Chapter 8

Horror & Thriller Completed 19344

BAB LAPAN

Mak pov

Aku tahu dalam rumah ni ada yang tak kena. Cuma aku taknak cerita dekat Aqilah dengan Amri. Takut depa takut pulak duk rumah sorang-sorang. Aku Cuma mengadu dengan Syarihah dengan apa yang berlaku sekarang ini.

Ye aku tahu dia pun rasa tak sedap hati selepas menerima pertolongan yang dihulurkan oleh orang yang berkenaan.

Aku menjenguk kedalam bilik Aqilah. Kedenganran bunyi batuk kering yang dialaminya. Macam nak pecah anak tekak bunyi dia. Seriau.

“adik , makan ubat dak lagi ni? Bunyi teruk sangat tu. Sedut tak accuheler tu? Tak berhenti-henti dari tadi mak dengar.” Tegur aku.

“dah makan dah tadi pukul sepuluh seklai sedut benda tu. Biasa je. Tak okay pun.” Jawab Aqilah yang terbaring di atas katil sambil memegnag phone.

“baru pakai sekali. Doktor suruh try dalam masa sebulan kan? Kita tengok lah macam mana nanti okay ke tidak… dahla tidur. Pukul duabelas dah. Tidur lewat-lewat bawah mata sampai jadi hitam dah. Baca ayat kursi banyak-banyak.” Pesan aku.

“tak boleh tidur lah mak .. batuk tak berhenti ni..” jawab Aqilah perlahan..

“cuba selawat banyak-banyak sebelum tidur tu. Jangan duk ikut sangat batuk tu.”

“hurmm yelah.”

Aku kembali ke bilik tidur dan terus berbaring di atas katil sambil membaca doa tidur dan doa-doa lain.aku pejam mata dan terus terlena.

Aku terjaga sekitar tiga pagi . terkelip-kelip mata memandang dinding.

“ktak.. ktak.. ktakk..!” kedengaran orang berjalan menggunakan kasut tumit tinggi diluar rumah.. tapi yang peliknya ia berbunyi seperti orang berjalan dengan satu kaki. Setelah sepuluh kaki bunyi tersebut hilang begitu saja. Bunyi salakan anjing kawan Aqilah, Puvana kedengaran ditingkat sebelas. Bising.

Pusing kiri kanan tak jugak mengantuk. Aku bangun dari baringan perlahan-lahan. Aku berjalan ke dapur untuk meneguk segelas air kosong untuk menghilangkan perit di tekak.

Aku kembali ke bilik. Sebelum tu aku sempat menjenguk bilik Aqilah. Kelihatan cahaya dari skrin phonenya yang menyala.

“dik tak tidur lagi?! Duk buat apa tu sampai tak tidur-tidur tu?.” Tanya aku.

“uishh mak!! Terkejut adik. Tak buat apalah. Tak boleh tidur batuk ni..” jawab Aqilah dengan nada terkejut.

“tidur-tidur..”aku terus berlalu masuk ke bilik..

Aku terbaring di atas katil sambil termenung. Sekarang ni meniaga pum merosot. Ayam mahal.

Termenung,termenung sampailah pukul lima.

“ktak . ktak… ktakk” bunyi tersebut kembali berbunyi di depan rumah. Aku mengintai dari tingkap bilik. Bunyi tersebut masih kedengaran didepan rumah. Tapi kosong tiada orang pun yang lalu. Selepas sepuluh tapak bunyi tersebut hilang begitu saja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience