BAB 8

Horror & Thriller Completed 6906

Hantu Tingkap Part 3

Antara gangguan yang menghantui saya lazimnya waktu malam. Ketika saya sedang berbaring di atas katil, saya terdengar seperti ada orang memanggil “psssttt pssttt”

Jadi, lumrah manusia jika terdengar ada orang panggil, saya akan menoleh ke tingkap iaitu tempat di mana terdengar bunyi tersebut. Memang tak nampak apa-apa, tapi saya dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.

Dan akhirnya pada suatu malam, apabila saya berbaring di atas katil membaca buku seorang diri, saya terperasan macam ada benda berlegar-legar dekat jendela bilik tidur saya ke kiri ke kanan ke kiri ke kanan.

Tetapi yang hairannya, setiap saya menoleh untuk memandangnya, benda itu hilang dari pandangan. Setiap kali ada sesuatu benda kat tingkap, bila saya toleh je, benda itu hilang entah ke mana.

Yang paling menakutkan apabila waktu tu seorang teman saya datang ke rumah saya lepak-lepak pada malam tu. Kemudian, saya suruh la teman saya masuk ke dalam bilik untuk mengambil bantal.
Jadi, teman saya masuk dalam bilik nak ambil bantal atas katil, tiba-tiba dia terperanjat dan dia memberitahu dia taknak lagi masuk bilik saya, kerana dia menceritakan kepada saya dia ternampak seorang wanita berada di luar tingkap bilik tidur saya dan memandang ke arahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience