BAB 13

Horror & Thriller Completed 6906

Dipendekkan cerita, setelah mendapat tahu tentang hal ini, saya ada menyelidik latar belakang keluarga saya kerana saya diberitahu bahawa saka ni sebenarnya jin yang turun-temurun oleh ahli keluarga. Rupa-rupanya, bukan ada satu sahaja tetapi ada dalam kurang lebih tiga jin dalam badan saya ketika itu.

Perkara ini buat saya runsing, buat saya terfikir. Mungkin sebab itu, saya dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib terutama sekali bila saya sendiri.

Saya akan menangis teresak-esak kadang-kadang dengan tanpa sebab, saya akan mendapat mimpi-mimpi pelik. Apabila saya membaca tentang tanda-tanda orang yang di dalam badannya ada Jin, saya terperanjat dan rasa cuak.

Sampai ke hari ini, saya dimaklumkan bahawa saka arwah nenek masih ada dengan saya dan akan sering mengganggu saya kalau saya tidak memberi kata putus yang saya akan pelihara saka ini.

Saya dah tekad. Saya tak akan pernah ambil benda ni. Sepertimana yang diberi kepada nenek saya dahulu tanpa pengetahuan nya, dan seperti mana dia mengganggu nenek semasa nenek masih hidup kerana nenek juga tidak mahukannya, begitulah yang akan saya lakukan dan lalui.

Dalam mimpi, banyak kali ‘dia’ menjelma. Saya tahu itu dia kerana dia marah-marah dengan saya dan dia juga pernah memberi amaran yang dia akan tetap membuat kacau-bilau dalam kehidupan saya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience