Rate

Bab 1

Romance Series 2637

Syakira seorang gadis kampung yang baru berhijrah ke kota .Kota yang sering di dambakan oleh semua gadis - gadis kampung yang teruja apabila mereka mendapat kunci kebebasan setelah tamat belajar .
Syakira tidak tahu apa yang sedang menunggu kehadirannya serta bakal mencorakkan hidupnya setelah dia bergelar warga kota .
Hari pertama Syakira menjejak kaki ke kota dia tidak mengenali sesiapa .Effa teman yang berjanji bakal menjemput dia di stesyen bas juga tidak muncul tiba .
Syakira cuba menghubungi telefon bimbit kepunyan temannya Effa namun yang menjawab panggilan dia hanyalah peti suara .
Syakira kehampaan menunggu kehadiran Effa .Detik berlalu jam beredar namun kelibat Effa masih tidak kelihatan .
Syakira berjalan mundar mandir bagi menghilangkan kebosanan .Senja telah berlabuh namun yang di tunggu tetap tidak kunjung tiba .Syakira merunggut - runggut kecil sendirian " ah..!!! kemana perginya Si Effa ni ? dia yang beria - ia suruh aku ke mari namun bayangan dia pun aku tak nampak ." runggut Syakira sendirian .
Akhirnya Sykira duduk di sebuah kerusi sambil tangannya menumpang menongkat dagu .Dia menunggu dan tetap menunggu .Di saat itu perutnya sedang mendendangkan lagu meminta Syakira mengisinya memandangkan sejak dari tengahari lagi tiada apa pun yang masuk ke perutnya yang kosong itu .
Tampa di sedari Syakira setiap tingkah lakunya di perhati oleh sepasang mata yang duduk selang beberapa kerusi yang di duduki oleh Syakira
Apabila dia meyedari kegelisahan gadis manis itu tiba - tiba terlintas di hatinya untuk menghampiri dan bertanyakan .Apakah gadis itu mempunyai sebarang masalah.
Jejaka yang mermerhati setiap gerak geri Syakira lalu berjalan menghampiri Syakira.Dia dengan ramah telah menegur Syakira " Assalammualaikum ...saya Samil," dia menghulurkan tangan tanda perkenalan sambil bibirnya menggutumkan sebuah senyuman .Syakira terpana melihat senyuman manis Samil.Dengan malu - malu Syakira menjawab salam sambil menghulur tangan menyambut salam perkenalan dari Samil.
" Waalaikummussalam...saya Syakira,panggil saya Kira ," jawab Syakira malu - malu sambil tersipu tersenyum manis dan menampakkan kedua - dua lesung pipit di pipinya .
" Saya nampak dari tadi Cik Kira seperti sedang gelisah sahaja ,Cik Kira sedang menunggu seseorangkah ? "tanya Syamil kepada Syakira .Syakira tunduk sambil mengangguk - anggukkan kepalanya."Sekarang hari sudah beransur malam ,saya masih belum makan lagi ,apa kata kalau kita pergi makan di gerai di sana tu ." Syamil mempelawa Syakira sambil jarinya menunding ke arah gerai yang di maksudkan .
Tampa mengucapkan sebarang kata Syakira mengangguk tanda setuju .Kebetulan dari tengahari tadi lagi dia belum menjamah apa - apa makanan .Perutnya sedang meyanyikan lagu keroncong dan bersendandung dondang sayang minta di isi ..
Setelah Syakira mengangguk tanda setuju akhirnya mereka berdua mengatur langkah menuju ke gerai yang di maksudkan .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience