Bab 3

Mystery & Detective Completed 25971

BAB 3

Kalau dia mati, kenapa dia selalu datang dan mainkan lagu ini?’’ tanya Aminah sambil tangannya mengusap permukaan pemain cakera padat itu.

Ahmad bertambah bengang melihat kelakuan Aminah. Sepantas kilat dia menerpa lalu mencabut plug pemain cakera padat. Suara nyanyian Andika itu terhenti serta merta.

Aminah memandang muka Ahmad dengan muka merah marah. Sakit hatinya dengan tindakan Ahmad.

Tetapi belum sempat dia bersuara, ibunya terlebih dahulu membuka mulut.

‘’Cukup-cukuplah tu Aminah! Kamu bukan saja menyeksa diri sendiri tapi turut menyeksa orang sekeling kamu. Jangan dikenang lagi orang yang dah taka da Aminah. Biarrlah Andika pergi dengan aman. Kamu yang hidup ini jangan nak meratap sampai tak ingat dunia akhirat. Sedarlah!’’ Puan Wan menasihati anak gadisnya itu. Entah kali ke berapa nasihat yang lebih kurang sama diberikan, berbuih mulutnya menasihati, menenangkan, memujuk Aminah, namun kondisi Aminah semakin teruk.

Mendengarkan itu, Aminah menangis teresak-esak. Sedih hatinya mengenangkan Andika telah pergi meninggalkannya.

‘’Arhh biarkan dia mak. Tak guna kita nasihatkan dia kalau dia sendiri tak mahu berubah. Agaknya dia rasa dunia ni dah kiamat bila tuning dia tu mati. Itulah waktu hidup asyik nak bergaduh, berhantam je, bila orang tu dah mati barulah meratap terpekik terlolong meroyan!’’ cemuh Ahmad . Dia sudah muak dengan sikap Aminah yang seakan melebih-lebih. Kalau nak dibandingkan dengan apa yang menimpa Aminah, ada lagi kawan-kawannya yang kehilangan orang tersayang dengan cara yang lebih sadis, namun dia tengok mereka menghadapinya dengan rilek saja.

‘’Mujurlah arwah Andika itu penyabar orangnya, entah siapa lagi yang tahan dengan sikap manja overdose adik aku lepas ni?’’ getus Ahmad dalam hati sebelum berlalu meninggalkan Aminah dan ibunya di ruang tamu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience