Chapter 9

Horror & Thriller Completed 19344

BAB SEMBILAN

Terkejut aku bila mak tiba-tiba menegur aku yang tidak tidur walaupun jam sudah menunjukkan pukul tiga pagi.

Aku bukan taknak tidur Cuma batuk aku ni yang tak berhenti ni yang menganggu aku untuk tidur dengan selesa..

Jadi untuk mengisi mata yang tak boleh ditutup ni. Aku baca lah novel dalam blog ilham ni. Tiba-tiba….

“puhh!!”

Aku terus terjatuh dari katil. Nasib baik katil tak tinggi. Alahhh katil yang boleh tolak masuk bawah katil satu lagi tu.. katil kakak yang atas kosong.

Aku betul-betul terkejut bila tiba-tiba ada benda meniup telinga aku dengan kuat. Aku bangun duduk tepi almari sebelah katil sambil pandang kearah katil kakak yang kosong.

Bilik yang gelap membuat kan aku memerhati dengan agak lama kearah katil kakak.

“ puhh!!!” sekali lagi telinga aku ditipu dari sebelah kanan . dengan spontanya aku menoleh ke arah tersebut.

Aku hamper-hampir menjerit sebelum aku menutup mulut aku sendiri . dengan nafas yang ditahan. Mata aku terjegil melihat seorang perempuan tua yang wajahnya seiras dengan orang yang aku kenali itu menyengih memandang aku, tapi aku tak ingatn siapa namanya.

Dengan kudrat yang ada aku mengesot kebelakang sedikit demi sedikit tanpa mengalihkan pandangan kearah orang tua tersebut.

Aku lihat orang tua itu menukar posisi duduknya dari bersimpuh terus melutut.

‘ahhh sudah… ya Allah apa aku nak buat ni.. dia nak buat apa pulak tu.’

Otak aku kosong . badan tak boleh bergerak dengan sempurna kerana ketakutan yang teramat menguasai diri.

Aku tengok benda tu perlahan-lahan meletakkan tangannya ke hadapan . kini dia dalam posisi merangkak . tidak semena-semena benda sial tu memulakan gerakan yang agak laju ke arah aku yang sedang terpaku di tepi katil.

Aku yang terkaku tak boleh bergerak hanya bertawakal. Aku pejam mata rapat –rapat , tangan aku yang sejuk seperti ais dan menggigil seperti terkena penyakit Parkinson aku gunakan untuk menutup mata . kaki yang lurus aku bengkokkan . posisi aku sekarang merekot.

Aku rasa ada sesuatu yang memengang kepala aku. Aku mengigil . nafas tidak dapat ditahan lagi.

“dik .. apsal berpeluh-peluh ni? Menggigil ni. Demam ke? Bangun-bangun makan ubat,”

Aku yang mendengar suara mak memanggil aku dan juga sentuhan di dahi melepaskan nafas lega, aku terus bangun . buat-buat macam baru bangun tidur.

“uhh… takda apalah mak .. mimpi je tadi, huarghhh!” jawab aku dengan nada bangun tidur sambil menguap. Aku menyapu peluh did ah dan tengkuk. Baju yang basah aku kibas-kibas,

“hang mimpi apa sampai mengiggil tadi?” Tanya mak sambil menyentuh dahi aku yang sejuk. Tak demam. Cuma takut.

“mimpi hantu..” sedar tak sedar jam sudah menunjukkan lima setengah pagi. Aku bangun keluar dari bilik mengikut mak dari belakang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience