Chapter 6

Horror & Thriller Completed 19344

BAB ENAM

Abang pov

Aku menggeleng kepala melihat Aqilah yang tiba-tiba keluar rumah seperti kena kerjar dengan hantu. ‘lantak hangla’.

Aku terus pergi dapur haus baru balik jogging dengan kawan. Selesai aku meneguk tiga gelas air, aku terus ke ruang tamu buka tv.

Aku tengok pintu bilik mak tertutup rapat. Bagus jugak,hehe. Pintu bilik Aqilah tak tutup.yang tu aku tak kesah . tuala yang disangkut dibahu aku ambik kesat muka. Dalam masa duapuluh saat aku sapu muka sambil mata tertutup rapat. Lepastu aku buka mata.

“arghhh!” terkejut beruk,gajah,kingkong,dinosaur aku bila benda hitam berbulu didepan mata. Tapi Cuma sekejap sahaja . benda tu hilang dalam sekelip mata.

‘ahhh sudah! Apa benda tadi tu?. Tanya aku dalam hati. Kang kalau aku cakap depan-depan benda tu dating pulak..

Sekarang aku tahu kenapa Aqilah jadi macam tu. Aku terus masuk bilik buka tingkap sliding luas-luas bagi cahaya masuk. Aku ambik rokok dunhill sebatang hisap.. fuhh lega sikit.

Mak ah pov

“haa kak cik.. baru turun . mak dah tunggu lama dah. Satgi dia merepek pulak..”

Aqilah tersengih. “mandi tadi mak ah.” Jawabnya

“asal muka hang pucat cik.. hang sakit ke? Mak ah tengok dah kurus je ni?” aku Tanya Aqilah. Aku tengok dia dah lain,macam sakit je. Pipi cengkung,bawah mata hitam…

“takda kuruslah mak ah.. gemuk je ni.macam biasa.hehe. yeke pucat?”Aqilah berjalan kearah cermin kecik yang disangkut di dinding meja kaunter.

“takdalah mak ah.. merah je bibir. Tak pucat pun”jawab dia lagi.

“iyelah.. mak ah tengok lain.. hang mana tau apa, dah mak ah Nampak macam tu.” Memang dia tak perasan .. aku yang perasan.

“takda apalah mak ah.. ni mak mana pulak ni kata nak pi klinik.”

“mak dalam tandas. Cik nah mak ah dah buat bil, nanti cik pi collet dengan mak tau..” aku hulur bil-bil yang harus di collet.

“awalnya.. baru pukul sepuluh.”

“harini awal sikit. Cik nah harini setengah hari.. omar sikit je. Tak banyak harini.” Aku menjawab.

“okayokay..”

“haaa! Dik baru turun orang dah tunggu berapa jam dah ni..” kak dah yang baru keluar dari bilik air terus membebel .

“berjam apanya baru setengah jam..” Aqilah menjawab.

“hah sudah pi awal-awal ni satgi ramai orang pulak..” aku memotong line mereka. Nanti kang pot-pet sana sini..

“jom cepat hang pi tahan teksi dik.” Kak dah mengarah Aqilah. Diorang pun berjalan ke seberang jalan.

“kreeekkk…!” bunyi pintu tandas yang dikunci oleh kak dah tadi perlahan-lahan terbuka.

“jangan kacau aku!!” aku berkata dengan nada tegas, dalam hati aku baca ayat kursi banyak-banyak.

“tummmp!!” pintu tandas tertutup dengan kuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience