Chapter 10

Horror & Thriller Completed 19344

BAB SEPULUH

Mak baru keluar rumah pergi kedai, abang ada kat dalam bilik tidur lagi. So taklah berapa takut sangat . ada jugak orang dalam rumah ni.

Jadi macam biasa , aku duduk dalam bilik main phone. Tengok jam baru pukul Sembilan pagi.

Aku buka lagu kanye west only one. Nanyi kuat-kuat rap sana rap sini.. hehe.

“tok! Tok ! tok ! assalamualaikum!.”

Nyanyian rap aku terganggu disebabkan bunyi ketukan di pintu. Aku bnagun intai dekat tingkap. Terus aku buka pintu.

“waalaikumsalam. Ingat hang tak balik.”

“assignment akak buat cepat-cepat, duk sorang-sorang dekat rumah sewa akak balik lah.”

“naik apa?” Tanya aku.

“Hanim hantarkan tadi . naik kereta dia.”

Aku buka tv. Pergi dapur makan ubat, lupa pulak nak makan ubat tadi.

“hang masak apa Qilah?” Tanya kakak sambil membuka tudung saji atas meja.

“ayam goring kunyit, sambal belacan dengan sayur bayam je.”

“emmm dapnyaa, jom makan .. hang dah makan ke belum?”

“belum .. nah ambik pinggan ni.. buh nasi.” Aku menghulurkan tiga biji pinggan.

Aku mengetuk pintu bilik abang. “abang bangun makan!” tiada jawapan. Aku buka pintu rempuh masuk bilik abang. Tengok abang tengah berdiri atas katil dengan muka terkejut.

“asal dengan hang?”

“takda apa lipas je tadi.” Jawab abang sambil turun dari katil dengan muka selamba keluar dari bilik terus masuk bilik air.

Aku oerhati bilik abang yang malap tu. Tiba-tiba buku roma aku meremang. Aku terus tutup pintu bilik abang.

Sebulan kemudian..

Aku makin tak bermaya. Sendi-sendi aku semua sakit. Lutut aku masa nak bangun macam nenek yang menderita sakit lutut. Muka aku semakin pucat,kurus dan cengkung.. banyak kejadian-kejadian aneh yang berlaku… batuk aku makin teruk.. sakit dada.

Mak pun sekarang lain macam.. asyik keluar je dengan orang tua tu… mak dah tak banyak ambik tahu hal aku sebab mak pun dah banyak perabih duit untuk aku. Semua dah tak tahu nak buat macam mana.. berubat kampung pun dah,… lega dua minggu lepastu jadi balik.. sekolah dah sebulan lebih aku tak pergi. Nasib cikgu faham lepas aku suruh kakak mesej cikgu yang aku terkena santau.

Ye… aku terkena santau yang orang tak guna tu buat… santau angin.. sebab tu aku tak boleh tidur, batuk , sakit-sakit badan, badan aku ni dah penuh dengan gatal-gatal kesan santau.

Dah berbelas orang ustaz atau bomoh aku berubabt. Semua cakap benda yang sama.. tapi ada yang tak sanggup nak buat sebab santau ni banyak risiko katanya…ada yang boleh buat tapi tak menjadi kerana terlampau keras.sampai mereka pun terbatuk-batuk sekali dengan aku. mak ah bercadang nak bawak aku balik kampung lagi.. untuk berubat.. tapi tak tahulah… aku semakin lali dengan semua ni..hmm .

Harap umur aku masih panjang. Tuhan berilah aku kekuatan untuk aku hadapi dugaan yang telah kau berikan kepada ku.. amin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience