Bab 7

Mystery & Detective Completed 25971

?BAB 7

‘’Mmm… Maaf..Maaf Aminah tak sengaja…’’ Aminah berkata perlahan.

Pada pandangan matanya, dia melihat Andika berdiri di antara Puan Wan dan Ahmad. Tetapi baik abang atau ibunya, kedua-dua langsung tidak menyedari kehadiran Andika

Ahmad segera mengejarkan Aminah ke hospital.

Puan Wan yang sudah menangis teresak-esak berulang-ulang kali meminta Aminah yang sudah memuntahkan darah untuk mengucap. Aminah hanya mengelip-ngelipkan matanya saja.

‘’Inikah akhirnya perjalanan hidupku? Masih banyak yang mahu aku lakukan dalam hidup ini. Pengorbanan mak dana bang pun belum lagi terbalas. Atau mungkin ini balasan atas perkara buruk yang aku lakukan?’’ soalan-soalan ini bermain di minda Aminah.

‘’Ya sayang, kau memang layak terima semua ini, mana adil aku keseorangan kau perlu ada untuk menemaniku. Aku ada untuk kamu dan kamu ada untukkku, ingat lagi?’’ suara Andika kedengaran.

Mata Aminah melilau mencari Andika di dalam van ambulans tersebut tetapi Andika tiada.

‘’Sebegitu dalam kah cinta kau pada aku Andika? Aku tak tahu yang kau sayangkan aku, kalau aku tahu… Aku pasti akan..’’ air mata Aminah mengalir deras.

Cinta monyet yang terjalin sejak di bangku sekolah kekal bertahan lima tahun lamanya, dan pada tahun keenam selepas masing-masing bekerja Aminah dan Andika memutuskan untuk mengikat tali pertunangan.

Sepanjang tempoh itu terlalu banyak memori manis yang dicipta namun hubungan mereka juga sering diuji dengan kehadiran ramai wanita yang cuba meraih cinta Andika.

Ada yang datang menangis teresak-esak berjumpa Aminah memberitahu yang dirinya terlanjur dengan Andika, ada juga wanita yang datang memarahinya kerana menjadi batu penghalang hubungannya dengan Andika dan bermacam-macam lagi.

Bila ditanya, Andika bersungguh-sungguh menafikannya sampai sanggup bersumpah menjunjung Al-Quran. Sampai satu tahap Andika pernah menangis kerana sudah tidak sanggup difitnah.

Pernah juga Aminah mencabar Andika bersemuka dengan wanita-wanita tersebut, Andika berani berjumpa dengan mereka namun wanita-wanita itu yang tiba-tiba enggan bertemu. Untuk seketika Aminah percaya yang Andika berkata benar, namun dia masih tidak berpuas hati pelbagai telahan bersarang di otaknya.

Baginya manakan pokok boleh bergoyang kalau tidak ditiup angin, masakan wanita-wanita itu suka-suka tak tahu malu mengaku sudaah buat bermacam-macam hubungan terlarang dengan Andika.

Aminah tahu tunangnya itu memang banyak peminat, rupa paras kacak lelaki kelahiran Malaysia, Indonesia dan Jerman itu memang menjadi kegilaan sejak Andika sekeluarga berhijrah ke Malaysia di tingkatan dua. Namun tidak menjangkakan ujian demi ujian datang tanpa henti.

Salah satu ujian terbesarnya apabila Andika mula menjauhkan diri darinya di saat mereka menghitung hari bergelar raja sehari.

Saban hari Aminah datang bertemu Andika cuba mencari jalan penyelesaian agar hubungan mereka kembali seperti biasa. Mengenang saja momen itu, air mata Aminah mengalir laju. Tidak sanggup rasanya dia mengenang semula semua kelukaan itu dan harus diakui dirinya sedikit sebanyak merasa bersyukur yang dia boleh berehat walau untuk seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience