Malam itu Effa membawa Syakira kembali ke kondo yang menjadi tempat tinggal dia ." Kira inilah rumah aku ,"kata Effa kepada Syakira .
" Emmm , cantiknya rumah kau .Banyak duit kau sehingga kau mampu sewa rumah secantik ini?" soal Syakira kepada Effa .
" Kira sekarang mana ada rumah macam kita di kampung tu .Kalau ada semuanya sewa mahal - mahal .Lebih baik aku sewa je kondo .Walaupun mahal tapi berbaloi sebab di kondo ada jagaan yang sempurna ," kata Effa membalas pertanyaan Syakira .
" Kira kau dah rancang nak kerja apa ?"tanya Effa kepada Syakira .
"Aku tak terfikir lagi nak cari kerja apa dengan kelulusan SPM aku yang cukup makan je ni," jawab Syakira merendah diri .
" Apa kata kau ikut je aku pergi kerja esok malam,"Effa mempelawa Syakira .
" Malam? kau kerja apa malam - malam ?" tanya Syakira agak dungu.
" Pagi aku kerja di Jaya Holding sebagai peyambut tetamu .Malam aku kerja di tempat lain pula.Tempat kerja malam aku bebas siapapun boleh pergi .Tapi kalau di Jaya Holding sekarang tak ada kekosongan lagi .Sebab itu aku pelawa kau ikut aku pergi tempat kerja malam aku ," kata Effa memberi penerangan panjang lebar kepada Syakira.
" Ooooo macam tu ke .emmm tapi tak pa lah aku cadang esok nak keluar cari kerja kut dekat - dekat sini manalah tahu kalau nasib aku baik dapat kerja di siang hari .Kalau tak dapat esok malam aku ikut Kau pergi kerja ," kata Syakira memberit kata putus ." Tapi kau kerja apa ekk.?" Syakira terus bertanya tentang kerja Effa .
"Ala....kau tak payah fikir banyak lah nanti- nanti kau tahu juga ," balas Effa.
" Ok lah Kira ,Aku dah ngantuk .Esok je lah kita borak ye....selepas aku balik kerja..," kata Effa." Kau guna bilik tu.Tadi aku dah sapu dan bersihkan .Kau pergilah mandi ke nak baring ke atau apa je lah ," kata Effa sambil menguap .
" Bilik yang ini ke ?" tanya Syakira sambil menolak daun piintu bilik yang di maksudkan oleh Effa tadi .
" lya ," jawab Effa sambil menghilang di sebalik daun pintu bilik tidurnya .
" Wah....besarnya bilik ni ,cantik pula tu kalah bilik tidur pengantin kakak aku ," rungut. Syakira sendirian .Dia berjalan menghampiri katil lalu melabuhkan punggungnya di birai katil ." Amboi.....lembutnya tilam , tentu sedap kalau baring ni.Tapi sebelum baring baik aku tutup pintu dahulu," kata Syakira sambil bangun dan menolak daun pintu biliknya itu .
Syakira kembali ke katil dan terus baring di atas katil tampa menukar pakaian terlebih dahulu .
Apabila Syakira membuka mata hari sudah pun siang .Jam di atas meja kecil di dalam bilik itu sudah menunjukkan ke pukul 11 pagi.
Syakira bergegas ke bilik air ." Pagi ni aku cadang nak pergi cari kerja tapi bila dah terjaga di tengahhari macam in nak cari kerja apa ," runggut Syakira sendirian .
Namun begitu Syakira tetap juga bersiap untuk keluar mencari perkerjaan .
Setelah siap berpakaian Syakira bergegas turun ke lobi .Dia bercadang untuk mencari perkerjaan mula dari bangunan yang tersergam indah di hadapann kondo tersebut.
Share this novel