Sebelum memulakan langkah mencari perkerjaan Syakira terlebih dahulu mencari kedai makan untuk bersarapan kerana pada pagi ini dia belum bersarapan lagi .
Syakira mengatur langkah perlahan - lahan meyusuri pinggir jalan menuju ke deretan kedai makan di sekitar situ .
Sedang dia melangkah melewati sebuah kedai makan yang tertera nama " Aneka Asam pedas " tiba- tiba kupingnya mendengar seolah - olah namanya di panggil seseorang .Sepantas kilat Syakira berpaling ke arah hadirnya suara panggilan itu.
Syakira mengamati wajah pemuda yang memanggil dia tadi." Eh....Samil....," hampir terjerit Syakira meyebut nama itu setelah dia meyedari bahawa yang memanggil dia tadi adalah Samil pemuda yang menemaninya di stestion bas tadi malam .
" lya ini aku Samil.Hah..! apa lagi tercegat di situ ....mari lah ," Samil memanggil sambil melambai kepada Syakira .
Syakira tersenyum lalu kakinya di hayun melangkah menghampiri meja tempat Samil berada .
" Kamu di sini?" kedua - duanya bertanya serentak .Ke dua - duanya ketawa serentak .Semua mata orang yang berada di dalam kedai itu memandang kepada mereka berdua .Syakira menutup mulut Samil pula bangun menarik kerusi Dan meyuruh Syakira duduk ." Kira duduk di sini ," arah Samil .Syakira pun duduk di kerusi yang di tarik oleh Samil lya kawan Kira Effa meyewa di kondo itu ," kata Syakira memberikan jawapan sambil jarinya menunjukkan ke arah kondo yang di sewa oleh Effa temannya itu.
" Kalau Samil pula tinggal di kawasan - kawasan dekat - dekat sini ke ," tanya Syakira pula" Tidak lah Sambil sebenarnya tadi mahu pergi ke pejabat milik papa Sambil yang terletak di bangunan di situ tu ," Sambil menunding jari ke arah bangunan yang di maksudkannya kepada Syakira ." Ooooo, ingatkan Samil tinggal di sekitar sini tadi kalau tidak bolehlah Kira minta Samil jadi pemandu arah buat Kira mencari pekerjaan di sini .Memandangkan Kira baru pertama kali di sini jadi Kira tidak tahu selok belok jalan di sini." kata Syakira memberi penerangan .
Samil tersenyum mendengar kata - kata Syakira ." Emmmmm.......,boleh juga kalau Kira mau ikut Samil ke pejabat nanti manalah tahu kalau di situ nanti ada kekosongan pekerjaan buat Kira," Samil menyuarakan pendapat.
Syakira tersenyum sambil mengangguk kepalanya .Dia seperti " orang mengantuk di dorongkan bantal" ,lalu menyetujui apa sahaja saranan Samil .
Setelah menjamu selera mereka berdua pun bergerak ke lokasi yang di maksudkan oleh Samil tadi .
Sampai di hadapan pintu masuk Samil dan Syakira berpecah arah .
Samil mengatur langkah menuju ke pejabat milik bapanya sementara Syakira melalui proses untukelamar pekerjaan .
Share this novel