Bab 5

Mystery & Detective Completed 25971

?BAB 5

Tiba-tiba pemain cakera padat kembali mengalunkan lagu. Aminah tersentak dari lamunannya.

‘’Mustahil pemain cakera padat itu boleh berfungsi tanpa bekalan elektrik padahal Ahmad telah mencabut dan menyimpan plugnya tempoh hari,’’bisik hati Aminah.

‘’Aminah! Ahmad muncul semula sambil bercekak pinggang, Puan Wan mengekori Ahmad dari belakang.

Áminah tiba-tiba panik, dia tahu abangnya pasti bengang kerana mendengar lagu ‘Asleep’ itu sekali lagi berkumandang. Aminah bingkas bangus dan menjelaskan situasi sebenar.

‘’Sumpah bukan Mina abang, bukan Mina yang pasang!’’

Dahi Ahmad berkerut! Dia segera mendekati dan memang benar seperti apa yang dikatakan oleh Aminah, pemain cakera padat itu sedang berputar sendiri tanpa bantuan bekalan elektrik.

Ahmad menekan butang ‘stop’ namun lagu tersebut tidak berhenti. Malah suaranya semakin kuat berkumandang.

‘’Hah! Ni dah tentu hantu si Andika tu datang balik! Kau asyik dengar lagu kegemaran dia ni serupa macam kau menyeru roh dia datang balik!’’ marah Ahmad yang sudah tidak mampu menahan sabar.

Ahmad mencapai pemain cakera padat itu lalu dihempasnya ke lantai. Hancur berkecai jadinya.

Ahmad menoleh Aminah, ada rasa simpati di hatinya namun amarahnya sudah sampai had, ditinggalkannya Aminah terpinga-pinga.

Aminah bingung. Dia memang tahu Andika kembali. Tunangnya itu kembali kerana mahu menghantuinya. Segala macam perasaan, menyesal, rasa bersalah, kontan menggasak jiwa Aminah. Ketika itu dia melihat bayang-bayang arwah Andika di sebalik langsir sedang tersenyum sini memandangnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience