Chapter 1

Horror & Thriller Completed 19344

BAB SATU

Aku terjaga dari tidur kerana tekak yang perit dan batuk yang menggila…

“Dik awat hang? Tersedak ke?” Tanya mak yang juga terjaga kerana mendengar batuk aku yang kuat.Batuk kering pulak tu! Tahu-tahulah bunyi dia macam mana.

“Entahlah mak.. tiba-tiba batu tak berhenti pulak ni.. kof..kof..koff!!” jawab aku sambil tengok skrin phone. Baru pukul tiga pagi..

‘haish! Time-time nil ah nak terjaga.. dah lah sekolah..nak kena bangun pukul lima.. adoii’

“Ambik ubat batuk makan..hang rasa macam mana?ada gahak tak?” mak buka peti sejuk keluarkan ubat batuk benaventolin.

“Takda gahak pun mak..tiba-tiba je orang tengah tidur sedap tidur batuk-batuk pulak ni…sakit tekak pulak tu,batuk kering.” Jawab aku sambil merengek ..hehe nak manja dengan siapa lagi kalau bukan mak..dengan ‘boyfriend’ memang taklah .Aku tak minat.zzz

“Hang minum air gas tadi kot,tulah orang cakap jangan minum hang nak minum jugak.. yang orang larang tulah yang dia nak makan sangat.Taktaulah dik oii. Mak cakap tak dengar! Malas dah la mak nak ambik tahu..saja taknak pi sekolah lah tu..ingat mak taktau ke.” Aku diam je. Aku tahu aku salah.. lepas mak bagi ubat terus mak menonong masuk bilik sambung tidur.

‘Haishh.. pagi-pagi buta dah kena bebel.serabut kepala otak aku ni..suka-suka hati je cakap orang taknak pergi sekolah. Spm kot tahun ni.. tahulah tahun lepas aku tak pergi sekolah sampai kena buang sekolah..bukan saja-saja. Aku tension kot! Dengan aksiden patah gigi dua batang, abah meninggal lagi.’ Aku menjawab dalam hati.

Lepas makan roti dua keeping aku terus makan ubat. Aku masuk bilik main phone. Batuk ni tak berhenti lagi walaupun seminit,memang tidak lah aku nak tidur dengan batuk kering yang tak berhenti memeritkan dada ni. Akhirnya sampai ke pukul enam pagi aku tak tidur….

“Lah dik tak tidur-tidur? Batuk macam mana okay tak lepas makan ubat?” Tanya mak dengan suara yang baru bangun tidur.

“Tak boleh tidurlah mak. Batuk ni tak berhenti lagi..sakit dah tekak ni.” Aku menjawab dengan nada tak puas hati.. kenapa tak berhenti-henti batuk ni?! Rimas !!

“Takyah pi sekolah lah..tidur satgi lega lah tu. Mak nak mandi sat,satgi nak turun bawah buka kedai … si Zack tu bukan boleh harap sangat kalau mak takda.. Mah Ah pulak cuti harini takda sapa nak sembelih ayam nanti…” bebel mak . lepas abah meninggal mak yang ambil alih kedai proses ayam abah ni. Mula-mula abang tapi dia sakit pulak , dia ada penyakit kulit ‘psoriasis’ habis satu badan.. tapi kali ni jadi pelik sikit kaki dia merekah-rekah keluar air bias dengan darah..dah bukan macam psoriasis, lepastu bawak balik kampong berubat . kena buatan oranglah apa lagi, ustaz tu cakap kawan dia jugak .. customer selalu lepak kedai, customer ni pulak bekas pesakit tanjung rambutan.kiranya kalau orang Tanya kenal Zainal gila tak? Mesti semua orang kenal dan dia suka main bomoh… Abang pulak sampai sekarang tak turun kedai.

Ada haritu dia terserempak dengan ‘Zainal gila’ “woi dik hidup lagi kau ye? Nasib baik abang buat kat kaki kalau abang buat kat tangan tahulan kau ye..” see, dia yang mengaku sendiri dia yang buat. Haha memang sah sakit mental! Lol. Abang pun buat tak tahu je. Dah terbukti dia yang buat… sekarang mak mak tak bagi turun kedai dah. Anak lelaki tunggal lah katakana.haha. kalau aku jadi abang pun aku taknak turun kedai dah.serik.

Aku masih batuk lagi..tak berhenti,sampai lah aku tidur . baru berhenti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience