Call Girl 26

Romance Series 1321849

Call Girl 26

Tubuh Zahra di letakkan di atas katil mereka .Wajah nyenyak Isterinya itu diperhati.
Tangan Carlos perlahan menyentuh dahi Zahra. Masih rasa panas seperti tadi.

Comforter di tarik bagi menutup tubuh isterinya itu. Kemudian dia berjalan ke bilik air untuk membersihkan diri. Usai siap dia terus meninggalkan Zahra seketika.
Ruang dapur di tuju.

Hampir Satu Jam kemudian dia kembali naik ke bilik. Pipi Zahra ditepuk lembut.

"Love wake up.."

"Love" Kejutnya lagi.

Tubuh Zahra mula bergerak sedikit. Perlahan kelopak mata dibuka.

"Yo..u?" serak suara gadis menyapa.

Jarinya menggosok mata pelahan. Matanya mula memandang sekeliling seakan tidak percaya dia sudah sampai di rumah. Malah sedang elok terbaring diatas katil empuk ini.

"Bangun Makan. Lepas itu makan ubat."Arah Carlos.

Zahra menggeleng kepalanya tanda menolak.

"letak dulu bubur tu di situ boleh? i tak larat nak bangun lagi. Lagipun tak lapar lagi..Nanti i bangun makan."

Baru saja Zahra mahu memejamkan mata, terasa Comforter di tarik dan tubuhnya di angkat badan disandarkan di kepala katil dan kakinya melunjur.

"Makan cepat, bubur ni panas lagi lepas ni makan ubat."Tegas Carlos lagi.

Sekali lagi Zahra menggeleng kepala tanda menolak. Dia cuba merebahkan badannya kembali tetapi bahunya ditahan oleh Carlos.

"You please i betul-betul tak larat"

"Makan!." mangkuk diserahkan kepada Zahra Gadis itu menggeleng kepala lagi. Tolong la faham dia memang langsung tidak ada selera nak makan. Sekarang ini yang dia mahukan hanyalah tidur.

"Makan Zahra.." Walaupun suara itu meleret tetapi nada suara itu berubah keras.

"Hubby please...." Air mata zahra mula mengalir membasahi pipinya. Carlos menghelakan nafasnya. Air mata Zahra di kesat dengan ibu jarinya. Pipi isterinya itu diusap lembut mula terasa bersalah dengan gadis itu.

"Aku suap okey. Lepas ni kau nak tidur balik pun tak pe, janji alas perut kau dulu. pastu makan ubat." Pujuk lelaki itu.

Akhirnya Zahra terpaksa mengalah. Perlahan mulut di buka dan segera Carlos menyuapkan bubur ke dalam mulut Zahra.

" Tak nak dah."Hampir separuh mangkuk Bubur itu Zahra mengelengkan kepalanya.

" Okey. Nah makan ubat pula"

Selesai saja mengisi perut dan makan ubat, Zahra terus merebahkan semula tubuhnya semula. Namun bahunya ditahan.

Dengan pantas Carlos menggendong tubuhnya. Mujur saja tangan Dia sempat memeluk erat leher lelaki itu . Kakinya pula melingkari pinggang lelaki itu.

"Mandi dulu sebelum kau sambung tidur." arah Carlos.

"Kejap lagi boleh? i betul-betul tak larat nak. Kepala rasa pening sangat.."Ujar Zahra kepalanya dilentok pada bahu lelaki itu.

Tubuh zahra di dudukkan didalam tub mandi.
sebaik sahaja mereka tiba didalam bilik air.

"Carlos Please sumpah i memang tak larat sangat... Se...juk.!" Rayu Zahra.

" Kau nak aku mandikan atau kau mandi sendiri hmm Love?" Soalnya dia masih berdiri dan matanya tajam memandang isterinya itu.

" ... Ye la i mandi sendiri.."

" Okey mandi cepat dah siap panggil aku."

..................

Sweater milik Carlis disarungkan pada tubuhnya. Sempat hidung menghidu wangian tubuh lelaki itu yang masih lekat di sweater tersebut. Bibirnya mengukir senyuman dia sangat sukakan bau lelaki ini. Betul-betul buat dia sangat tenang.

Bantal dihujung kepala katil itu ditepuk sebelum kepala direbahkan.tubuhnya masih terasa lemah dan pening di kepala.
Comforter yang berada hujung kakinya ditarik.
Baru saja tubuhnya ingin direbahkan iphone milik Carlos bergetar di atas katil itu menarik perhatiannya.

Satu whatsapp naik di ruang notifikasi skrin iphone. Iphone yang bercahaya itu dipandang sekilas dapat dia membaca pesan dari Rissa.

- I tried to call you but you didn't answer. miss u babe!

Zahra menggigit bibir menahan rasa. Hatinya terasa panas setelah membaca setiap patah perkataan pesanan mesej dari perempuan itu.
'Miss u babe' Senyuman pahit terukir di bibir. Calm down zahra, Calm down.Dia Pujuk hatinya.

"Love.." Suara Carlos dari luar mengejutkan Zahra. Dia terus membetulkan pembaringannya. Matanya dipejamkan berpura-pura sudah tertidur.

Carlos melabuhkan punggungnya di tepi katil. Comforter yang membaluti tubuh isterinya di betul. Pelahan-lahan bibirnya singah di dahi isterinya itu.

" Good night sayang and ger well soon. Love u'

.................

Dato' Zafrul menuliskan sesuatu di atas sekeping kertas. Sesekali matanya memandang ke arah seorang lelaki muda yang segak bersut biru gelap di hadapannya.

Lelaki itu masih setia menunggunya dengan sabar hampir sejam lamanya. Tidak lama kemudian, Dato' Zafrul menutup fail coklat di tangannya. Kemudian diserahkan kepada lelaki itu.

"Ayah serahkan segala-galanya pada kamu. Ayah percaya, Kamu dapat buat yang terbaik untuk dia," kata Lelaki itu penuh mengharap.

"Don't worry. I can still control it."

Dato' Zafrul tersenyum lega melihat keyakinan lelaki itu. Dia meletakkan harapan terlalu tinggi pada Carlos.

File coklat yang berada ditangannya dibuka dan dibaca satu per satu isinya. Tanganya menggenggam penumbuk. Wajahnya mula Tegang rahang diketap sama.

Dato' Zafrul hanya memerhatikan sahaja wajah menantunya itu. Luq mikail yang berada bersama mereka hanya bersandar pada dinding.

"His father ada share dalam company paksu. Tapi kena tangkap, Family mereka jatuh muflis. Ayah dia terlibat dalam beberapa kes rasuah dan pemalsuan dokumen Projek.Kemalangan maksu juga Parent dia yang rancang. Masa nak larikan diri dari pihak berkuasa Parent dia terlibat dengan kemalangan, dan meninggal dunia di tempat kejadian." Jelas Luq mikail.

Carlos menjatuhkan kepalanya pelahan-lahan.

"Aku tak tahu apa agenda dia..but tak mustahil dia masih berdendam. For 5years dia kena duduk dalam hospital sakit jiwa, sebab tekanan. dan adik dia dihantar di rumah kebajikan. Paksu jaga mereka dari jauh, walaupun parent dia dah kianat Paksu. but atas rasa tanggungjawab."

Luq menarik nafasnya dan dilepaskan pelahan dan dia sambung untuk memberi keterangan..

"Aku tahu dia kawan kau.. but please jaga ara.. She only my sister." Ujar Luq mikail dia melangkah mendekati Carlos lalu bahu lelaki itu di tepuk pelahan.

Carlos mengangguk. Mereka berpandangan sekejap sebelum Carlos mengalihkan pandangnya memandang Dato' Zafrul.

"Saya minta diri dulu ayah.. Luq aku balik dulu.." Pinta Carlos apabila melihat jam dipengelangan tangannya menganjak 6 petang.

Dia jalan mendekati Dato' Zafrul dan mengulurkan tangan untuk berjabat salam,
Dan terus keluar.

Pada masa yang sama Datin Ayuni masuk ke dalam bilik itu. Dia sempat menghadiahkan senyuman kepada lelaki yang baru berselisih dengannya.

Sempat dia menjeling sekilas ke arah Luq mikail, Tanpa memperdulikan luq. Dia terus duduk di sebelah Dato' Zafrul.

"Siapa tu abang." Tanya Datin Ayuni ingin tahu.

"My new bisnes partner." Balas Dato' Zafrul acuh tak acuh.

"Paksu, Abang balik dulu." Luq mikail terus melangkah keluar selepas menyalami bapa saudaranya itu.

"Hmm. not bad! Padankan dengan Suzane kan" pancing Puan Ayuni sambil memandang Dato' Zafrul yang seakan tidak peduli dengan kehadirannya di situ.

"Cukup lagi ke calon-calon menantu untuk anak awak tu," bebel Dato' Zafrul. Memang tidak berkenan melihat perangai isterinya yang satu ini.

"Sekurang-kurang saya pilih cari menantu yang terbaik untuk anak perempuan saya dari anak awak tu? Silap-silap kahwin dengan lelaki yang entah apa-apa."

"Jangan risau kalau lelaki itu tak mampu nak sara anak abang, Harta saya abang. InsyaAllah cukup untuk mereka," jawab Dato' Zafrul tanpa berselindung. Dia perasan riak isterinya sudah berubah. Seakan tahu apa yang sedang tersirat di benak itu.

"Jangan risau! Saya bagi sama rata antara kamu berempat, kalau saya tak ada nanti."
Ujar Dato' Zafrul.

"Kenapa Berempat ?" Soal Datin Ayuni kalau di ikutkan waris terdekat suaminya itu hanya,
Dia anak kandung Suzane dan Anak kandung lelaki itu sendiri Zahra siapa lagi waris lelaki itu?

"Suami zahra."

Dato' Zafril memandang sekilas wajah itu yang kelihatan kurang senang dengan kata-katanya. Dia tersenyum dalam diam.

Datin Ayuni terkejut. Gila agaknya orang tua ni! Dia tidak puas hati dengan keputusan suaminya. Dia mula bersuara.

"Abang ni biar betul? Dia bukan ada kena mengena dengan kita."

"Kenapa pulak tak boleh? Dia suami Zahra menantu abang mesti la boleh

Akhirnya mengerti maksud suaminya. Ini bermakna anak tirinya akan dapat lebih daripadanya.

Amarahnya mula datang. Dia sangkakan kesenangan yang dimilikinya ini akan terus kekal kerana anak tirinya itu sudah di buang suaminya. Sungguh gadis itu sentiasa menganggu ketenangannya.

"Kita ni dah tua ayu bila-bila je abang akan pergi, Harta yang ada ni tak bawa pun kat dalam tu. Lagi pun dia layak dia satu-satu anak kandung abang." Sambungnya lagi dia mahu isterinya itu sedar yang Zahra masih sebahagian darinya.

"Abang harap ayu faham."

Datin Ayuni mengangguk dan memaksa diri membalas senyuman suaminya. Harta itu semuanya hasil titik peluh Suaminya sendiri. Dia dan anak perempuan hanya menumpang harta lelaki itu sahaja. Walaupun harta yang di agihkan sama rata Namun, hatinya tetap tidak senang.

"Apa-apalah abang ayu tak kisah . Yang ada ni pun alhamdulilah. "kata Datin Ayuni sambil tersenyum. Senyuman yang penuh dengan kepalsuan. Hatinya sedang menggelegak. Tidak dapat menerima hakikat yang Zahra menerima lebih darinya. Kebenciannya pada budak itu semakin menebal.Tidak! Dia takkan lepaskan begitu saja.

...........

Air liur di telan setelah melihat makanan yang terhidang itu. Baunya sungguh menyelerakan.
Masak lemak udang cili api, Paru goreng tepung dan Kerabu tiga rasa.

"Thanks carlos.." Zahra tersengih-sengih apabila sampai ruang meja makan.

Dia sangat terharu. Sudah lama tidak makan tiga menu kegemarannya itu. Tak sangka suaminya sudi meminta pembantu rumah mereka menyediakan untuknya.

"Orang sakit makan bubur.. tapi kau punya makan macam order kat kedai."

"Alaa macam tak ikhlas je." Zahra terus menundukkan wajahnya.

"Sensitif sangat kau sehari dua ni nak datang bulan ke apa." Usik Carlos sempat dia mencuit dagu isterinya itu. Dan terus menceduk nasi ke atas pinggan Zahra.

"Kau nak makan apa?" tanya Carlos.

"i nak semua boleh." Selamba sahaja wajah Zahra ketika itu. Carlos jeling Zahra.

"Kau makan ke kau nak melantak?" Soal Carlos pelik melihat isterinya itu.

"U tak bagi i makan ke?." Suara Zahra meleret sayu.

" Love.. aku bagi kau makan okey emo sangat kau ni sah dua tiga hari lagi angkat bendera Jepun la kau ni." Malas nak ambil pusing.. Nasi dan lauk diletakkan di dalam pinggan Zahra.

" Zahra mmm sedapnya."Puji Zahra setelah makanan itu selamat masuk kedalam mulutnya.

"Asal kalau kau makan aku tak macam ni pun" Usik Carlos. Tersedak Zahra apabila Carlos kata begitu. Menggeletar kepala lutut nak jawab. Fuh seram.

Carlos ketawa pelahan. Segelas air hulurkan Tangannya menepuk-nepuk perlahan belakang tubuh isterinya itu.

Zahra meneguk rakus air itu dipandang pelik. Tiba-tiba bibir lelaki itu tersenyum nakal.
Zahra terkedu melihat wajah tampan itu tersenyum penuh misteri.

"Depan rezeki ni carlos tak baik tau cakap bukan-bukan." Zahra terus sambung menyuap makanan. Rasa panas muka. Terburai ketawa Carlos.

"Sayang makan kenyang-kenyang ye nanti aku nak makan kau pula."

" Carlos !"Jerit Zahra.Makin kekuat ketawa lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience