Chapter 3

Horror & Thriller Completed 19344

BAB 3

Aku seluk kunci dalam poket aku terus buka pintu masuk kedai sebab nak ambil basikal. Kebetulan mak balik awal pukul dua mak dah balik.. sebab ayam habis cepat harini. So terpaksalah pukul empat petang ni aku turun sorang-sorang nak ambil basikal dekat kedai.

Masuk je kedai angin kuat menyapa aku . aku buka lampu. Terkelip-kelip lampu nak menyala, aku rasa lain macam rasa macam ada benda dok perhati aku.

Then mulalah perasaan takut tu munculkan diri. Lampu kedai pulak malap. Basikal aku dekat dalam bilik tepi meja kaunter. Allah . aku rasa seram,semua benda yang aku buat terasa lambat. Lambat gila! Jangtung aku lagi cepat dari aku punya jalan. Sehabis upaya dah aku jalan cepat-cepat nak bawa keluar basikal dari dalam bilik tu. Tapi aku tetap rasa lambat. Aku dah berpeluh-peluh , tangan kaki aku sejuk. Sampai kat basikal aku terus tarik bawak keluar sambil nyanyi lagu demi lovato heart attack. Maklumlah aku ni lovatic.

Masa nak bawak keluar basikal tu pun aku rasa nak menjerit kuat-kuat. Sebab perasaan takut yang melampau. Undur dari pintu bilik tu , aku perasan macam ada benda duk perhati aku dari arah tempat potong ayam,sebelah tandas. Aku tak tengok pandang hujung-hujung mata je. Yang pasti benda tu warna hitam dan tinggi.

Aku menjerit dalam hati.. last-last aku jerit allah kuat-kuat sambil lari keluar kedai ,semua aku biar tunggang-langgang kat situ lampu tak tutup. “gedegang!!!” bunyi pintu kena tolak dengan angin tanpa sempat ditahan. Lepastu bunyi beradak kat dalam kedai.. bunyi apatah aku tak tahu. Aku kunci pintu. Aku pergi collet jalan kaki jelah.

“Baby, apapasal jerit-jerit tadi? Ada hantu ka?” Tanya along kedai kereta sebelah kedai aku.

“Takdalah along saja mau karaoke je, okay along bye..”

“Baby! Kasi belanja milo ais satu..

“takda duit lah along . esok mintak mak belanja.”aku terus pergi collet dengan kaki yang mengigil.

Balik rumah aku tak bagi tahu apa-apa pun dekat mak. Buat macam takde apa-apa. Aku heran dulu takda pulak benda macam ni jadi. Dekat depan kedai adalah dulu.. tapi takdalah sampai dalam kedai.haih.

Aku pergi dapur isi air dalam botol mineral besar bawak masuk bilik . sebab batuk aku tak berhenti dah tiga hari . untuk menyejukkan tekak aku yang panas,gatal dan sakit ni ,tulah aku kena minum air banyak. Batuk kering tiga hari berturut-turut tanpa henti,kecuali bila tidur je. Kau rasa macam mana sakit dia.

Aku masuk bilik ambil phone buka ilham punya blog. Baca novel lah apa lagi. Novel yang paling aku tunggu ialah novel ‘dah bukan siti’ karya pain arena. Dekat pun ada,bila dia update bab baru perkara pertama yang aku buat ialah nangis tipu-tipu dan menjerit guling-guling cakap yes! Punyalah best dia tu tak terucap. Haha sempoi je.

Lepas baca aku terlena tidur.. dan aku mimpi ngeri.

Aku mimpi time aku aksiden haritu. Itu mimpi ngeri aku.ahaha. trauma baq hang. Tulah aku naik basikal.

Aku terasa badan aku digoncang dengan kuat. Aku panic bila teringat dekat kedai tadi. Terus aku bangun. Belum sempat mimpi aku nak habis, baru sampai mulut aku berdarah-darah dan aku ludah keluar gigi and darah lepastu tamat, tak sempat nak habis lagi kot!

“haih dik! Bangunlah. Apsal berpeluh-peluh ni? Bangun mandi semalam kata nak pi klinik.” Rupa-rupanya mak yang duk goyang badan aku. Buat suspen lah mak ni.

“hmm yelah. Mak call la dulu klinik ttdi tu Tanya doktor mana . kalau doctor perempuan tu adik taknak .. nanti dia buat cincai je.” Jawab aku yang tengah mamai-mamai taik kucing.

“hala.. sat mak nak call”terus mak keluar dari bilik aku.

Aku tengok phone dah pukul tujuh setengah.. aku masuk bilik air mandi dan ambik wuduk,solat. Lepas solat aku pergi bilik mak.

“mak dah call ke belum?” Tanya aku sambil baring atas katil mak. Selesa.

“dah.. harini doctor Mansor cuti. Hari jumaat pukul tiga baru ada.sekarang ni doctor Melisa tu”

“malas lah adik kalau macam tu. Hari jumaat jelah kita pi. Koff!”

“hmm. Suka hati hang lah dik oii.” Mak pun baring sekali .

“mak esok mak ah kerja balik kan?” Tanya aku sambil peluk mak. Daripada korang peluk boyfriend/girlfriend baik korang peluk mak korang. Lagi best, haha.

“hmm.. esok dia start kerja balik , apsal?”

“takada apa…” jawab aku.

Mak ah dulu kerja klinik. Tapi lepas kawan dia cemburu kan dia and hantar santau terus dia berhenti kerja dan mak ah ni ada kelebihan dia.. dia boleh Nampak dan rasa benda-benda tak elok ni. So disebabkan esok mak ah orang pertama yang turun kedai mesti dia tengok kedai bersepah dengan basikal aku bagai. Kahkahkah.

Aku terlena.

Aku terjaga dari tidur . aku tengok mak dah tidur, kat luar pun gelap tak buka lampu. Aku bangun turun dari katil masuk bilik. Aku ambil phone tengok dah pukul dua pagi. Aku dah tak lena tidur . aku buka blog ilham tu. Aku tengok novel terbaru ‘meremang’ so aku buka. Baca-baca best pulak and seram.

Tengah-tengah kusyuk aku baca aku dengar bunyi air mencurah dekat dalam bilik air. Then aku fikir tu abang kot.. lepastu bunyi pinggan berlaga kat dapur. Aku bangunlah , kebetulan aku rasa nak terkencing. Aku bangun pergi dapur , tengok-tengok takda orang. Jadi aku teruskan hajat nak masuk bilik air. Lepastu aku keluar pergi bilik abang tengok dia dah tidur bilik gelap .

Terdetik di hati siapa yang dekat dapur and bilik air air tadi, then aku masuk bilik terus sambung baca novel meremang tu. Biasalah kalau dah terjaga datanglah balik batuk ni. Lagi lagi aku tak boleh tidur.hmm.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience