BAB 2

Horror & Thriller Completed 6906

Mula-mula saya duduk di rumah itu rasa agak takut juga menyebabkan saya terpaksa tidur dalam keadaan lampu terpasang, lampu ruang tamu pun terpasang. Tapi makin lama saya duduk rumah tu, makin hilang rasa takut saya.

Sehinggalah menjelang hari kelapan saya duduk di rumah tu, suatu kejadian menakutkan berlaku.

Saya dapat rasakan ada gangguan.

Antaranya, waktu saya sedang tertidur di ruang tamu ketika menonton televisyen, tiba-tiba saya terjaga kerana bunyi televisyen yang amat kuat. Ketika itu jam 12 malam. Seolah-olah ada seseorang yang menguatkan bunyi televisyen tersebut.
Bunyi desiran pasir yang sangat kuat seperti bunyi siaran televisyen tamat. Orang yang pernah rasa televisyen lama, tau la bagaimana bunyinya.

Saya pun bangun, matikan televisyen tersebut dan masuk ke bilik untuk sambung tidur. Sebaik sahaja saya ingin lelapkan mata, tiba-tiba bunyi desiran pasir di televisyen tadi kedengaran kembali.

Seolah-olah ada orang menghidupkan kembali TV tadi.

Agak takut saya masa tu, dalam hati saya, "ya Allah, siapa pulak ni?",,

Saya pun bangun, pergi ke ruang tamu, dapat saya lihat TV tu sedang terpasang.

Oleh kerana mengantuk sangat, saya buat tak tahu je saya matikan TV tu dan terus masuk bilik untuk sambung tidur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience