Ketika kakinya melangkah mahu masuk ke gerai tiba - tiba telefon bimbitnya berbunyi menandakan ada panggilan masuk .
Samil berhenti melangkah dan meyuruh Syakira mengangkat panggilan yang masuk .Syakira mengamati skrim telefonnya di situ tertera nama Effa.Dengan pantas Syakira menekan punat di telefonnya lalu menjawab panggilan dari Effa temannya itu .
" Hey....!!!! Kira kau ada di mana sekarang ?" tanya Effa tampa memberi peluang Syakira bertanya perihal lainnya ." Aku masih di stesyen bas ni ," jawab Syakira ." Kau pula di mana dah puas aku call tetapi kau tak angkat .Kenapa ? tanya Syakira dengan nada yang agak tinggi .
" Dua hari lepas kau suruh aku datang ke mari . Kau berjanji akan tunggu aku di sini .Tapi bila aku sampai bayang kau pun aku tak nampak ," kata Syakira kepada Effa .
" Kira sorry la ,aku sebenarnya tadi ada hal sikit .Ok...sekarang aku datang jemput kau .Kau tunggu ye..," kata Effa sebelum mematikan perbualannya dengan Syakira .
Setelah panggilan di matikan Syakira kembali mendapatkan Samil yang setia menunggunya di sebuah meja di sudut gerai tersebut .Syakira menghadiahkan sebuah senyuman kepada Samil .Begitu juga dengan Samil .
Samil mempelawa Syakira duduk sambil menarik kerusi dan memberi isyarat supaya Syakira duduk di situ.
Setelah memesan makanan dan minuman .Pelayan di gerai tersebut berlalu pergi meninggalkan mereka berdua .Ketika sadang menunggu makanan yang di pesan sampai Samil dan Syakirapun berbual - bual .Dan Syakira menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke stesyen bas tersebut serta seba sedikit tentang temannya Effa .
Samil juga menerangkan bahawa dia sedang menunggu pemandunya datang menjemput dirinya .Kebetulan tadi sewaktu dia sampai ke situ dia melihat Syakira sedang dalam kegelisahan jadi dia terus menghampiri Syakira dan dia tidak lagi memaklumkan kepada pemandunya yang dia telahpun sampai ke situ .
Jika mengikut anggarannya sebentar lagi baru dia bakal hubungi pemandunya itu untuk meyuruh menjemput dia di situ .
Sedang mereka berdua berbual - bual itu makanan yang di pesan sudah pun sampai dan pelayan meminta izin untuk meletakkan juadah di atas meja di hadapan mereka berdua .Setelah makanan terhidang kedua - duanya pun menjamah makanan dalam suasana yang membisu seribu bahasa .
Sesekali mata keduanya bertembung pandang dan bibir mengukir senyuman .
Setelah usai makan kedua - duanya melangkah beriringan kembali ke stesyen bas bagi menunggu kedatangan si penjemput mereka berdua.
Dalam keheningan di stesyen bas tersebut Syakira sempat bertukar no telefon dengan Samil .Samil menawarkan kepada Syakira jika ada apa - apa masalah boleh hubungi diri nya untuk meminta sebarang bantuan .
Sedang Syakira dan Samil sedang rancak berbual tiba - tiba satu suara meyapa dari kejauhan .
" Hey....Kira...," terdengar laungan dari seseorang .Syakira menoleh dari mana datangnya suara itu .Begitu juga dengan Samil ." Hey...ni aku ," kata Effa sambil melambaikan tangannya kepada Syakira .
" Effa..!!!! ehh...betulkah Effa tu ," Syakira berbicara sendirian .Kerana Effa yang berada di depan matanya sekarang bukan nya seperti Effa teman sekampungnya yang dia temui seminggu yang lalu .Effa ini seorang yang elegen dan berperwatakan agak berlainan .Cara berpakaiannya juga tidak seperti Effa teman baiknya itu .
" Hey....kau tak kenal aku ?" tanya Effa apabila dia sudah berdiri di hadapan Syakira ." Kau.....kau Effa ? ehhh kenapa lain benar kau dari yang aku jumpa seminggu yang lalu .?" tanya Syakira .
" Hey ...bab sini tu kota bukan lagi desa kenapa kau mahu aku pakai pakaian macam kau ni .?" tanya Effa sambil menarik lengan baju kurung yang di pakai oleh Syakira .
" Haa....apa salahnya dengan baju aku ni ?" tanya Syakira ." Bukan kah dulu kau kata baju kurung ni baju kegemaran kau dan kau tidak bakal dipisahkan dengan baju kurung walaupun zaman dah berubah .Kau lupa tuuu?" tanya Syakira kepada Effa .
" Eh...beb itu dulu zaman kita masih anak - anak sekolah lagi .Sekarang dah lain beb .," kata Effa cuba membela diri ." Emmm.... terserah engkau lah .Yang kau ni lambat kenapa .Sampai hati kau biarkan aku tercongok di sini menunggu kau .Kau kan tahu aku tak biasa tempat - tempat yang macam ni .Nasib baik ada dia yang boleh di ajak bersembang kalau tak macam kera sumbang lah aku di sini ," kata Syakira panjang lebar gayanya seperti orang memberi taklimat .
Samil tersenyum tak kala matanya bertembung pandang dengan Effa .Effa mengangkat tangan menandakan ucapan terima kasihnya kepada Samil sebab telah menemankan temannya Syakira semasa kelewatan yang tidak di senajakan olehnya tadi .
Share this novel