisi yang betul.

**********************************************************

Selesai sesi training, AK mengajak Hana untuk ke sungai. Sungai itu tidaklah jauh mana dari rumah usang yang diduduki. Hanya beberapa meter sahaja. Penuh hati-hati, AK membantu Hana duduk di atas anak batu sungai. Kicauan burung yang kedengaran amat menenangkan. Ditambah pula dengan air jernih sungai. Sangat mengasyikkan.

"Best kan tempat ni? Menenangkan." Ucap Hana sambil menghirup udara segar. Mata dipejam seketika. Cuba menghayati.

"Tempat ni memang best tapi kita kena keluar dari sini secepat yang mungkin."

Mata kembali dibuka. AK yang berada di sebelah dipandang.

"Awak rasa kita ada harapan tak untuk keluar dari sini dengan selamat?"

AK mengerling sekilas ke arah Hana. "Entahla aku sendiri tak pasti."

Jangankan Hana, AK sendiri tidak tahu apa nasibnya selepas ini. Antara hidup dan mati. Kedua-duanya ada kemungkinan yang tinggi untuk berlaku.

"Kalau kita dapat keluar dari sini dengan selamat, apa awak nak buat?" Soal Hana mahu mengetahui perancangan AK.

"Aku nak berubah. Selama ni aku dah banyak buat dosa. Terlalu jahil. Dulu aku macam takde hati perut. Bila pergi kutip hutang, orang takde duit nak bayar, aku belasah orang tu. Dengan orang tua pun aku berkira." Kepala menunduk. Dia rasa bersalah dengan perbuatan dia dulu. Dia juga rasa sedih kerana pernah menjadi manusia yang tidak berperikemanusiaan.

Tangan Hana naik menepuk lembut belakang badan AK beberapa kali. Cuba menenangkan. "Semua orang berhak untuk berubah. Termasuk awak. Apa yang buatkan awak rasa nak berubah? Mesti ada sesuatu yang jadi sampai awak buat keputusan nak berubah. Betul tak?"

AK panggung kepala ke arah Hana. Mata bertentang mata. Lama. "Perempuan buta."

Dahi Hana berkerut. "Kenapa dengan perempuan buta?"

"Aku nak berubah sebab dia. Waktu aku dengan budak-budak ni pergi kutip hutang, orang yang berhutang tu takde duit nak bayar. Pakcik tu dah tua. Dah layak dipanggil ayah. Aku marah sebab dia tak bayar. Yelah, berhutang pandai tapi nak bayar takde duit pulak. Aku belasah pakcik tu. Sampai la tiba-tiba anak perempuan dia yang buta tiba-tiba muncul dari dapur. Anak dia menangis teresak-esak mintak aku jangan pukul ayah dia lagi dah. Dia merayu suruh bagi dorang masa untuk settlekan hutang. Nama anak dia Hidayah. Aku dengar sebab time tu pakcik tu panggil nama anak dia. Dalam kegelapan Hidayah tercari-cari datang berlutut depan aku. Merayu-rayu mintak lepaskan bapak dia. Dia siap cakap kalau nak pukul, pukul dia je. Jangan pukul ayah dia sebab ayah dia dah tua. Waktu tu la kali pertama dalam hidup aku, terbit rasa kesian dekat seseorang yang dipanggil manusia."

Melopong Hana mendengar pengakuan AK. Sampai macam ni sekali? Tidak pernah dia bayangkan akan wujud manusia seperti AK. Tidak tahu erti belas kasihan. Sungguh tidak berperikemanusiaan!

"Lepas tu apa jadi?" Bergetar suara Hana.

"Aku lepaskan dorang. Sejak hari tu, aku dah tak cari dorang."

Hana tersenyum tipis. "Percaya tak kalau saya cakap hidayah untuk awak dah sampai? Titik permulaan untuk berubah."

AK jongket bahu. Dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Hana. Hidayah? Apa tu? Sejenis makhluk ke?

"Hidayah tu apa?" Terpacul soalan itu di bibir AK.

"Hidayah tu petunjuk dari Allah. Petunjuk ke arah kebaikan. Petunjuk untuk berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya."

Kepala AK terangguk-angguk. Dia sudah faham apa itu hidayah. "Kalau aku berubah, Allah terima tak? Maksud aku, taubat aku. Aku kan banyak dosa." Sedih mula beraja di hati. Layakkah orang sepertinya untuk diterima taubat?

"Allah suka hamba-Nya yang bertaubat. Malah, kita digalakkan untuk bertaubat setiap masa. Awak taubat nasuha. Allah sentiasa ampunkan dengan syarat jangan ulang lagi dosa lalu. Tak boleh main-main dengan taubat."

AK mengangguk tanda mengerti. "Eh! Kalau kau nak mandi, kau pergilah. Tapi jangan lama. Aku takut budak-budak Dragon tahu kita kat sini."

"Habis tu, awak?"

"Aku nak tangkap ikan. Jangan lupa lepas mandi, keringkan badan. Sekarang matahari tegak atas kepala. Elok sangat kau mandi. Boleh berjemur lepas mandi. Dah berapa lama tak mandi." AK berlalu ke arah hutan. Mahu mencari kayu yang boleh digunakan untuk menangkap ikan. Mahu menghasilkan tombak!

Hana buat muka. "Dia nak cakap aku ni busuk ke?" Jari telunjuk menuding ke arah diri sendiri.

Hek eleh! Tak sedar diri si AK ni. Dia pun busuk. Dah berapa hari tak mandi sejak masuk hutan. Ada hati nak cakap orang busuk, gumam Hana sendirian.

**********************************************************

Pulang dari sungai, AK keluar semula untuk mencari kayu dan ranting pokok. Mahu menghasilkan bara api untuk membakar ikan yang ditangkapnya di sungai. Hana yang ditinggalkan sendirian hanya mampu memeluk tubuh. Dia takut tinggal seorang diri. Takut anak-anak buah Dragon menjumpainya.

Perlahan-lahan Hana bangkit berdiri. Dengan langkah terhincut-hincut, dia melangkah ke arah backpack kepunyaan AK. Mahu mencari makanan yang boleh dimakan. Biasalah lepas mandi sungai mesti rasa lapar nak makan.

Saat mahu membuka backpack, Hana terpandangkan telefon AK yang diletakkan di bahagian tepi beg. Dahi berkerut sebelum cepat-cepat tangan mengambil telefon tersebut.

"Dia bawak phone tapi kenapa tak guna?" Hana bercakap-cakap sendirian sambil membelek-belek telefon di tangan. Fikirnya dengan telefon itu mereka mampu meminta bantuan orang lain untuk menyelamatkan mereka.

Telefon yang sengaja dimatikan oleh AK segera dihidupkan. Saat skrin menyala, Hana tersenyum suka. Namun itu hanya beberapa saat cuma. Senyumannya terus mati selepas itu. No service!
Telefon terus ditepuk-tepuk. Sekejap tangan naik naik ke atas, sekejap ke bawah. Cuma mencari line telefon. Tiada hasilnya juga. Hana bingkas berdiri. Keluar dari rumah. Hasilnya tetap begitu.

"Ada telefon no password tapi takde line pulak. Haishh." Kepala yang tidak gatal digaru. Baru dia tahu hidup dalam hutan begitu mencabar.

Hana masuk semula ke dalam rumah. Puas mundar-mandir di dalam rumah, Hana memasukkan telefon AK ke dalam poket seluarnya. Selepas ini jika mereka keluar pergi ke sungai, dia akan mencari line telefon lagi sekali. Mahu meminta bantuan.

Tak lama selepas itu, kedengaran derap tapak kaki AK yang berada di belakang rumah. Seketika kemudian, terdengar seperti sesuatu yang dijatuhkan di atas tanah. Cepat-cepat Hana pergi ke belakang rumah. Mahu melihat apa yang dilakukan oleh AK. Rupa-rupanya AK membawa pulang ranting kayu dan beberapa jenis kayu panjang.

Wed , Jul 13 2022 19:41

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience