BAB 6
Bayangan Andika semakin mendekati. Aminah bingkas bangun menjauhkan diri. Perasaan takut mendadak muncul apabila dia menyedari itu bukanlah Andika. Bukan manusia, tetapi roh? Roh Andika tidak aman datang menghantuinya dan Aminah tahu kenapa.
‘’Maafkan Mina, Mina tak sengaja!’’ jerit Aminah dengan harapan bayangan Andikaa akan hilang setelah mendengar permohonan maafnya.
‘’… itu belum cukuo lagi sayang…’’
Halus sahaja suara itu. Entah dari mana datangnya tetapi cukup jelas didengari di telinga Aminah. Suara Andika seperti muncul sendiri dalam otak Aminah. Aminah mencekupkan telinganya dengan kedua belah tangannya sambil berlalri ke dapur mencari sesuatu.
Dia terjumpa racun tikus di dalam laci kabinet.
Tanpa berfikir panjang Aminah menelannya. Suara Andika berdekah-dekah ketawa menguasai fikiran Aminah. Aminah terjelepuk jatuh.
Ahmad muncul kembali terkejut melihat Aminah lembik di atas lantai. Mata Ahmad terbeliak melihat kotak racun tikus di sisi Aminah.
‘’Mak, Mina mak! Mak’’ Ahmad berteriaak memanggil Puan Wan.
‘’Astaghfirullah! Apa dah jadi dengan adik kau ni!’’ Puan Wan memeluk Aminah yang sudah tak sedarkan diri itu.
‘’Entahlah mak, dia dah gila agaknya, nak ikut tunang dia bunuh diri agaknya!’’
Share this novel