BAB 4

Horror & Thriller Completed 6906

Saya pun sambung bermain handphone. Sekali lagi, nampak seakan-akan ada orang lari.

Saya pun pusing lagi tengok sambil menjerit "dah laaa,, jangan kacau aku la"

Saya menjerit bukan sebab nak halau ke apa ke tapi lebih kepada nak memberi keberanian pada diri sebab saya seorang diri, saya kena tunjuk yang saya berani. Jadi, saya pun mengiringkan badan.

Bila saya mengiringkan badan, belakang saya adalah pintu bilik saya.

Lepas tu, saya terdengar sesuatu saya tak pasti apa yang saya dengar itu, tetapi selepas saya dengar itu, saya terus takut nak terus tinggal dalam rumah.

Dengan sayu-sayunya suara itu, ia berkata "Beraniiii kauuuu"..

Saya langsung tak berani toleh. Saya terpaksa mendiamkan diri dan tidak endahkan gangguan itu. Mulut saya terkumat kamit membaca ayat al-Quran.

Sambil dalam hati berkata, mungkin ini la sebabnya kenapa untuk bulan pertama tidak perlu bayar.

Saya pun mengambil keputusan untuk bercakap dengan jiran saya. Pergi ke rumah jiran saya, dan mengetuk pintu rumah jiran. Saya ketuk-ketuk, takde orang. Pergi rumah sebelah lagi, takde orang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience