Rate

Bab 6

Romance Series 2637

Nasib Syakira kurang baik perkerjaan yang dia ingini tidak ada kekosongan .Malah tempat itu baru di isi oleh seorang karyawan baru kebetulan baru beberapa minit mendahuluinya.
Namun begitu masih ada satu lagi kekosongan jawatan iaitu jawatan setiausaha sementara bagi menggantikan setiausaha mereka yang bercuti kerana melahirkan anak tadi malam .
Pada mulanya Syakira agak keberatan tetapi bila memikirkan tempat itu terlalu asing dan sukar untuknya mencari perkerjaan lalu Syakira langsung menyetujuinya tampa banyak alasan .
" Menurut kata pegawai tadi esok aku harus mula kerja , jadi aku harus bersedia apa yang perlu " runggut Syakira sendirian .
Memandang hari sudah agak petang Syakira bercadang mahu terus pulang saja ke konda Effa .Dalam perjalanan pulang Syakira sempat singgah di sebuah pasaraya .
Petang ini Syakira bercadang mahu memasak mee goreng untuk dia dan Effa .Dia tahu Effa pasti tidak ada kesempatan memasak sebab menurut Effa malam nanti dia harus kerja lagi .
Selesai membeli keperluan Syakira mengatur langkah pulang ke konda milik Effa .Dia membuka pintu lalu meloloskan dirinya masuk sambil menjinjing bungkusan keperluan yang di belinya tadi .
Matanya tertancap ke arah sofa .Sekujur tubuh Effa terbaring kemalasan di atas sofa itu .Syakira tidak bercadang mengejutkan temannya itu .Dia terus berlalu ke arah dapur .
Setelah meletakkan barang yang di bawa di atas meja di ruangan dapur tersebut dia terus berlalu ke arah biliknya .Dia bergegas mandi dan bersihkan diri setelah itu dia mengambil wuduk untuk menunaikan solah Asar yang berada dihujung waktu .
Usai solat asar Syakira kembali ke dapur memulakan langkah - langkah membuat mee goreng yang sesuai dengan citarasanya .
Effa terjaga saat Syakira mula menumis di dapur Bau aroma mee goreng yang di goreng oleh Syakira telah membuatkan mata Effa enggan untuk di pejamkan lagi .Bunyi irama keroncong di perut Effa jelas kedengaran saat hidungnya mencium aroma cili tumisan Syakira .
Effa bangun dari pembaringan lalu menghampiri dapurnya .Dia tersenyum melihat Syakira yang sedang mengacau cili dalam kuali sambil menyanyi meniru aksi penyanyi kegemarannya .
Effa berfikir sendiri " sudah agak lama aku tidak mengidupkan dapur ,rajin pula Si Kira ni memasak " runggut Effa sendirian .
Sambil menghampiri Syakira Effa bersuara " hai..!!! Kira kamu sedang masak apa tuu ?" Syakira yang tidak menyedari kehadiran Effa terlatah akibat di kejutkan dengan soalan Effa itu tadi .
" Oooo pecut mak engkau ,kata Syakira sambil terlompat .Kemudian dia berpaling ke arah hadirnya suara itu tadi ." Eh..!!! Effa kenapa kau kejutkan Kira ?" tanya Syakira dengan muka kelat ." Mana pula aku kejutkan kau Kira ? aku tanya kau sedang masak apa ?yang kau macam Mak Esah terkejut tu kenapa ? " balas Effa kembali .
Akhirnya kedua - duanya ketawa gelihati ." Ni ha....Kira cadang nak goreng mee untuk kita makan malam ni ," jawab Syakira sambil menunjukkan mee yang telah di masukkan ke dalam kuali di hadapannya ." sambil mengaup balikkan mee tersebut Syakira berkata "nasib baik Kira tak tercampakkan mee ni tadi , kalau tak, tak merasalah kita untuk makan mee goreng buatan Kira ," kata Syakira sambil berseloroh .Effa tersenyum sumbing .Ada benar juga kata Syakira jika tadi .Andai Syakira campak mee itu sudah pasti perutnya kelaparan sementara hendak pergi kerja malam nanti .
" Ok....ok....aku minta maaf ye,lain kali aku tak buat lagi ," kata Effa selaku meminta maaf kerana dia menyedari akan salahnya .
" Ok lah kalau macam tu kau nak aku tolong apa ," tanya Effa pula ." "Emmmm apa kata kamu tolong Kira bancuh air , nanti selesai masak kita boleh makan sama ," jawab Syakira Tampa memandang kepada temannya itu .
" Ok ....'" jawab Effa sambil menegakkan ibu jarinya tanda setuju .
Setelah usai memasak mereka berdua duduk di meja sambil menjamah mee goreng hasil tangan Syakira.
Kedua - duanya makan sambil bercerita pelbagai hal .Akhirnya pecah gelak tawa .Serta menghidupkan suasana ceria di kondo yang selama ini sunyi dan sepi .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience