BAB 12

Horror & Thriller Completed 6906

Saya begitu sangsi dan ragu-ragu. Seperti mana saya katakan awal tadi, saya memang tak kuasa dengan benda macam ini. Suka dengar cerita-cerita hantu bila kawan-kawan berkongsi dan ada juga ikut kawan kawan yang lain pergi "adventure". Tetapi setakat itu sahaja.

Balik kepada cerita, saya disuruh tanya soalan kepada jin ini yang sedang berada dalam jasad Pakar B.

Jadi saya tanyalah, kenapa dia ada dalam badan saya, apa dia nak, dan lain-lain soalan umum.

Oh, sebelum saya lupa, sebelum dimasukkan jin kepada badan pakar B ini, pakar B memang orang yang badannya tegap dan segak tetapi setelah jin itu masuk ke dalam tubuh Pakar B, Pakar B terus menjadi lemah longlai dan seperti orang tua.

Saya rasa pakar A tu tak sabar dengan saya lalu dia bertanya kepada jin. Siapakah dia dan siapa menghantarnya. Apa urusan dia dengan saya.

Alangkah terperanjatnya apabila Jin tu menjawab bahawa dia adalah saka dari arwah nenek saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience