BAB 11

Horror & Thriller Completed 6906

Saka Nenek

Beberapa tahun lepas, saya telah pergi bercuti ke salah sebuah pulau di Asia Tenggara ini dengan tiga orang teman saya.

Semasa berada di sana, ada juga perkara yang aneh dan pelik berlaku tapi, kami tidak hiraukan sangat. Maklumlah, ‘benda-benda’ ni di merata tempat, dalam dan luar negeri jadi tak payahlah nak dikhuatirkan sangat.

Saya mengaku, sebelum perkara ini, saya ni memang tak berani tapi saya juga tak kuasa dengan perkara pelik ini semua. Pada saya, mereka wujud; hanya mereka ghaib.

Dan benda-benda yang ghaib ni, tak usahlah kita fikirkan melebih-lebih.

Jadi sepulangnya saya dan rakan-rakan ke Johor, saya rasa ada sesuatu yang tak kena. Dah lah waktu itu jam 12 malam. Seperti saya sering merasakan bahawa saya diekori seseorang, atau lebih tepat lagi sesuatu.

Dah namanya ghaib, saya pusing lihat kiri, kanan, depan dan belakang, memanglah tak nampak apa-apa. Tapi rasa seram itu masih ada.

Satu hari, saya bertemu dengan seorang pakar kerana saya pernah meluahkan hasrat kepada seorang rakan saya tentang perasaan yang tak enak ini.

Alhamdulillah, saya berkenalan dengan pakar ini (Pakar A) dan pergi berkonsultasi dengannya.

Alangkah terperanjatnya saya bila dia keluarkan sesuatu dari badan saya dan pindahkan ke badan seorang pakar lagi satu (Pakar B) untuk soal-siasat.

Kenangkan balik, perasaan takut dan gementar ada dalam hati kerana dalam kepala saya, saya bertanya: "Apa benda ni?? Ni buat-buat ke betul?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience